Wednesday, April 21, 2010

Lawatan Kerja Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlang

Hari ini Tan Seri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad,Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan telah mengadakan pemantauan dan lawatan kerja kedua buah sekolah kluster di Terengganu.

Sekolah yang bertuah itu ialah Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 dan Sekolah Menengah Sultan Mahmud,Kuala Terengganu.Kedua-dua sekolah ini telah mendapat pengiktirafan Sekolah Kluster Fasa 3 pada tahun 2009.

Ketibaan rombongan Tan Seri di SK Sultan Sulaiman 1 telah disambut paluan kompang selawat. Satu demontrasi Teakwando yang merupakan cabang kebitaraan sekolah ini telah dipertontonkan.Selepas itu Tan Seri telah merasmikan Minggu Bahasa Inggeris juga bidang kebitaraan sekolah selain satu lagi bidang kebitaraan Bahasa Arab.

Selepas itu satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Guru Besar,SK Sultan Sulaiman 1,YM Tuan Syed Othman yang turut dihadiri Pengerusi PIBG sekolah ini.

Selepas sesi bergambar dengan semua guru dan staf ,Tan Seri telah bertolak ke Sekolah Menengah Sultan Mahmud. Di sekolah ini Tan Seri telah merasmikan mini gimnasium,di mana sesuai dengan kebitaran SM Sultan Mahmud yang memilih ragbi.

Selepas itu Tan Seri dan rombongan melawat makmal dan bahan kajian iaitu bidang kebitaraan akademik bagi sekolah ini.Sebelum taklimat Tan Seri telah melawat bilik kugiran orkestra yang menjadi salah satu lagi bidang kebitaraan sekolah ini.

Keseluruhan Tan Seri berpuashati dengan perancangan dan usaha yang dijalankan di dua sekolah ini dan berharap sentiasa cemerlang dan menuju ke arah pencapaian Sekolah Berprestasi Tinggi.

2 comments:

  1. Terima kasih admin kerana memaklumkan sekolah2 yg telah mendapat pengiktirafan sklh kluster di Terengganu. Tahniah jg kpd sekolah berkenaan. Bgmnpun, saya amat terkejut krn SK Sultan Sulaiman hanya menggunakan blogspot shj bg paparan laman webnya. Sepatutnya dgn peruntukan kewangan yg begitu byk krn mendpt pengiktirafan kluster itu, wajarlah klu skss1 membeli domain khas utk laman web mrk. Selain boleh meletakkan bahan2 yg boleh didownload bagi panduan2 sekolah2 lain, berbg2 lg perkara yg boleh mrk lengkapkan di laman web mrk. Menggunakan blogspot, begitu terhad sekali. Itulah cadangan saya sesuai dengan status mrk sebagai sekolah kluster yang memperolehi begitu byk peruntukan. Sekian.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Dzul,satu cadangan yang sangat baik dan sewajarnya diambil perhatian serious oleh sekolah kluster kerana sewajarnya mereka menjadi sumber rujuk dalam pelbagai perkara.

    ReplyDelete