Tahniah,penyertaan Terengganu telah meningkat seratus peratus dari tarikh itu hingga hari ini.Namun dalam masa yang sama negeri lain juga telah memacu laju terutama Kelantan,Johor dan Perak.Begitu juga Kedah dan Pulau Pinang juga agak kedepan sedikit daripada kita Kita rasa kalau sekolah-sekolah Terengganu dapat menggunakan peluang yang ada,penuh iltizam dan komitment kita memecut lebih hebat. Berikut kita senaraikan penyertaan murid Tahun 2 hingga 6 murid sekolah rendah yang primier seluruh negeri. Tahniah kepada yang telah berjaya memulakan dan kepada yang belum bermula kita ada masa 35 hari lagi. Kita akan siarkan kedudukan sekolah lain dari masa ke semasa..
- SK Sultan Sulaiman 1 - 15 orang
- SK Sultan Sulainman 2 - 10 orang
- SK Tok Jiring - 50 orang
- SK Manir - belum ada
- SK Wakaf Mempelam - 1 orang
- SK Tengku Mahmud - 3 orang
- SK Pusat Jerteh - 2 orang
- SK Tengku Mahmud 2 - 1 orang
- SK Kg. Raja - belum ada
- SK Saujana -17 orang
- SK Bintang - 1 orang
- SK Sungai Tong - 102 orang
- SK Kampung Buluh - belum ada
- SK Bukit Perah - 7 orang
- SK Tengku Ampuan Intan - 3 orang
- SK Kuala Berang - 134 orang
- SK Seri Berang - belum ada
- SK Bukit Sawa - belum ada
- SK Padang Mengkuang - belum ada
- SK Bukit Payong - 1 orang
- SK Rusila - 21 orang
- SK Batu 48 - 184 orang
- SK Seri Paka - 72 orang
- SK Sultan Omar - 6 orang
- SK Sura - belum ada
- SK Sultan Ismail - 34 orang
- SK Chukai - belum ada
- SK Pusat,Kemaman - 37 orang
- SK Bukit Mentok 2 - belum ada
Tahniah sekali lagi atas usaha pemantauan ini.
ReplyDeleteKami berharap murid/pelajar yang tidak melengkapkan ujian juga perlu dipantau di sekolah. Tidak pasti sama ada mereka "menyerah kalah" atau "tidak kesah asalkan menyertai ujian".
Kami juga mendapati ramai pelajar yang telah melengkapkan ujian, tetapi menjawab tanpa berfikir kurang dari 1 jam. Soalan ujian ini kalau mereka berfikir untuk menjawab 148 soalan ia akan mengambil masa lebih satu jam.
Sekolah2 yang menggunakan talian vsat akan mengambil masa 12~24 jam untuk mengyiapkannya. Justeru, saya mencadangkan agar pihak2 tertentu memberikan alternatif2 tertentu bagi sekolah2 yang menggunakan talian vsat ini. Tkasih.
ReplyDeleteKita tidak nafikan bahawa ada sedikit masalah kecepatan capaian internet vsat tetapi bukan itu sahaja kebijaksanaan yang perlu ada. Kita yakin semua internet bekalan berpusat kerajaan menggunakan talian yang sama bagi seluruh negara.Mengapa jumlah capaian penyeertaan harian seperti Kelantan,Johor,Perak agak tinggi.Negeri ini murid Tahun 6 tak ada ebook pun.25,000 murid Tahun 6 Terengganu punya alat untuk access tanpa perlu makmal komputer sekolahpun. Di rumah,cc atau pusat komuniti murid boleh access. Tapi sekolah bekalkan maklumat dan alamat web kepada pelajar. Mengapa SK Sungai Tong murid 200 orang lebih,100 orang lebih atau 50% muridnya dah ambil ujian ini.Hendak seribu daya,mahu seribu cara !!!!
ReplyDeleteSaya bersetuju hendak seribu daya. mahu seribu cara. Saya bercakap bg facilities dan kekangan yg terdpt di kawasan felda... Sebnrnya inilah pengalaman kami tahun lepas yg telahpun melaksanakan ujian tersebut. Kami terpaksa meminta jasa baik dr guru dengan meminjam broadband mereka ttp talian tetap sgt tidak memuaskan di kawasan tersebut. Pelajar 6 org shj yg ambil ttp mengambil masa dari 7.45 pg hingga waktu balik itupun masih ada yg tidak selesai. Klu admin memberi contoh, SK Sungai Tong....sekolah itu sebenarnya menggunakan wired streamyx bukan vsat...memang menasabah klu dah 100 org murid pun. Utk kami menghantar dan membawa semua murid ke cc adalah tidak relevan krn terpaksa menyewa bas plk dlm keadaan kekangan kewangan sekrg. Saya setuju klu perbandingan itu antara sklh2 yg menikmati kemudahan wired jg. Klu semua sklh2 'wired' melaksanakannya...saya pasti jumlah mrd Trg pasti akan melebihi negeri2 yang ranking teratas tersebut. Bgmnpun, kami akan 'berusaha' melaksanakan setakat yg termampu shj. Tkasih.
ReplyDeleteTerima kasih saudara Zul,sekurang-kurangnya perbincangan ini memberi maklumbalas kepada pihak yang berkaitan tentang kekangan yang dihadapi serta tindakan proaktif KPM mengatasi masalah ini.Kita juga ucapkan terima kasih atas usaha yang termampu dibuat.Kita amat mengharapkan sekolah-sekolah yang ramai murid dan mempunyai pelbagai kemudahan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan. Sekolah yang kita senaraikan di atas majoriti terletak kawasan bandar atau pinggir bandar namun penyertaannya amat mendukacitakan. Kenapa?
ReplyDeleteHi, berminat untuk mendapat tahu kedudukan ranking sjkc juga?
ReplyDelete