Thursday, April 15, 2010

Program PERMATApintar, Ganu Tak Mboh Buat Rekod ker.....

Pagi tadi satu taklimat diberi oleh Dr. Ros,Ketua Unit , Unit PERMATApintar,insan & seni dari Sektor Permata,Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,KPM mengenai pengurusan Program PERMATApintar di Bilik Mesyuarat Alamada JPN Terengganu. Turut hadir ialah Ketua Sektor Khas dan Swasta,wakil BTPN,wakil Unit Menengah,Rendah,Prasekolah dan wakil dari Pahang dan Kelantan.
Menurut beliau satu unit yang baru sedang dipohon perjawatan dengan pihak atasan dinamakan Unit Permata akan diujudkan.Unit ini terletak dibawah Sektor Pengurusan Sekolah,JPN Negeri dengan keanggotaan terdiri dari  Ketua Unit DG44 dan dua pegawai DG41.

Antara fungsi UNIT  PERMATApintar,insan dan seni
  • Pengurusan penyertaan murid bagi ujian UKM1 dan UKM2
  • Pengurusan penyertaan murid bagi kem PERMATApintar dan PERMATAinsan
  • Pengurusan penyertaan murid dalam kem PERMATAseni Koir dan PERMATAseni Muzik
  • Pengumpulan profil murid pintar
  • Merancang program pintar cerdas di sekolah
  • Mempertingkatkan kompetensi jurulatih utama program pintar cerdas
  • Pengurusan melibatkan umur murid antara 8 hingga 15 tahun
  • PERMATApintar murid berumur antara 9 - 15 tahun
  • PERMATAinsan - murid berumur antara 8 - 12 tahun (hanya murid Islam sahaja)
Semua asas pemilihan profil , penyertaan peserta  dan apa sahaja untuk masa depan berkaitan PERMATApintar difahamkan berdasarkan ujian IQ,UKM1 dan UKM2.

Ujian IQ,UKM1
Tarikh : 1 Mac hingga 31 Mei 2010
Umur  : Tahun 2 (8 tahun) hingga Tingkatan 3(15 tahun)
Secara online : http://www.permatapintar.edu.my

Ujian IQ,UKM2
Tarikh : 1 Julai hingga 15 Ogos 2010
Umur  : Tahun 2 (8 tahun) hingga Tingkatan 3(15 tahun)
Secara online : http://www.permatapintar.edu.my
Syarat : Hanya yang layak. Semakan kelayakan pada 6 Jun 2010

Kita meminta Pengetua,Guru Besar,guru-guru,ibubapa supaya anak-anak mereka yang berada dalam kohort umur berkenaan mengambil ujian IQ,UKM1 tanpa apa-apa bayaran ini kerana banyak faedah masa depannya.Pihak sekolah diminta membantu menyediakan data sekolah seperti Kod Sekolah,Nama Sekolah dan alamat sekolah dan lain-lain bagi membantu murid mengambil ujian ini.Pasti murid sendiri yang mengambil ujian kerana ketidakjujuran ini akan dapat dikesan jika mereka terpilih menyertai mana-mana program.

Kalau Terengganu memperolehi Juara UPSR,Juara MSSM 2009 dan bermacam juara lagi kenapa kita tidak boleh jadi Juara Penyertaan Terbanyak Ujian IQ,UKM1 dan juga membuka peluang calon layak terbanyak untuk ujian UKM2. Kita yakin kita boleh jika ada kesungguhan. Kadar penyertaan peserta negeri Terengganu yang ambil ujian IQ,UKM1 sehingga 9 April 2010 agak TIDAK MEMUASKAN . Dari 181,154 orang yang layak hanya 3,190 orang yang ambil atau 1.76%. Kita ditinggal oleh Kelantan yang sekarang ini kadar penyertaan mereka paling tinggi antara negeri iaitu 3.67%

Terengganu mempunyai peluang menjuarai jika kita mampu pastikan 100% murid yang layak mengambilnya.Kami akan update kedudukan penyertaan dari negeri Terengganu (sebelah kanan blog) dari masa ke semasa ..
Data kemaskini pada :18 April 2010
Mari kita lakukan......

6 comments:

  1. Untuk pengetahuan admin masalah yg paling besar ktika melaksanakan ujian ini pada tahun lepas di sekolah-sekolah adalah berkaitan talian internet yang sgt lambat(khususnya talian vsat). Masalah tersebut masih lg berlaku pd tahun ini. Bolehlah dikatakan masa yang diambil sememangnya tidak berbaloi.

    ReplyDelete
  2. Sepertimana mana sistem online yang lain jika masuk di saat akhir maka servernya akan jem atau timbul masalah. Sebab itu kita mencadangkan supaya buat ujian ini awal. Pihak sekolah juga boleh menyediakan sedikit maklumat sekolah untuk pelajar yang ada talian internet buat ujian ini di rumah,cybercafe dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. Bagi talian internet vsat.....tak kira bila dan masanya.....kelemahan dan kekurangannya yg amat ketara ialah mmg talian tersebut terlalu amat perlahan... Inilah yg amat merugikan duit rakyat.. sila admin membuat kajian seterusnya bolehlah dipanjangkan kpd pihak2 tertentu. Mmg sebelum inipun perkara tersebut telah dibawa kpd bbrp pihak yg berkaitan ICT dan internet. Tak kiralah ke BTPN, Unit ICT JPN, Schoolnet sndiri dan sebagainya. Mudah2an dgn komplen dari pihak Pengurusan Sekolah Rendah JPNT akan menambah lg 'pengaruh' ke atas aduan2 sebelum ini. Kesannya byk manfaat pendidikan utk pelajar2 tidak dpt diterima atau dijalankan dgn lebih sempurna. Perkara ini perlu difikirkan bersama. Kasihan duit rakyat.

    ReplyDelete
  4. Berkaitan masalah talian vsat yang telah berlaku semenjak pemasangannya lagi, saya cadangkan sekolah2 yang terlibat dibenarkan membuat kajian(test) menggunakan produk2 internet yg lain. Saya sendiri telah bertukar dari talian internet kpd P1 Wimax krn lebih sesuai di kawasan kediaman saya. Mungkin begitu juga di sekolah2 tertentu.

    ReplyDelete
  5. informasi+ dorongan+ realisasi + usaha = berjaya!!

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas pandangan,insyaalah kita akan ketengahkan masalah ini dalam mesyuarat dengan pihak atasan KPM. Bagaimanapun kita tidak sewajarnya menunggu kerana masalah itu sedangkan negeri lain juga menggunakan produk sama tapi mampu meninggalkan kita...

    ReplyDelete