Saya masih teringat ucapan ,Yang Berbahagia Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Terengganu dalam satu Perhimpunan Bulanan JPN Terengganu beberapa bulan lalu mengenai istilah "kemalangan" dan "kecuaian" .Huraian beliau amat menarik ,patut menjadi renungan semua pengurus sekolah.
Menurut beliau sebagai pengurus sekolah kita mesti mengamalkan budaya kerja seperti kecaknaan terperinci,sense of urgensi ,do the right thing right dan bermacam lagi yang memberi fokus supaya kita buat kerja kita dengan betul,teliti,integriti,peka serta berhemah dari perkara besar hingga perkara sekecilnya khususnya dalam konteks keselamatan dan kesejahteraan pelajar di sekolah.Tambah beliau lagi pengurus yang cekap boleh menjangka kemungkinan dan mengambil langkah proaktif kerana jika petaka yang berlaku akibat kecuaian pengurusan maka turun-naik mahkamahlah jawabnya.
Namun jika kemalangan berlaku setelah tiada unsur-unsur kecuaian pasti semua pihak boleh menerima dengan hati terbuka.Pengalaman semasa menjadi Guru Besar beberapa buah sekolah menjadikan saya sangat sensitif tentang soal ini dan sentiasa menarik minat saya berkongsi perkara ini bila lawatan pemantauan ke sekolah dibuat. Pernah semasa baru bertukar ke sebuah sekolah kami bersama PIBG mengadakan gotong-royong menebang pokok tua dan mati dalam kawasan sekolah hampir kesemua pokok yang ada kerana saya berpendapat ianya sangat berisiko terjadinya kemalangan. Saya takut jika mana-mana pelajar cedera atau meninggal kerana ditimpa kayu mati kerana jika ianya berlaku saya akan dianggap cuai menjalankan tugas sebagai Guru Besar untuk memastikan mereka selamat di bawah pengawasan saya.
Dalam siri lawatan dan pemantauan saya ke sekolah masih terdapat rakan kita Guru Besar atau GPK boleh tidur lena walaupun ada serpihan atap bata akibat ribut terjuntai untuk jatuh,ensel pintu besar sudah tertanggal,lampu atau kipas bagi nak jatuh bila-bila masa,wayar suis terjuntai keluar,dahan pokok sudah mati serta buruk dan seribu satu macam ancaman lagi. Seandainya berlaku kemalangan kita pasti tidak cukup alibi mempertahankan diri dari tuduhan "cuai ". Sediakan payong sebelum hujan,jangan biarkan keluarga kita dalam kesedihan.
Semakin besar pangkat,semakin besarlah tanggungjawab dan kebertanggungjawaban di atas batu jemala kita.
No comments:
Post a Comment