Saturday, April 3, 2010

Isu Kenaikan Pangkat Guru Sekolah Rendah

Isu mengenai kenaikan pangkat guru sentiasa hangat dan panas hinggakan semalam YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran akan mengadakan Makmal Khas untuk urusan tersebut.Sebelum ini saya telah menyentuh serba sedikit dalam posting terdahulu berhubung isu ini bilamana ramai calon yang memohon atau diperakukan menolak tawaran yang diberikan kepada mereka.

Walau bagaimanapun melalui perjumpaan atau dialog dengan rakan guru,tulisan melalui forum-forum atau wacana dengan kesatuan masih ramai kalangan guru salah faham tentang dasar pelaksanaan kenaikan pangkat yang sedia ada. Saya mengambil peluang ini untuk memberi penjelasan serba-sedikit berhubung beberapa isu kenaikan pangkat supaya digri kefahaman dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat membantu guru merebut peluang kenaikan pangkat. Saya akan memberi fokus berkaitan urusan sekolah rendah.

Dalam laluan kerjaya pangkat PPLD,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menetapkan laluan seperti berikut:
  • Laluan naik pangkat secara hakiki - iaitu bagi jawatan-jawatan hakiki di sekolah,ppd,jpn atau bahagian di KPM seperti GPK,Guru Besar dan Pengelola Gred DGA32 dan DGA34
  • Laluan Guru Cemerlang - gred DGA32,DGA34,DGA38 bertaraf KUP
  • Laluan Time Base - DGA32 (KUP)
  • Laluan Khas X-PPLD  - DG41(KUP) ,DG44(KUP) untuk GPK dan Guru Besar yang sambung belajar
  • Laluan Guru Besar Cemerlang - DGA38(KUP)
  • Laluan Pengelola /Pegawai Cemerlang - DGA34(KUP),DGA38(KUP)
Bagaimana dengan Guru Penolong yang sambung belajar atau baru posting sebagai PPPS DG41? Mereka boleh menikmati laluan naik pangkat sebagai :
  • Laluan Guru Cemerlang DG44(KUP),DG48(KUP),DG52(KUP)....Jusa Khas C
  • Laluan Time Base DG44 (KUP), DG48 (KUP)
Mereka tidak boleh menjadi Guru Besar atau GPK kerana gred mereka DG41 lebih tinggi dari gred DGA32 atau DGA34 GPK dan Guru Besar. Mereka yang telah menyandang jawatan hakiki GPK dan Guru Besar terlebih dahulu kemudian sambung belajar akan dikekalkan atas jawatan yang sama setelah dilantik DG41 dengan memakai DG41(KUP).Dari segi prinsip gred DG41 bukan gred naik pangkat tetapi mereka dikekal kerana telah menyandang jawatan itu terlebih dahulu. Maksud KUP kenaikan pangkat diberi kepada body pemunya bukan jawatannya. Jika pemegang jawatan KUP bersara pengisian jawatan menggantikannya ialah pada gred asal jawatan tersebut. Contoh seorang Guru Besar Sekolah A yang gred DG44(KUP) bersara maka calon yang akan di situ ialah mereka yang terdiri dari Guru Besar DGA34 kerana gred hakiki Guru Besar sekolah gred A ialah DGA34.

Ramai guru yang sambung belajar atau posting baru tidak berpuashati kerana mereka seolah-olah tiada peluang menjadi pentadbir. Siapa kata mereka tiada peluang ? Ada peluang JIKA sistem struktur naik pangkat hakiki sekolah rendah berubah. Jika KPM mengubah gred jawatan hakiki GPK dan Guru Besar ke DG44 dan DG48 bukan sahaja mereka layak tetapi semua PPPS juga layak kecuali ada sekatan guru menengah tidak boleh berpindah ke sekolah rendah. Keadaan ini kemungkinan besar akan berlaku kerana sekarang calon-calon guru yang keluar hampir tiada berstatus PPLD semuanya PPPS. Selain dari itu ramai Guru Besar dan GPK telah mengikuti program siswazah. Maka PPLD akan beransur hilang dalam sistem perguruan negara sebagai hilangnya guru Darjah 6 dan Guru kelulusan SRP.

Selain dari itu sesetengah guru mendakwa kalau nak naik pangkat kena buat baik atau membina hubungan rapat dengan pegawai JPN atau PPD.Ianya seolah-olah memberi gambaran bahawa kenaikan pangkat dasarnya ditentukan oleh JPN.Mereka lupa bahawa pokok segala kelayakan naik pangkat mereka bermula dari diri mereka sendiri.Sewajarnya mereka melengkap diri mereka sendiri jika ingin menjawatan naik pangkat :-
  • Guru mesti memohon setiap tahun. Semua jawatan naik pangkat kena pohon.
  • Mempunyai prestasi tiga tahun yang baik.
  • Tiada tindakan tatatertib
  • Telah mengistiharkan harta
  • Lulus Tapisan SPRM
  • Bebas dari peminjam tegar IPP
  • Lulus PTK
  • Diperaku oleh Ketua Jabatan
  • Lain keistimewaan dan kebolehan yang boleh dibuktikan
Tugas panel JPN dalam urusan naik pangkat adalah memanjangkan iklan dari BPSM,menerima dan memproses borang dan dokumen permohonan yang lengkap,memanjangkan permohonan ke Lembaga Naik Pangkat KPM,menerima senarai yang diluluskan oleh Lembaga , menawar kepada calon dan memaklumkan kepada BPSM setuju terima / tolak dari calon.

Urusan naik pangkat  diurusetia oleh Unit Naik Pangkat dan Tatatertib,Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan manakala penawaran kepada calon sahaja dilakukan oleh Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Sektor Pengurusan Sekolah berdasarkan prosidur yang ditetapkan.

Penempatan calon naik pangkat juga menjadi isu apa lagi calon-calon ditawarkan penempatan di luar daerah. Mereka seolah-olah lupa bahawa jawatan naik pangkat adalah untuk mengisi jawatan kosong yang ada. Lagi pun adalah tidak adil jika berlaku kekosongan dalam daerah calon baru naik pangkat hendak ditempatkan di situ sedangkan ada guru dari daerah tersebut yang semasa naik pangkat sanggup untuk keluar daerah dan bertahun-tahun sudah berada di sana.Inilah masa untuk mereka kembali berhampiran keluarga dan kampung halaman.

Satu lagi isu yang hangat diperkatakan ialah mengenai pemangkuan GPK dari guru DGA29 ke DGA32 yang dilaksanakan pada tahun ini.Ramai guru senior dari gred DGA32(KUP) Time Base menyuarakan perasaan tidak puashati kerana peluang mereka untuk menjawatan GPK telah ditutup. Ada kalangan guru DGA29 yang ditawarkan pemangkuan GPK DGA32 menolak tawaran setelah sehari dua melapor diri kerana tekanan tugas dan rakan dari DGA32(KUP) Time Base.Mereka ada yang baru berkhidmat 8 tahun.

Iklan pemangkuan telah disiarkan 31 Julai 2009 dan Surat Kuasa Kelulusan Pemangkuan telah dikeluarkan pada 23 Disember 2009.Ramai kalangan guru terkhilaf dengan iklan ini. Mereka tidak faham maksud "pemangkuan".Pemangkuan dalam bahasa mudah mereka yang layak memangku jawatan naik pangkat lebih tinggi dari yang disandang sekarang selama 6 bulan atau lebih dengan dibayar elaun memangku sebelum disahkan pelantikan secara hakiki". Mengapa perkara ini tidak dibuka kepada penyandang DG32(KUP) Time Base;
  • Pemangkuan Gred DGA32 tidak boleh diberi kepada guru DGA32(KUP) Time Base kerana guru DGA32(KUP) Time Base telah naik pangkat gred DGA32 setara dengan pemangkuan. Guru DGA32(KUP) Time Base hanya boleh diberi pemangkuan jika mereka naik pangkat lebih tinggi ke gred DGA34
  • Perakuan dan peluang naik pangkat GPK kepada guru DGA32(KUP) Time Base sebelum ini ramai yang menolak kerana gaji mereka tidak berubah kerana grednya sama.Hanya elaun GPK RM60.00 sahaja.Apalagi mereka akan kehilangan BISP jika bukan opsyen menerima jawatan hakiki.Ramai jawatan GPK tidak dapat diisi dan lebih mendukacita ditawarkan di sekolah yang samapun tetap menolak.Mereka selesa dan tidak mahu berpindah. Maka KPM buka peluang ini kepada guru DGA29.Siapa yang bawa lumpur ????
  • Dengan memberi peluang kepada DGA29 pemangkuan maka jumlah guru yang naik pangkat semakin ramai.Cuma bezanya naik pangkat secara Time Base tiada jawatan,masih guru penolong tetapi naik pangkat secara hakiki mempunyai jawatan sama ada sebagai GPK atau Guru Besar.
Jawatan hakiki ini mempunyai konotasi "kuasa".Justru itu walaupun gred guru penolong DG41 tetapi Guru Besar dan GPK diberi "tauliah" yang memberikan mereka "kuasa" mengawalselia guru penolong dari gred apa sekalipun.

Persoalannya adakah guru penolong Time Base DGA32(KUP) ada peluang untuk menjadi pentadbir ?
Jawapannya:
  • ada jika senarai calon pemangkuan DGA29 ke DGA32 tidak mencukupi
  • mereka akan diperakukan jika memenuhi syarat sebagaimana di atas
  • tersenarai dalam kelulusan perakuan yang dikemukakan kepada BPSM/Lembaga
  • menerima tawaran
Guru Penolong DGA32(KUP) Time Base juga berpeluang memohon jawatan naik pangkat DGA34 dan Guru Cemerlang

Satu perkara lagi bila menyentuh isu naik pangkat majoriti tertumpu kepada naik pangkat Laluan Hakiki untuk GPK dan Guru Besar sahaja sedangkan laluan lain seperti Guru Cemerlang terbuka luas seperti kurang diberi perhatian. Laluan naik pangkat hakiki terikat kepada kekosongan.Sebagai contoh permohonan untuk mengisi jawatan hakiki DGA34 bagi 2010 negeri Terengganu seramai hampir 1,200 orang sedangkan kekosongan jawatan adalah lebih kurang 30 orang. Sudah tentu mereka yang terbaik sahaja akan ditawarkan. Mereka terbaik ditentukan kreteria pemarkahan sebagaimana berikut:
  • prestasi tiga tahun dengan purata maksima markah 80 %
  • ditambah 20% lain-lain kreteria seperti kursus NPQH,pengalaman,sumbangan dan lain-lain merit yang pemohon sedia tahu.
Dalam pemerhatian saya tidak akan ada calon yang akan dapat 100% tetapi prestasi majoriti calon boleh maintance untuk dapat 75 % hinmgga 78%.Mereka banyak gagal dalam mencapai markah 20% .Kalau prestasi dapat 78%  campur 10% baru dapat 88%. Sewajarnya calon bukan sahaja menjaga prestasi tetapi juga kreteria 20% juga.

Adalah menjadi harapan kami dengan penjelasan ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada kaum guru sekolah rendah terutamanya mengenai peluang naik pangkat,proses dan unit-unit yang terlibat. Cuma satu ingat kami jika tidak berminat dan tidak sanggup berganjak tidak payahlah minta naik pangkat kerana ianya seakan menutup peluang rakan-rakan yang lain. Apapun yang harus diingat pokok utama kelayakan dan keupayaan untuk naik pangkat bermula dari diri sendiri...ukurlah betul-betul.

Slide 2


45 comments:

  1. Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

    Terima kasih kepada tuan kerana memberi penerangan yang jelas. Saya ada sedikit persoalan berhubung dengan penyangand KUP. Setelah bersara nanti tanpa mengiri apa DGnya, pengiraan pencen akan berdasarkan kepada gaji terakjhirnya (KUP) ataupun gred hakikinya. Banyak versi yang telah didengar, mengelirukan.
    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Gaji yang kita terima sama ada naik pangkat secara hakiki atau KUP adalah gaji kita yang mutlak.Semua naik pangkat Time Base dan Cemerlang(Guru Cemerlang,GB Cemerlang,Pengelola Cemerlang,Pengetua Cemerlang) adalah KUP(maksud KUP telah diterang di atas).Apabila pencen kita akan terima pencen dari perkiraan gaji terakhir kita pencen. Kalau pencen DGA38(KUP) dengan gaji RM4,960.00 maka pencen akan dikira dari gaji itu.Tetapi pengisi jawatan yang menggantikan kita akan kembali ke jawatan hakiki jawatan kita.Contoh kalau jawatan Guru Besar hakiki ialah DGA34 tetapi kita yang pencen pada masa tu GB DGA38 maka pengisi jawatan kita cukup pada gred hakiki DGA34,tidak perlu bersusah payah cari gred DGA38(KUP)

    ReplyDelete
  3. Salam 1Malaysia,
    Tersangat lah menarik info ini. Ramai antara kita yang tak faham dan mula menuding jari kepada pihak lain. Pokok pangkalnya diri sendiri yang tentukan...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

    Terima kasih atas info yang diberikan. Justeru itu menyeru kepada semua warga pendidik yang ada, rebut peluang yang ada, namun ukurlah sendiri kemampuan kita sebagaimana kata admin....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

    Ingin saya menarik perhatian tentang penerangan admin mengenai perkara ini seperti mana perenggan di bawah

    Persoalannya adakah guru penolong Time Base DGA32(KUP) ada peluang untuk menjadi pentadbir ?
    Jawapannya:

    * ada jika senarai calon pemangkuan DGA29 ke DGA32 tidak mencukupi
    * mereka akan diperakukan jika memenuhi syarat sebagaimana di atas
    * tersenarai dalam kelulusan perakuan yang dikemukakan kepada BPSM/Lembaga
    * menerima tawaran

    Jawapan pertama yang di berikan adalah bermula dengan perkataan"ada jika senarai calon pemangkuan DGA29 ke DGA32 tidak mencukupi". Ini bermakna ianya belum muktamad dan belum tentu. Jadi, saya rasa betullah apa yang dikatakan bahawa jika kita menyandang 32(KUP), peluang untuk menjadi pentadbir 32(Hakiki) adalah tipis sama sekali dan boleh di katakan tertutup.Saya rasa, boleh di laksanakan satu peluang dimana untuk mereka yg 32(KUP)boleh memohon 32(Hakiki) khas untuk mereka menjadi pentadbir, walaupun secara teorinya bukan satu istilah naik pangkat dalam gred yang sama.- Hanya pandangan.Wasalam....

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kepada pandangan Wady2112.Perkara tersebut telah dibuat oleh BPSM pada tahun sebelumnya tetapi ramai yang kalangan DGA32(KUP) Time Base menolak dengan pelbagai alasan.Justrulah barangkali BPSM ubah dasar kut. Dan untuk pengetahun setiap tahun calon diperakukan tidak cukup sebab tidak semua menerima maka peluang itulah akan dapat dinikmati oleh DGA32(KUP) Time Base tapi ingat jawatan pentadbiran ini kecil ruang.Ia bergantung kepada kekosongan akibat penyandang bersara,naik pangkat,bertukar keluar atau ke perkhidmatan lain dan juga meninggal.Untuk hanya terbaik akan dipilih.Tq

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Mohon copy-paste ke blog saya.

    ReplyDelete
  8. Silakan tuan sekiranya maklumat yang manafaat untuk membantu rakan kaum guru kita

    ReplyDelete
  9. salam sejahtera, saya ni cikgu ngu dari sarawak, sekolah rendah pppld dga 29, saya baru mengajar thn ke4, namun saya berminat utk memohon kenaikan pangkat ke dga32, namun saya masih ragu ragu sama ada gaji itu akan dianjak ke dg2 32 atau sekadar memangku sahaja?

    ReplyDelete
  10. salam, tuan...saya adalah guru pppld yang telah berkhidmat selama 5 tahun dan telah dilantik oleh jabatan menjawat jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum DGA29(KUP) di sekolah pedalaman tempat saya bertugas sekarang ini. persoalannya, adakah saya layak untuk memohon jawatan hakiki ke gred dga32? saya telah bertugas selama 2 tahun untuk memengan jawatan ini.terima kasih...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum & salam 1 Malaysia....
    Saya tertarik dengan blog ini dan berharap guru-guru junior dan senior faham apa yang diterangkan dalam blog......
    Saya ada satu persoalan....
    Saya sedang memangku Guru Cemerlang DGA 32 KUP semenjak 16 Julai 2008.. Setelah tamat belajar dan mendapat Ijazah Sarjan Muda saya dilantik pula sebagai guru siswazah DG41 bermula 31 Disember 2008, yang mana perlantikan DG41 ini secara 'back dated'. Apa yang saya ingin pastikan adakah saya boleh membuat rayuan supaya perlantikan Dg41 ini asasnyer kesinambungan DGA32 KUP atau terpaksa berpuas hati dengan kesinambunagn DGA29?

    ReplyDelete
  12. Salam semua guru dan Selamat Hari Guru...maaf lama tak jenguk ruangan ni. Oleh itu izinkan saya jelas sekaligus pertanyaan M,zlee82 dan saudara aiman...

    Sebenarnya sesiapa sahaja gred DG29 yang mencukupi syarat asas itu bagi pengisian tahun 2011 saya kira mereka yang mula mengajar tahun 2004 ke bawah bagi calon SK dan mula mengajar 2005 ke bawah calon SJKC layak memohon pemangkuan ke DGA32,disamping prestasi bagus,harta telah istihar dan tiada tindakan tatatertib.Bila anda termasuk dalam senarai pemangkuan anda akan ditawarkan jawatan di sekolah yang ada jawatan hakiki dga32 iaitu sekolah gred A ,B dan SKM A sahaja.Memamg KPM telah lantik anda sebagai GPK bagi sekolah pedalaman tetapi bukan dengan tujuan naik pangkat kerana anda berada diluar zon naik pangkat (bila start ngajar).Bila anda dah layak mohonlah dan jika anda sedang menyandang tapak jawatan hakiki anda boleh ditawar disitu jugak bila disenaraikan.

    Mengenai pertanyaan saudara Aiman KPM akan bersedia memberi mana yang lebih menguntungkan guru. Kalau dilihat saudara telah menyandang DG32(KUP) lebih awal dari pelantikan DG41 maka sewajarnya tidak timbul lagi DGA29.Sewajarnya gaji DG41 hendaklah diambil dari gred DGA32(KUP). Mungkin kekeliruan timbul kerana pelantikan rasmi belum terima.Ini harus dirujuk kepada BSM Cawangan naik pangkat dan juga SPP.

    Walau bagaianapun SPP boleh dengan permintaan pemohon membatalkan permohonan DG41 supaya ia menikmati DG32 dahulu kemudian memohon semula ke gred DG41. Ini biasa saya temui sewaktu menawarkan jawatan GPK kepada calon yang bertembung kepentingan
    seperti ini.

    Ada juga calon yang habis belajar sengaja tidak memohon DG41 sehingga mereka ditawarkan DGA32(KUP)TB terlebih dahulu.Selepas itu baru mereka mohon DG41 dengan SPP.Mereka setengah mengutip faedah hingga RM500.00 atas kenaikan pangkat DGA32(KUP) baru mohon DG41 walaupun mereka rugi sedikit senioriti DG41 dan faedah lain tetapi starting gaji DG41 mereka lebih tinggi.

    Sekian,diharap dapat membantu sedikit sebanyak.

    ReplyDelete
  13. Salam sejahtera semua,berapa lama pegawai PPPLD bagi GPK yang di bayar elaun pemangkaun DGA32? Adakah pegawai tersebut akan dibayar gred gaji DGA32?

    ReplyDelete
  14. Jika kita ingin memohon DGA32 time-based, biasanya berapa markah LNPT perlu kita dapat setiap tahun baru memenuhi syarat markah purata LNPT tiga tahun?80 atau 85?

    ReplyDelete
  15. Salam.
    Pemilihan calon untuk temuduga kenaikan pangkat DGA32(Hakiki)tidak telus.Kenal orang dalam ( ada kabel ),pasti dapat.
    Orang cemerlang disisihkan.Orang kurang cemerlang dipanggil temuduga kerana kenal orang dalam.Sampai bila jadi begini......
    Bagaimana nak Melestarikan Pendidikan Terbilang kalau pemilihan calon naik pangkat lagu ning.Luaran make up baru tapi masih fesyen lama.

    ReplyDelete
  16. Satu perkara yang menarik. Terutamanya Laluan Khas X-PPLD - DG41(KUP) ,DG44(KUP) untuk GPK dan Guru Besar yang sambung belajar.Selama ni terfikir oleh saya yang DG41 (KUP) memang tiada, sebab bukan kenaikkan pangkat. Hanya DGA32 dan DG44 yang ada KUP. Baru sekarang jelas dari penerangan yang diberi. TQ

    ReplyDelete
  17. Salam, Guru Cemerlang DGA32 KUP. Dilantik pada 1.Nov.2004.Sekarang saya telah menerima Ijazah Sarjana Muda dari IPTS.
    Masalah saya:
    1.Boleh ke saya memohon jawatan GPK DGA32?
    2.Boleh ke dari GC berpindah ke jawatan GPK/Pentadbir?
    3.Setelah saya ke PPP DG41,berapa lama masa untuk saya ke PPP DG44?
    Saya memohon GC atas andaian jalan cepat ke pentadbir.Tetapi memandangkan keadaan sekarang, tiada lagi GC yang dilantik ke pentadbir,
    Di sekolah saya,saya dibebankan dengan berbagai tugas yang mana sampai pada tahap tidak mampu dipikul lagi,atas alasan, GC mesti buat semua kerja.
    Di sekolah saya, saya memegang jawatan sebagai Penyelaras UPSR hampir 11 tahun.Pengerusi Panatia 11 tahun.
    Jika dicampur dengan sekolah lama, saya menjalankan tugas sebagai penyelaras UPSR selama 16 tahun.
    Di atas pengalaman mengajar selama 25 tahun, masih belum layakkah lagi bagi saya untuk memohon jawatan pentadbir?
    Markah prestasi saya sentiasa 90 ke atas.
    Bagilah peluang GC cemerlang menjawat jawatan pentadbir.Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wrt

    Saya mohon maaf kerana jarang melihat keposting ini kerana ia sudah agak terkebelakang..oleh itu jika ada pertanyaan sila guna ruang chat box bagi mendapat jawapan segera.

    Walau bagaimanapun saya akan berusaha memberi penjelasan berdasarkan pengetahuan yang saya ada..

    1.Elaun memangku diberi kepada semua calon pemangkuan jawatan naik pangkat dari DGA29 ke DGA32 dan dari DGA32 ke DGA34 selema 6 bulan atau lebih sehingga Lembaga Naik Pangkat mengeluarkan surat perlantikan rasmi.Selepas KEW8 diluluskan anda akan menerima gaji sebenar gred naik pangkat itu.
    2.Gred Naik Pangkat secara time base biasanya diberi kepada mereka yang berkhidmat selama 10 tahun dan prestasi minima 80%.Biasanya semua guru yang normal naik pangkat secara ini.
    3.Sebarang urusan naik pangkat pasti pelbagai tohmahan dan perasan tidak puas hati.Dalam kes pengisian jawatan hakiki dari DGA32(KUP) Time Base ke Gred Hakiki kreterianya jelas.45% adalah prestasi,35% kemahiran dan sumbangan dan 20% temuduga.Majoriti yang ditemuduga prestasi mereka rata-rata 40% ke atas.Banyak calon drop dekat markah kemahiran dan sumbangan 35%.Ramai calon tak lengkap ruang dan tiada sijil/bukti anugerah dsb.Ada calon prestasi ok,kemahiran dan sumbangan ok tapi temuduga lebur. So apa ukuran yang kita pakai untuk mengukur "calon yang cemerlang" yang disisihkan.Kita kadang kena terima hakikat ada orang dia sangat cemerlang sebagai pelaksana tapi gagal sebagai pemimpin atau pengurus.Saya percaya kalau kita boleh buktikan kita hebat tak ada siapa boleh menolak kita.
    4.Jangan terkeliru dengan DG41(KUP).Gred ini hanya diberi khas kepada GPK atau GB yang sambung belajar dan dapat ijazah.KUP ni untuk diri mereka bukan untuk jawatan. Guru biasa yang posting dengan DG41 dan DGA29 yang sambung belajar dan dapat ijazah akan diberi DG41 bukan DG41(KUP).KUP adalah Khas Untuk Penyandang yang diberi kepada body pemilik bukan jawatan. Bila mereka bersara jawatan akan diisi oleh gred hakiki jawatan iaitu DGA32 atau DGA34 bukannya DG41.
    5.Mereka yang telah berada pada Gred DG41 tidak layak mohon GPK kerana jawatan hakiki GPK atau GB lebih rendah dari mereka kecuali struktur perjawatan dan gred hakiki diubah GPK ke DG44 dan GB DG48
    Perpindahan dari GC ke pentadbiran mmg tidak dibenarkan kerana masing-masing ada laluannya.
    Bagi xppld yang memperolehi DG41 mereka boleh memilih ke DG44 melalui laluan GC atau time base. Jika GC perlu lima tahun atas gred DG41 tetapi jika laluan Time Base mereka perlu berada 10 tahun atas DG41 baru layak mohon DG44(KUP) Time Base.Walau bagaimanapun bagi xppld yang mengikuti laluan time mereka boleh menggunakan anugerah sekali sahaja iaitu prinsip 3 + 1. Ia itu jika mereka khidmat masa belum dapat ijazah 3 tahun,mereka akan mendapat 1 tahun penjimatan untuk ke DG44 (KUP) Time base. Ini bermakna kalau mereka ppld selama 10 tahun dan kemudian dapat DG41 mereka dapat jimat 3 tahun. Dimana mereka tidak perlu tunggu 10 tahun tapi hanya 7 tahun sudah boleh mohon DG44 (KUP) Time Base.

    Semoga mendapat manafaat dan kefahaman

    TQ

    ReplyDelete
  19. slmkm tuan, adakah guru J-Qaf boleh memohon Guru Cemerlang (GC) DG44? tq..

    ReplyDelete
  20. slm sejahtera,tuan,
    saya telah dipanggil untuk ditemuduga di PPD pada
    18 Dis. 2011, hingga sekarang belum menerima jawapan dari pihak yg berkenaan, adakah ini menunjukkan permohonan saya tlh gagal ?

    ReplyDelete
  21. SLM SEJAHTERA,
    SAYA PENSYARAH IPG, SAYA INGIN BALIK SEMULA KE SEKOLAH RENDAH UNTUK MENJADI GURU KANAN/GPK/GURU BESAR. BAGAIMANAKAH SAYA DAPAT LAKSANAKAN INI? TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  22. slm sejahtera,tuan.
    lantikan pertama saya adalah 01.01.94 dan telah disahkan pada 01.01.1997,pada 01.11.2004 saya dinaikan pangkat pppld gred 32 secara khas untuk penyandang dan pada 01.12.2008 ditukar sebagai penolong kanan hem pppld gred dga32.sekarang saya mengajar di sekolah kurang murid pedalaman 3. apakah laluan naik pangkat yang layak saya dapat dalam masa 10 tahun akan datang memandangkan saya akan bersara pada tahun 2011 (opsyen 58) sekian terima kasih

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Tuan,

    Saya ada satu persoalan tentang surat naik pangkat dga29 ke dga32 melalui time based. Saya telah menerima surat kelulusan kenaikkan pangkat tersebut jika tidak salah saya pada bulan 6. Di dapati pada surat tersebut terdapat kesilapan ejaan nama saya. Saya telah merujuk hal tersebut kepada pegawai yg berkenaan di unit kenaikan pangkat JPNT sejurus selepas mendapat surat tersebut dan saya di minta menghantar semula surat yg asal kepada unit tersebut bersama fotostat IC saya. Saya menghantar by hand. Kemudian selepas raya dalam bulan 8 saya telah call pegawai tersebut dan di maklumkan surat saya tersebut telah di serahkan kepada kementerian untuk di bawa meeting....Soalan saya ialah mengapa mengambil masa yang lama untuk menguruskan perkara tersebut sedangkan kesilapan hanya pada nama dan perlukah perkara tersebut di bawa ke mesyuarat? Sedangkan kenaikan pangkat saya telah di luluskan.. Kerana perkara tersebut PT di sekolah saya tidak dapat membuat KEW8 BAGI SAYA.....Mohon di beri penjelasan..Terima kasih.

    ReplyDelete
  24. Tidak percaya lagi....

    ReplyDelete
  25. salam sejatera tuan,
    saya ada satu persoalan, saya seroang GC di sekolah rendah (DG48) , kalau saya memeohon GC 52 , bolehkah saya dikekalkan di sekolah rendah atau saya akan ditukar ke sekolah menengah? Selain dari itu, bolehkah saya menggunakan pengalaman saya di PPLD di DG48 saya? harap dapat penjelasan dari pihak tuan, sekian terima kasih

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum.

    Saya nak tanya....guru besar yang telah ada ijazah akan mendapat keistimewaan iaitu 3 tahun KUP41 akan dapat KUP 44. Berapa tahun diperlukan untuk KUP 48. Contoh 8 tahun akan ke KUP 48. Berdasarkan pengalaman di DGA29, adakah kenaikan ke KUP48 akan menjadi 5 tahun shj. Terima kasih

    ReplyDelete
  27. assalam...saya telah mengajar dis ekolah rendah hampir 24 tahun..utk pengetahuan semua saya dinaikkan ke gred dg32 pada tahun 2005, semenjak tahun 2008 saya memohon utk jawatan hakiki tetapi tak pernah dpt hingga saya dinaiikkn ke gred dg 41 pada tahun 2010...bila saya call ppd , pegawai itu berkata saya mesti aktif peringkat daerah...utk pengetahuan semua saya bukan hanya aktif peringkat daerah tetapi juga peringkat negeri dan saya juga pernah memangku sebagai gpk hem...bila saya berbual2 dgn rakan2 ppd, rupa2nya kebanykkan pegawai2 di ppd akan menaikkan rakan2 mereka utk jawatan hakiki..

    ReplyDelete
  28. Hi, kenapa kawan-kawan saya yang memohon kenaikan time phased DGA32 ke DGA34tahun lepas bersama saya telah terima surat tetapi saya belum? Nama saya juga ada dalam senarai berjaya dalam permohonan dalam website.

    Disappointed

    ReplyDelete
  29. Assalam...Bila admin nak jawab persoalan anonymos dan amy hamidah. dah 4 bulan dah tak buka laman ni...

    ReplyDelete
  30. MENGAPA PENGELOLA DI JPN/PPD/BTPN TIDAK DI BERI KUP 41. INI DAPAT DG 41 PERGI SEKOLAH MENGAJAR DARJAH 1,2,3. SEDANGKAN GB, GPK DIBERI KUP 41.

    MOHON PENGELOLA DI BERI JUGA KUP 41.

    MML, PAHANG


    ReplyDelete
  31. Salam. Saya adalah dga34 kup. Adakah saya layak untuk memohon dga32 hakiki

    ReplyDelete
  32. Hai Selamat Sejahtera. Saya berminat untuk mohon GC dg 38 tapi ingin tahu apa kelayakan saya. Saya sekarang berada di dg34 dan tidak terima tawaran gpk. Saya ingin tahu apa beban kerja yang GC perlu pikul sehingga tak ramai yang minat. Saya ingin tahu elaun dan gaji seorang GC. Adakah GC ini akan dinilai oleh GB atau Jemaah Nazir. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  33. Terima kasih atas info di atas....... Saya telah membaca dan berusaha memahaminya.

    ReplyDelete
  34. sya pppld 32 kup.umur dh 52 tpi lom dpt dg34.nak belaja tak diterima.bebrpa tahun dh mkn gaji langga dinding.syuko ada penyelrsan gaji.denga berita ada kursus 6 bulan utk guru lebih umur belaja ke u tpi bila dan di mana serta prospektifnya

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum, Syabas dan tahniah kerana banyak info berguna di blog ini. Saya nak tanya bagaimana pula kedudukan seseorang guru besar itu jika dia dilantik pada 1 Oktober 2013 dan beberapa bulan kemudian dia menerima lantikan DG41 back dated 15 Julai 2014.

    ReplyDelete
  36. Maaf back dated 15 Julai 2013

    ReplyDelete
  37. Salam. Saya nak tanya.. Jika saya telah dilantik sbg gpk pada 1.12.2013... Dan kemudian dapat pulak surat lantikan ke dg41 pada 15.7.2013.. Adakah jawatan saya akan dikekalkan sbg gpk atau perlu memilih salah satu? Tq

    ReplyDelete
  38. Salam..Saya salah seorang drp ex-ppld dan sekarang bergred dg44 hakiki. Persoalan saya, adakah saya layak untuk memohon jawatan GURU BESAR EX-PPLD DG 41/DG44/DG48 yang sedang dibuka permohonannya sekarang ini.?

    ReplyDelete
  39. Pengelola, penyelia ngajar semula ke sekolah walaupun dah dapat dg 38 (Pengelola Cemerlang). Tak ada DG 41 (KUP) untuk pengelola. Mengapa ini berlaku. Buatlah syarat secara pakej seperti guru besar sedia ada. Kesian

    ReplyDelete
  40. Salam admin...saya sgt berminat utk menjadi GPK di sekolah rendah...tetapi terbatas kerana saya guru penolong yg first posting DG41 dan pada masa sekarang berada di gred DG44. Soalan di sini..mmg tiada peluang langsing utk saya menjadi seorang GPK..atau ada cara lain utk saya menjawat jawatan tersebut. Terima kasih byk2 atas segala makluman dr pihak tuan

    ReplyDelete
  41. siapa pakai dg42 boleh ke jawatan gpk... Sebab dg 42 adalah fleksi skim.. Dg 41 sampai dulu sebelum 32 hakiki x merasa gpk..

    ReplyDelete
  42. Adakah gred 48 sekolah rendah boleh mohon gpk?..rata2 kami telah berkhidmat lebih dari 20 tahun. Semasa di gred 44 sy tak dipanggil utk iv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan, tiada harapan,

      Sedang berlaku, masuk krja dg44 ajar, tegur, perbetulkan. Bila si dg44 naik ke48, dia naik ke dg44, terus minta jadi gpk... Kalau dulu dia dibantu , kini dia arahkan dg48 yang suatu ketika dahulu tekun mengajar dan menegur dia....

      Delete