Wednesday, September 21, 2011

Mesyuarat Pengurusan Data Selepas Pertukaran dan Redeploment

KUANTAN - Pada 19 - 21 September 2011,Unit Pengurusan Sekolah Rendah mengadakan Mesyuarat Data Operasi Sekolah Rendah Selepas Pertukaran dan Redeployment. Mesyuarat yang berlangsung di Citiview Hotel, Kuantan ini dihadiri oleh para pegawai di Unit Pengurusan Rendah dan semua Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah semua PPD. 

Dalam ucapan pembukaan mesyuarat, En. Jelani Sulong, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah memperingatkan ahli mesyuarat bahawa kutipan data hasil mesyuarat ini akan dijadikan asas dalam mempertimbangkan keputusan permohonan pertukaran guru bagi semua kategori pertukaran. Ahli mesyuarat juga dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian bersama-sama dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sedang memikirkan satu kaedah yang bijaksana bagi menangani isu lebihan guru di hampir semua negeri. Hal ini menjadi halangan utama bagi urusan penempatan guru baru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang sedang bersedia untuk ‘posting’ di seluruh negara.

Kita berharap dengan kedudukan data sebenar yang tepat dan jitu posting baru dan pertukaran dapat dilaksanakan dengan berkesan agar semua murid menikmati pembelajaran yang berkesan dan guru yang masuk dan sedia ada dapat memberi perkhidmatan terbaik bagi merealisasikan usaha kita "Melestarikan Pendidikan Terbilang dan menjadikan Terengganu Anjung  Ilmu.

No comments:

Post a Comment