Beberapa tahun kebelakangan ini semua urusan naik pangkat yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) mestilah calon itu memohon.Permohonan naik pangkat menjadi faktor utama sama ada seseorang itu layak atau tidak dipertimbangkan memegang jawatan yang lebih tinggi dari apa yang dipegang sekarang di samping syarat-syarat lain yang telah ditetapkan dalam Laluan Kerjaya PPP atau Siaran Tawaran Pemangkuan atau Naik Pangkat yang diiklankan. Dalam ayat yang paling mudah walaupun seseorang guru itu telah memenuhi syarat dan kreteria untuk naik pangkat tetapi jika mereka tidak memohon peluang untuk mereka menjawat jawatan naik pangkat tidak akan ada. Oleh itu semua guru yang berkeinginan menjawat jawatan naik pangkat sama ada secara hakiki atau Khas Untuk Penyandang (KUP) WAJIB memohon.
Mereka mesti memohon setiap tahun.Bukan sekali memohon kemudian apabila tidak terpilih mereka terus diam atau menunggu peluang. Kadang-kadang mereka tidak tersenarai bukan kerana prestasi mereka rendah tetapi ruang kekosongan jawatan naik pangkat agak terhad sedikit sementara pertandingan sengit maka mungkin mereka tidak tersenarai.Mereka yang tersenarai hanya sah dan layak ditawar sehingga 31 Disember.Jika selepas tarikh itu senarai itu tidak berguna lagi.Justru itu setiap pemohon mesti memohon setiap tahun. Jika tahun berikutnya prestasi mereka lebih baik dan ruang kekosongan agak luas maka BPSM akan meluluskan senarai pemangkuan sesuai dengan jumlah kekosongan berdasar rangking keutamaan. Mungkin mereka yang gagal tahun sebelumnya akan termasuk dalam senarai dan layak ditawarkan.
Mereka yang memohon dan kemudian disenaraikan oleh BPSM untuk tawaran pemangkuan juga sewajarnya sedar dan bersedia bahawa mereka ditawarkan tempat berdasarkan kekosongan yang ada mengikut keutamaan rangking. Ini bermakna mereka terpaksa berpindah sekolah atau mungkin berpindah keluar daerah. Namun malangnya ada segelintir mereka yang tersenarai menolak tawaran penempatan sekaligus menolak peluang naik pangkat yang mereka sendiri memohon.Naik Pangkat bermakna gaji mereka juga naik.Contohnya ada guru DGA29 yang ditawar pemangkuan GPK DGA32 naik gaji RM500.00 lebih tapi menolak. Apakah mereka ini benar-benar berminat untuk memegang jawatan naik pangkat atau sekadar main-main atau "test market". Sebenarnya mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka ini menyebabkan peluang rakan-rakan mereka yang benar-benar berminat untuk menjawat jawatan naik pangkat telah terlepas. Kalaulah mereka tidak memohon agaknya rakan-rakan mereka itu pasti tersenarai dalam calon yang layak untuk ditawarkan.
Kita sangat berharap guru-guru yang tidak yakin tentang keupayaan sendiri,tidak sanggup bertukar dan hanya suka main-main tidak perlulah memohon jawatan kenaikan pangkat ini kerana tindakan mereka yang menolak tawaran penempatan menutup peluang ramai lagi mereka yang berkeinginan dan berkemampuan. Pihak pentadbir sekolah juga sewajar meneliti sikap,watak dan sahsiah guru-guru yang memohon naik pangkat agar mereka yang cekal,berwibawa dan berketrampilan sahaja disokong dan diperakukan..
Response dari Admin didahului terimakasih.
ReplyDeleteUrusan kenaikan pangkat dga32 ke dga34 untuk urusan 2010 perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.Diantara salah satu syarat-syarat ialah berada di dga32 pada atau selewat-lewatnya
: 1 Januari 2006 - 31 Disember 2006.Merujuk kepada perkara tersebut ada diantara pemohon terdiri dari GPK yang baru dilantik dan mula berkhidmat sebagai GPK pada 1 Januari 2009.Selain itu juga disyaratkan pemohon juga
mesti mempunyai Prestasi Tahunan yang tinggi selama 3 tahun kebelakangan.Pada yang baru menjawat GPK pada 2009 , dengan lain perkataan tahun rintis pertama melalui khidmat dan pengalaman sebagai GPK.Dalam jangkamasa di mana GPK yang dilantik pada Januari 2009 bermula
dari kedudukan yang sama ( perbezaan dari segi
Prestasi 3 tahun kebelakangan ), adakah KPI sebagai GPK Lantikan 2009 diambil kira dari segi
keberhasilan mereka pada tugas-tugas dan tangunggjawab yang diamanahkan mereka di sekolah
masing-masing ? Terimakasih.
Antara syarat pemangkuan DGA34 bagi tahun 2010 yang diiklankan pada bulan Okt 2009 ialah mereka yang sekurang-kurangnya berada pada gred DGA32 sama ada secara hakiki atau KUP Time Base tahun 2006 dan ke bawah. Ini bermakna semua mereka sama ada DGA32 KUP Time Base atau GPK Hakiki yang mula mendapat DGA32 tahun 2006 ke bawah layak memohon.Cuma di bawah prisip baru kenaikan pangkat guru besar (DGA34) merit dan keutamaan diberi kepada Guru Besar DGA32 dan GPK.Rujuk siaran KPM : KP(PP)Sulit 063/31/3/Jld.7(50) bertarikh 27 Ogos 2009
ReplyDelete