Pelik tapi benar.Itulah yang dapat saya simpulkan berhubung dengan tindakbalas kita dengan Ujian 1Q UKM1.Semasa mesyuarat dengan Ketua Unit,PERMATApintar KPM saya dimaklumkan oleh seorang ahli mesyuarat bahawa pada tahun 2009 penyertaan murid Terengganu dari Tahun 2 hingga Tingkatan 3 hanya sekitar 7,000 orang sahaja daripada 180,000 lebih yang layak. Saya sendiri yang diarah menghadiri mesyuarat ini dan pertama kali didedahkan dengan program ini. Bermakna saya jauh lebih ketinggalan berbanding dengan pihak sekolah yang mungkin telah lama tahu tapi tak berapa ambil kisah.
Saya hairan macam mana pihak sekolah acuh tidak acuh sedangkan ini program dari KPM.Report penyertaan negeri barangkali dilapor kepada semua pengarah negeri dalam mesyuarat pengurusan KPM. Barangkali mereka ditanya tentang itu.Apa pengarah kita nak jawab. Kalau Perdana Menteri tanya Ketua Pengarah Pendidikan apa KPM nak jawab.Justru itu selepas mesyuarat dan mengetahuinya saya telah mempromosinya di sini dan juga melalui facebook. Saya membuat semakan melalui web kawalan KPM yang dibenarkan untuk pegawai negeri access.Alangkah terkejutnya saya kerana ada satu daerah pelajar SMK dan SMK Tingkatan 1 hingga 3 tidak ada seorang pun yang mengambil ujian ini.
Setakat yang saya kesan tahniah kepada SMK Sultan Sulaiman di mana hanpir 300 muridnya yang telah mengambil ujian IQ UKM1. Kita mengaharapkan sekolah-sekolah lain mengambil tindakan segera sebelum serves sesak bermula bulan Mei nanti. Pihak jabatan akan menghantar surat rasmi ke sekolah dalam masa terdekat dan makluman melalui web jabatan. Blog ini akan menyiarkan bilangan penyertaan dari masa ke semasa.
Kemas kini hingga jam 6.15 petang
Terengganu daftar hari ini setakat jam 6,15 ptg seramai 224 berbanding Kelantan seramai 570.Tahniah kerana ada sedikit peningkatan tapi kena tambah lagi. Tengok esok berapa ???
bila negeri dan nama sekolah dimasukkan, terdapat TUJUH kod untuk satu sekolah sama yang muncul!!?? (spacing nama sekolah sahaja yang tak sama) berapa soalan yang perlu dijawab / lebih-kurang masa yang perlu diambil juga tidak diberitahu.
ReplyDelete