Perkara atau topik ini sepatutnya menjadi bahan renungan minda hati budi bagi setiap orang yang bergelar guru atau pendidik. Tanpa mengira di mana anda berkhidmat dan di peringkat mana anda melibatka diri samaada di kotaraya metropilitan, di desa-desa dan jauh di pedalaman serta mendidik dan mengajar murid-murid prasekolah, rendah, menengh, lepasan menengah termasuk politeknik, kolej dan universiti.
Anda harus memikirkan dan membuat pendirian adakah di sepanjang karier ini (mungkin 20 hingga lebih 30 tahun lamanya) anda hanya berhasrat menjadi seorang guru yang biasa (an ordinary teacher), atau seorang guru yang baik (a good teacher) atau lebih jauh lagi sebagai seorang guru yang perkasa atau terbilang (a great teacher).

Secara umumnya kebolehan, prestasi, tahap profesionalisme dan personaliti seseorang guru atau pendidik itu dapat dikategorikan sebagai memuaskan, baik, amat baik dan cemerlang. Namun asas penilain kepada tahap-tahap berkenaan adalah berbeza-beza antara satu sistem/negara dengan sistem/negara yang lain. Ia sangat dipengaruhi oleh berbagai faktor seperti tahaap kemajuan akademik, bentuk latihan perguruan, ekspektasi kerajaan, kehendak masyarakat dan negara serta nilai-nilai agama dan sosiobudaya.
Pengalaman yang anda sendiri tempuhi semasa menjadi murid dan pelajar masa dahulu tentu sekali dapat sedikit sebanyak melabelkan seseorang guru itu berada pada tahap mana. Anda tentu dapat mengenalpasti guru-guru yang anda sangat hagai sebagai guru yang terbaik atau paling berkesan. Atau guru-guru yang anda anggap biasa sahaja atau yang anda tidak menyukainya sama sekali. Read more...
No comments:
Post a Comment