Tuesday, April 20, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN DATA MURID PENDIDIKAN WAJIB BIL 2/2010


Mesyuarat Pengurusan Data Murid Pendidikan Wajib Bilangan 2/2010 berlangsung di Bilik Mesyuarat 2, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Marang, Terengganu. Mesyuarat ini dirancang berlangsung mulai 20 hingga 22 April 2010. 
Menurut En. Wahab bin Mohammad, Penyelia Kanan Pengurusan Murid JPNT, kutipan data murid ini akan dikumpul di peringkat kementerian pada 2 Mei 2010. Data ini melibatkan pendaftaran murid yang akan memasuki Tahun Satu pada 2011 nanti.
En. Kamal bin Abdullah, dalam ucapannya mewakili Ketua Unit, memberi penekanan akan pentingnya ketepatan dan kesahan data. Lebih-lebih lagi dalam pengurusan data murid. Ini kerana sebarang kecuaian dalam aspek pengurusan murid boleh membawa implikasi yang  tidak baik. Terutamanya  kes keciciran pelajar, kemasukan awal dan pendaftaran mengikut kohort umur.
Dalam hal ini, ketelitian dan kecaknaan yang berterusan daripada semua Penyelia Kanan di PPD amat mustahak. Ini penting supaya kes-kes ketidaktepatan proses pengurusan yang berkaitan dengan pengurusan murid tidak terjadi di negeri Terengganu.

No comments:

Post a Comment