- punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif
- hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid
- kenal, hormati dan percayai murid-murid
- mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis
- menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya
- menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran
- hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan muzikal dan kebudayaan
- .melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru
- berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman
- adil dalam menilai dan menggred
- fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran
- bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran
- seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya
- sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid
- merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran
- secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan
- menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri.
- seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar
- seorang yang 'dahagakan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan
- juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya
- aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya
- menjadi ahli kepada komuniti yang belajar
- bina dan mengekalkan perhubungan profesional
- bekerja dalam organisasi sekolah yang luas
Friday, April 2, 2010
Renungan Jumaat - 24 Ciri Guru Yang Perkasa
24 Ciri Guru Yang Perkasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima kasih atas renungan tersebut!
ReplyDeleteMemang perlu direnung oleh semua para pendidik.