Wednesday, September 7, 2011

Sentuhan UPSR bersama Sekolah Angkat

Menjelang UPSR pada minggu hadapan Pegawai Angkat Sekolah pastinya tidak melepas peluang untuk bersama dan menyampaikan harapan dan tip-tip terakhir kepada calon-calon UPSR sekolah angkat mereka selain meninjau persiapan akhir pihak sekolah menghadapi UPSR 2011.

Hari ini saya juga berpeluang dan berkesempatan bersama-sama calon UPSR dan Guru-Guru Tahun 6 sekolah angkat saya,SK Tengku Ampuan Intan,Kuala Berang,Hulu Terengganu. Selama hampir satu jam menyampaikan harapan jabatan,harapan negeri serta persediaan terakhir yang patut mereka laksanakan bagi menghadapi UPSR. Antaranya ialah persediaan mental,persediaan spritual,persediaan fizikal dan persediaan kelengkapan.Secara terperinci boleh dilihat di sini.

Apa yang paling penting di saat akhir seperti ini bagaimana menghindar perasaan takut,stress dan gangguan emosi kepada anak-anak. Ibubapa dan para guru perlu menjadi supportif yang hebat bagi membina keyakinan diri yang tinggi kepada anak-anak dan menjauhkan mereka apa jua situasi yang boleh mengganggu emosi dan jiwa mereka. Kita sangat percaya dan amat berterima kasih kepada guru-guru Tahun 6,pasukan pengurusan dan semua guru serta warga sekolah SK Tengku Ampuan Intan yang telah menunjukkan komitmen dan iltizam serta usaha yang jitu bagi memastikan kesinambungan keterbilangan UPSR di sekolah ini. Saya juga sangat percaya situasi di semua sekolah lain  juga hampir serupa.

Tahniah,terima kasih dan Selamat Berjuang !!!!!
Jadual UPSR 2011

0 ulasan:

Post a Comment