Monday, September 12, 2011

Program Relex Minda Calon UPSR

KUALA TERENGGANU - Rata-rata sekolah rendah negeri Terengganu selepas cuti Hari Raya Aidil Fitri telah tidak lagi memberi beban kerja latihan kepada calon-calon UPSR tetapi memberi fokus dan ruang kepada usaha-usaha menyubur emosi dan rohani serta program untuk mengurangkan ketegangan minda. Ini adalah pendekatan strategik saikologis yang efektif untuk memugar kembali semangat dan keyakinan setelah berbulan-bulan siang-malam memerah otak dan tenaga.

Saya dan Ketua Unit Sekolah Rendah pagi tadi berkesempatan hadir ke program sedemikian di Dewan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu yang dilaksanakan oleh SK Sultan Sulaiman 1.Calon-calon UPSR diberi suntikan semangat oleh Ketua Unit,saya sendiri,Guru Besar,GPK dan wakil-wakil guru  dalam suasana santai,mesra dan ceria. Selain dari itu pelbagai game yang boleh merehat dan mengurang ketegangan calon disedia dan diatur. Kebanyakan sekolah mengadakan pelbagai pendekatan tetapi dengan matlamat sama mengurangkan ketegangan dan menyuburkan semangat dan keyakinan. Perkara ini dapat kita lihat melalui blog atau media sosial yang lain seperi facebook.

Kami dari Unit Sekolah Rendah merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Guru Besar,Guru Penolong Kanan,semua Guru Tahun 6 dan juga semua Guru Sekolah Rendah atas dedikasi,semangat dan usaha-usaha bersungguh-sungguh  memastikan UPSR Terengganu terus menjulang
di samping pendekatan menangani isu dan tekanan secara kreatif dan berkesan.Kita berdoa semoga usaha murni dan ikhlas itu diberkati dan dirahmati Ilahi dengan kejayaan cemerlang anak-anak didik kita....


No comments:

Post a Comment