Saturday, April 17, 2010

Mesyuarat Pengemaskinian Data Operasi Sekolah Rendah (DOSR) Kali ke-2/2010


Mesyuarat Pengemaskinian Data Operasi Sekolah Rendah (DOSR) Kali ke-2/2010 sedang berlangsung di Pusat Kokurikulum, Pulau Redang. Mesyuarat bermula pada 15 April dan akan berakhir pada 17 April 2010. Semua Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah dari PPD seluruh negeri Terengganu hadir ke mesyuarat ini.
Mesyuarat kali ini buat julung kalinya dihadiri oleh 2 orang pegawai dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH). Mereka ialah En. Amat Roslan b. Abdul Rahman, Ketua Unit Sektor Sekolah Rendah BPSH dan En. Anwar Shahrir b. Abd. Halim, Pegawai Data Sektor Sekolah Rendah BPSH.

Bagi memastikan kelicinan dan ketepatan data operasi kali ini, Pegawai Pengurusan Maklumat dari Sektor Pengurusan Maklumagt dan ICT dan semua Penyelia Pengurusan Maklumat di semua PPD turut dilibatkan. Dalam ucapan aluan Ketua Unit Penyeliaan Sekolah Rendah, En. Jelani b. Sulong, beliau merakamkan penghargaan yang tinggi di atas komitmen dua orang pegawai dari BPSH yang sanggup turut serta dalam mesyuarat pengemaskinian peringkat negeri Terengganu.

Antara ahli lain yang hadir ialah Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah, pegawai dari Unit Kaunseling dan tiga orang pegawai dari Sektor Pendidikan Islam. Kesediaan semua ahli mesyuarat membuat verifikasi data guru berlangsung dalam suasana yang sungguh merangsangkan kerana ahli mesyuarat turut diatur trip ke Taman Laut dan Pantai Pasir Panjang, Pulau Redang.

No comments:

Post a Comment