Dalam Surat Pekeliling ini telah diterangkan Mengenai Waktu Mengajar & Waktu Pengurusan Data oleh Guru Data di sekolah;
- Waktu Mengajar Guru Data Sekolah Rendah - 12 waktu x 30 minit (6 jam) seminggu
- Waktu Pengurusan Data Sekolah Rendah - 4 waktu x 30 minit = 120 minit (2 jam) sehari / 10 jam seminggu
- JUMLAH WAKTU MENGAJAR + PENGURUSAN DATA = 32 waktu / 960 minit seminggu
Berdasarkan dapatan ini dakwaan guru data ada benarnya. Pihak sekolah perlu meneliti semula masa mengajar guru data agar selaras dengan pekeliling dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dalam kelulusan perjawatan 2011 perlu mempertimbangkan kedudukan Guru Data di luar norma perjawatan sebagaimana Guru Pemulihan,Guru Media,Guru Bimbingan dan Guru Penyelaras Bestari agar polimik ini dapat diatasi sebaik mungkin untuk kepentingan pelajar
Pihak pengurusan sekolah semestinya mematuhi semua pekeliling selagi tiada perubahan dan pembatalan dibuat. Mereka perlu bijaksana dan kreatif mengurus isu dan persoalan. Di bawah adalah cadangan Jadual Guru Data berdasarkan pekeliling untuk rujukan dan panduan.
Masalah guru data mempunyai banyak waktu mengajar mungkin kerana kekurangan guru di sek tersebut.
ReplyDelete& Terima kasih atas contoh jadual guru data.
ReplyDelete"Unit Penyeliaan Sekolah Rendah telah melontarkan aduan ini kepada Majlis Guru Besar,Guru Penolong Kanan dan juga Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah. Tindakbalas semerta adalah seperti dijangka "Perjawatan Guru Data berada dalam NORMA perjawatan"
ReplyDeleteBerdasarkan perenggan dari artikel di atas, apakah tindakan selanjutnya pihak BSM dalam hal ini. Kalau berdasarkan pengalaman saya, ada bbrp lg perjawatan yang diarah dikurangkan waktu mengajarnya iaitu Penyelaras Bestari, Guru Media dan Guru Bimbingan (Lantikan jabatan). Bezanya perjawatan2 tersebut merupakan di luar norma. Itupun kadangkala bilangan waktu mengajar mrk pun tidak mengikut jumlah seperti mana yang diarahkan krn faktor2 yg terdapat di sekolah2 itu sendiri. Apatah lg status guru data yg sememangnya masih dalam norma, agak sukar utk pihak pengurusan memenuhi kehendak bilangan waktu yg sewajarnya kpd perjawatan tersebut. Disini saya cdgkan agar Perjawatan Guru Data segera dikategorikan diluar norma seterusnya kelayakan perjawatan di sekolah2 bolehlah dirombak semula. Terima kasih.
Cadangan dan permohonan kpd BPSM sentiasa dikemuka bagi menambahbaik perjawatan bukan sahaja melalui Unit Sekolah Rendah tetapi juga oleh Kesatuan dan Persatuan Guru serta MGB. Bukan sahaja perjawatan Guru Data perlu berada di luar norma perjawatan tetapi juga GPK Kokurikulum Sekolah Gred B juga perlu di luar norma. Selain formula 1.7 bukan sahaja untuk Tahun 6 tetapi juga untuk Tahun 4 dan 5.Semoga BPSM tidak terlepas pandang dalam ABM Perjawatan 2011 yang sedang dibentang sekarang ini
ReplyDeletePADA PENDAPAT SAYA SEKIRANYA PERLAKSANAAN MENGIKUT PEKELILING SEMASA YANG BERKUATKUASA,SEMUAANYA AKAN BERJALAN LANCAR.
ReplyDeletedrp;GURU DATA