Monday, April 12, 2010

Perayaan Hari Guru Kebangsaan dan Negeri 2010

Sebagaimana  yang kita sedia maklum bahawa Hari Guru dirayakan setiap tahun oleh warga guru dan masyarakat Malaysia pada 16 Mei setiap tahun. Pada tahun ini Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan  akan diadakan di Kuantan,Pahang Darul Makmur.Universiti Malaysia Pahang akan menjadi lokasi pelancaran Hari Guru Kebangsaan 2010 dengan kesinambungan tema perayaan "Guru Pembina Negara Bangsa".

Sehubungan dengan sambutan itu juga semua sekolah seluruh negara diminta mengadakan Gotong-Royong Perdana di sekolah masing-masing pada 15 Mei 2010. Sebelum tarikh itu juga pada 13 April 2010 malam akan diadakan Sembahyang Hajat dan Bacaan Yasin di seluruh  negara. Sekolah diminta menyambut Hari Guru Peringkat Sekolah pada 16 Mei serentak dengan Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.,

Sementara Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Guru yang bersidang pada hari ini pada 30 Mei 2010,jam 9.00 pagi di Universiti Darul Iman Malaysia. Menurut Yang Berbahagia Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, YAB Dato' Haji Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu telah menyatakan persetujuan untuk merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Guru Negeri Terengganu turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pelajaran,Wakil UDM,IPGM Dato' Razali,IPGM Sultan Mizan,Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti,Ketua-Ketua Sektor,Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah dan Wakil Kesatuan Guru.

Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu selaku tuan rumah sambutan pada tahun ini telah membentangkan perancangan sambutan dan cadangan gimik.Sementara bagi Majlis Bacaan Yasin dan Sembahyang Hajat sempena Sambutan Hari Guru Peringkat  Kebangsaan yang akan diadakan 13 Mei 2010 malam diamanahkan kepada Sektor Pendidikan Islam untuk nmenguruskannya


Selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa telah melawat lokasi sambutan di Dewan Al-Muktafilbillah,Universiti Darul Iman Malaysia yang boleh memuatkan 1,500 orang .

No comments:

Post a Comment