pendidikan@utusan.com.my
SAYA mencemburui guru muda kerana gaji permulaan mereka sekarang berada dalam ranking ketiga selepas doktor dan jurutera awam. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,500 hingga RM2,700 - termasuk beberapa elaun - maka gaji pokok mereka sebenarnya mengatasi sebahagian besar pendapatan eksekutif syarikat swasta.
Kalau di pedalaman, mereka cuci kaki kerana kerajaan menyediakan rumah, televisyen katil tilam, dapur, malah khabarnya set televisyen dan 'mangkuk' Astro di bumbung! Bukan itu sahaja, guru juga ada elaun khas, dengan jumlahnya bergantung kepada tafsiran pedalaman tempat mereka mengajar.
Memang mereka bekerja keras. Tetapi, seribu satu pengumuman tentang kenaikan, elaun, kebajikan, kemuliaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan guru sepatutnya telah meletakkan profesion itu pada tahap yang sepatutnya sekarang.
Seperti kata Abraham Lincoln: ''Jangan fikir apa yang negara boleh beri kepada kita, tetapi fikirkanlah apa sumbangan yang boleh kita berikan kepada negara."
Maksud tokoh itu, jangan seperti seekor burung yang keluar pagi balik petang, sekadar mahu mengisi perut sendiri dan untuk anak-anaknya. Berfikirlah lebih daripada itu. Perjuangan lebih penting.
Jadi, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bersemuka dengan ahli kesatuan dan beberapa guru yang terlalu ghairah memperjuangkan nasib guru, maka saya ingin mengingatkan 'kepala-kepala' persatuan dan kesatuan ini supaya bersedia dengan fakta dan hujah yang waras dan logik atau laras senapang mungkin akan menghala ke arah kepala anda sendiri!
Dua isu besar yang selalu dibangkitkan ialah kerja perkeranian nan remeh temeh sehingga menambah beban seorang guru, dan kedua kenaikan gred atau mata gaji yang terlalu lembap oleh guru, apabila dibandingkan dengan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).
Memang isu yang pertama selalu bermain di bibir, tetapi tidak ada kes, data atau contoh yang boleh dijadikan asas kukuh untuk Kementerian Pelajaran melakukan tindakan susulan.
Kita perlu perhalusi bukti dan fakta. Kalau dikatakan kerja berlebihan, maka kerja lebih yang bagaimana, apa dan di mana? Nyatakan bukti dan skop. Lakukan analisis keperluan atau analisis jurang profesion. Kemukakan kertas lengkap kepada pejabat Menteri Pelajaran.
Apakah berlebihan seandainya seorang guru diminta membuat plan tindakan kecemerlangan pelajar kalau pelan itu boleh membantu meningkatkan prestasi sesebuah sekolah?
Kini sudah terdapat seramai 400,000 guru yang mendidik anak-anak kita di seluruh negara. Dalam setandan, ada sebiji yang rosak. Bukan semua. Kita faham benar dengan kekecewaan guru khususnya apabila isu tentang kenaikan gaji yang lembap disuarakan.
Memang benar kenaikan sebahagian besar gaji memang lembap berbanding PTD. Seorang ibu yang sudah 25 tahun menjadi guru mungkin baru menikmati mata gaji DG48, berbanding anaknya, pegawai PTD yang baru lima tahun berkhidmat sudah menikmati tangga gaji itu.
Untunglah kalangan guru yang cepat naik pangkat, kerana cepat jugalah kenaikan tangga gaji mereka. Bagi yang di bawah Khusus Untuk Penyandang (KUP) atau mengikut tempoh perkhidmatan, maka terpaksalah menunggu sehingga beranak, bercucu dan bercicit.
Tetapi perlulah juga diingatkan bahawa bagi setiap kenaikan gaji, maka ada beban tanggungjawab yang menyusulinya.
Maksudnya, mereka ini mungkin perlu diikat dengan konsep bai'ah. Pengetua dan guru besar mungkin sudah biasa dengan konsep bai'ah, tetapi belum bagi guru.Di bawah konsep bai'ah, pengetua atau guru besar membuat perakuan dan bersetuju bahawa dalam tempoh tiga tahun perlu ada peningkatan prestasi di sekolah mereka mengajar. Jika gagal, mereka mungkin 'dipencenkan' lebih awal.
Sekarang, guru tidak mempunyai komitmen atau akujanji terhadap pencapaian prestasi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka goyang kaki.
Memang kita faham benar akan beban kerja guru dan pada masa yang sama masyarakat menuntut guru melakukan yang terbaik untuk mendidik anak bangsa. Namun, kalau kita percaya bahawa perbuatan baik dan kerja yang ikhlas akan dibalas dengan perkara yang baik juga, maka pasti kepentingan perjuangan kita akan mengatasi habuan dunia yang sementara ini
Sumber :Utusan Malaysia Online
Salam...maaf ye mencelah. Rasanya X berapa tepat info tu...But its very good 4 all the "teachers" out there... moral terbaik utk meraka. RASA malu GAK HARI2 BACA SURAT KHABAR ASYIK2 GURU...GURU...YANG KOMEN...complain...X puas hati ...MARAH KAT GURULAIN...MARAH KAT pENSYARAH...pasal gaji. Sekali fikir seolah2 HIDUP MEREKA CUMA FIKIR NAK BUAT DUIT.. SEOLAH2 X pernah bersyukur, rasa cukup atau berterima kasih. BEBANAN KERJA??? SAMA JE sebahagian besar jabatan lain pun...setiap pegawai tu dibebankan dengan pelbagai kerja dan jawatan tambahan (secondary task),,, GAJI...sebenarnya doktor memang diletakkan dlm U41 tapi permulaan mereka bukan RM 24...atau RM 2500.00 ...permulaan nya RM 2800 ke atas ...BERBALOILAH...bukan senang nak jadi Dr...CUBALAH kalau mampu. Begitu juga JURUTERA...permulaan sekitar 2600,,, ke atas...Pegawai PDRM ASP berkelulusan Ijazah S.M atau kepujian Rm 2400 sama la dengan Tentera... cuma PDRM dan ATM ni elaun mereka banyak...SO APA YANG PENTING GURU...CIKGU... MUHASABAH DIRI DASN IHLASLAH....anda akan dihormati..
ReplyDeleteKaji semula gaji guru di setiap peringkat sekolah. Guru pra sekolah dan sekolah rendah menikmati gaji yang sama dengan guru sekolah menengah sedangkan beban di sekolah menengah lebih lagi dari sekolah pra dan sekolah menengah..Sepatutnya gaji di beri mengikut kerja yang dilakukan bukan ikut kelulusan.
ReplyDeletePaling mencabar ialah guru pra sekolah & pendidikan khas
DeleteJawatan Kosong Sambilan (RM3200) Guru Tuisyen SPM / PT3 / UPSR / English Kelas Dewasa
ReplyDelete1HomeTuisyen menawarkan Jawatan Kosong Sambilan atau Part Time sebagai Guru Home Tuisyen untuk mengajar subjek-subjek UPSR / PT3 / SPM / STPM / Bahasa Inggeris Kelas Dewasa di sekitar -
1. Kelantan - Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat,...
2. Selangor - Puchong, S.Alam, Gombak, Sepang,...
3. Terenganu - Besut, Dungun, Kemaman, Marang,,...
4. N.Sembilan - Nilai,Tampin, Seremban, Tampin,...
5. Penang - Bayan Lepas, Butterworth,...
6. Pahang - Kuantan, Raub, Rompin, Temerloh,...
7. Sarawak - Kuching, Sibu,Bintulu, Miri,...
8. Perak - Taiping,Ipoh,Kerian, Kampar,...
9. Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
10. Kedah - Baling, Kodiang, Sintok, Yan,...
11. Johor - Segamat, Muar, Mersing, Kluang,...
12. Perlis - Kangar,Arau,Padang Besar,...
13. Sabah - Kudat, Sandakan, Tawau,...
Cara memohon: Isi borang permohonan di >> http://1hometuisyen.blogspot.com/p/kadar-bayaran-tuisyen-di-rumah.html
*****Share INFO ini di Wall Facebook Anda !
X habis dok fikir gaji org puii...kotor betul hati....�� sebab tu hidup susah nak maju...
ReplyDelete