Sektor Pengurusan Sekolah telah menjadi host bagi Perhimpunan Staf Jabatan Kali Ke 4 yang berlangsung di Dataran Jabatan Pelajaran Negeri hari ini. Perhimpunan kali ke 4 bertemakan "Kreativiti dan inovasi menjana kecemerlangan". Perhimpunan berkenaan telah dihadiri oleh Pengarah,Timbalan Pengarah,Semua Ketua Sektor,Semua Pegawai PPD,Wakil dari BTPN,PKPSM,MGB dan semua staf Jabatan Pendidikan Negeri.
Pengarah Pelanjaran Negeri,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Sektor Pengurusan Sekolah kerana memilih tema berkenaan yang sangat sesuai dengan kerjabuat pegawai di semua peringkat pengurusan.Beliau juga menyatakan antara ciri orang yang cemerlang adalah sentiasa kreatif dan inovatif dalam pemikiran,tindakan dan tingkahlakunya.
Selain dari itu,Timbalan Pengarah Pelajaran,En.Razali bin Daud dalam ucapannya menyatakan bahawa konsep kreativiti dan inovasi boleh bermula dari perkara kecil dalam berfikir dan kerja seharian.Apa yang penting setiap pegawai atau pekerja mesti ada integriti,inteligent dan high energy level.
Majlis Perhimpunan kali ini juga disesuaikan dengan tema terutama dari segi susunan tempat duduk pegawai dan kakitangan dan ruang wacana maklumbalas sebagai satu lagi tambahan ruang menyalurkan pandangan selain mesyuarat rasmi dan peti cadangan bagi memperbaiki perkhidmatan dan kebajikan staf. Pada majlis itu juga Pengarah Pelajaran telah menyampaikan piala,medal,sijil serta cenderamata kepada pasukan Takraw SMK Bukit Nenas (Sekolah Sukan Terengganu) kerana menjadi johan antara regu dan pasukan Kejohanan Terbuka Swistzeland .Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah hari lahir yang mana hari lahir mereka jatuh pada bulan April.
No comments:
Post a Comment