Thursday, April 8, 2010

Kriteria dan Prosidur Pemilihan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Anatara penerima SBT Fasa 1
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos,watak,identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.Sekolah mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.

Kriteria SBT
  • Berada dalam senarai melebihi sasaran (Exceed Target) - 84 % ke atas bagi SR
  • Pencapaian skor 90% dalam SKPM
  • Mencapai sasaran Instrument Annex - antara yang perlu ada;-
    • Pembinaan Personaliti Unggul seperti pembesar negara/tokoh dan senarai mereka ini direkodkan
    • Anugerah diterima seperti Pertandingan Sekolah Harapan,Sekolah 3K dan pelbagai anugerah yang sekolah terima - rekod/sijil
    • Jaringan dengan sekolah lain atau insitusi pendidikan sama dalam daerah,negeri dan negara
    • Jalinan dengan sekolah atau universiti di peringkat antarabangsa
Instrument Annex akan disiarkan di dalam portal

Prosidur Pemilihan SBT

Saringan Pertama
  • 70% GPS dan 30% Penarafan Kendiri Sekolah berdasarkan SKPM
  • Sekolah yang berada dalam senarai Melebihi Sasaran (Exceed Target) 
    • 84% - Sekolah Rendah
    • 92% - Sekolah Menengah
  • Memenuhi syarat generik antaranya;-
    • tiada harta kerajaan hilang kerana kecuaian
    • tiada audit berteguran
    • tiada perlanggaran punca kuasa
    • tiada tersenarai dalam aduan KPM selama 3 tahun
  • Mencapai target Instrument Annex
Saringan Kedua
  • Sekolah diverfikasi dengan SKPM dan Instrument Annex
  • Sekolah yang mendapat SKPM yang lebih daripada 90% akan disenaraikan mengikut skor Instrument Annex
  • Jawatankuasa Pemilihan SBT akan memilih
  • KPM akan mengiktiraf sekolah sebagai SBT
Menjelang tahun 2012 sebanyak 100 buah sekolah akan diiktiraf sebagai SBT. Pecahan mengikut tahun seperti berikut::

Tahun 2010 - 20 buah
Tahun 2011 - 30 buah
Tahun 2012 - 50 buah

Adalah diharapkan melalui maklumat ringkas ini semua sekolah sekurang-kurangnya tahu apa konsep sekolah SBT.Sekolah-sekolah lain yang sedang mengapai kecemerlangan dan kehebatan memburu SBT boleh berkongsi dengan 20 buah SBT Tahun 2010.Sewajarnya semua sekolah patut berazam mencapai sekolah SBT kerana itu kemuncak sut taraf sekolah terhebat setakat ini dan semua sekolah berpotensi mencapai jika seluruh warga sekolah berjiwa besar.

Bahan Bacaan TambahanSBT
1. Sekolah biasa lahirkan pelajar berprestasi tinggi
2. Sekolah Berprestasi Tinggi
3. Prasyarat SBT
4.Ciri-ciri SBT
5.Ciri-ciri Utama SBT
6.Plan Stategik SBT
7.Impak SBT
8.Sub-Nkra-SBT

2 comments:

  1. Apa yang dimaksudkan dengan tiada tersenarai dalam aduan KPM selama 3 tahun. Bolah di jelaskan,?

    ReplyDelete
  2. Adakah bila sekolah yang mendapat status berprestasi tinggi atau cluster. Guru dan kakitangan yang sama2 berjuang untuk mencapai tahap begitu di tukarkan oleh kerana pernah ada kes-kes peribadi yang tidak melibatkan kerja di sekolah tersebut.Bukan guru besar sekolah yang memohon guru atau kakitangan itu di tukarkan tapi ada segelintir individu di PPD yang mahu orang ini di tukarkan. Adakah tindakan ini wajar dilakukan. Ini bermakna jika sekolah yang ada sekolah lain yang di iktiraf mendapat prestasi tinggi ..maka guru dan kakitangan ini akan di tukarkan sekali lagi dengan alasan yang sama oleh individu begini.

    ReplyDelete