Saturday, September 17, 2011

SJK (C ) Kuala Kemaman : Unik dan istimewa..

KEMAMAN - Pada hari Khmais (15 September 2011) yang lepas saya bersama panel penilaian Anugerah SKM Cemerlang 2011 telah datang mengadakan pemantauan dan penilaian ke SJK ( C ) Kuala Kemaman. Antara beberapa buah SJK (C) yang kami sempat sampai dalam lawatan pemantauan atau penyiasatan aduan,SJK ( C ) Kuala Kemaman adalah antara yang unik dan istimewa.

Walaupun SJK (C) Kuala Kemaman adalah sebuah sekolah SKM tetapi dengan jumlah murid 121 orang mereka mempunyai pelbagai keunikan dan keistimewaan. Antara keunikannya sekolah ini pada Februari lepas telah diletakkan sepenuhnya di bawah Kementeriaan Pelajaran Malaysia. Selain persekitaran yang kemas dan  teratur,bilik-bilik khas untuk pembelajaran juga dijaga dengan kemas dan rapi. Sebenarnya "impression" pertama memasuki sesebuah sekolah cukup memberi gambaran tentang hebat atau tidak sesebuah sekolah itu. Apa yang membanggakan sudah banyak sekolah-sekolah SKM yang mempunyai kekuatan dan keistimewaan seperti SK Dusun dan sebagainya. Namun ada juga yang ketinggalan terutama bila pimpinan sekolah bersikap negatif dan lepas tangan.

Satu lagi keunikan dan keistimewaan SJK (C ) Kuala Kemaman ialah pelaksanaan "Kantin Penyayang". Kantin sekolah ini tidak ada mana-mana penender tetapi keputusan bersama sekolah dan Persatuan Ibubapa dan Guru, mana-mana murid yang ingin makan di kantin mereka diminta membayar dana dan para ibubapa secara sukarela datang memasak untuk anak-anak ini.Justru mereka mampu menyediakan makan yang berkualiti,berkhasiat dan halal kerana sekolah ini juga terdiri daripada kalangan murid beragama Islam. Beberapa ibubapa yang tinggal di bandar Chukai menyatakan mereka sanggup hantar ke sekolah ini kerana keyakinan mereka bahawa anak-anak mereka mendapat pendidikan terbaik bukan sahaja kerana dedikasi guru besar dan para guru tetapi persekitaran sosial yang harmonis.

SJK (C) Kuala Kemaman mempunyai prospek ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi jika penalaan bersungguh-sungguh kepada pencapaian akademik kerana dalam beberapa bidang lain mereka sudah ada kekuatan. Kita percaya dan yakin dengan misi dan visi baru sekolah serta dengan iltizam kepimpinan sekolah selain komitmen para guru dan ibubapa sekolah ini suatu hari nanti menjadi antara SJK (C) terbilang di negeri Terengganu.



1 comment:

  1. Syabas diucapkan kpd warga SJK(C) Kuala Kemaman! Utk makluman tuan2 & puan2, beberapa minggu yg lalu, ASTRO AEC telah menyiarkan satu rancangan khas mengenai SJK(C) Kuala Kemaman. Sekali lagi, syabas!! U made us proud!!!

    ReplyDelete