Yang menjadi berita hangat terkini di kalangan warga pendidik ialah soal pertukaran guru dari sebuah sekolah ke sekolah yang lain. Ianya sama ada dalam daerah yang sama, antara daerah dan paling hangat ialah antara negeri. Dada akhbar dijadikan platform oleh mereka yang ‘terpilih’ untuk meluahkan pendapat dan isi hati. Kalau dulu keluhan begini khusus oleh mereka yang gagal dalam permohonan untuk bertukar sahaja. Hari ini bukan golongan ini yang menghulurkan tadahan simpati daripada pihak jabatan dan juga kementerian pelajaran. Sebaliknya ialah guru-guru yang tidak pernah memohon bertukar pun turut tersenarai.
Semua ini bertolak daripada arahan YAB Menteri Pelajaran supaya melaksanakan segera redeployment guru-guru pada tahun 2010 ini. Pasukan Pengurusan Tertinggi di KPM melihat isu taburan guru yang tidak mengikut keperluan sebenar di sesebuah sekolah, daerah, dan negeri menjadi penyebab utama redeployment guru-guru perlu dilaksanakan. Apatah lagi visi menjayakan MBM/MBI sedang rancak diperkatakan . Redeployment bermaksud pemindahan dari suatu tempat ke tempat lain, penempatan atau pengagihan pada kedudukan lain dan perpindahan dari satu medan ke medan yang lain.
Dalam konteks perjawatan guru, redeployment boleh diterjemahkan sebagai pertukaran dan penempatan semula guru ke sekolah yang lain sama ada dalam daerah yang sama, antara daerah atau antara negeri. Berbalik kepada soal kedudukan guru-guru dari segi opsyen yang tidak seimbang, maka redeployment guru ini terpaksa dilaksanakan. Ini ialah usaha untuk memastikan keperluan para pelajar diutamakan. Menepati slogan “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Bagi KPM, ‘rakyat’ merujuk kepada para pelajar atau murid-murid. Golongan mereka inilah sebenarnya yang perlu diutamakan kerana. Guru-guru dilatih untuk mendidik kumpulan ini. Pembukaan sekolah atau pertambahan bilik kelas hanya dibuat apabila adanya pertambahan para pelajar. Serentak dengan itu semua, barulah KPM memikirkan perjawatan guru. Maknanya perjawatan guru menjadi keperluan yang terakhir dalam rantaian ini. Tanpa murid atau tanpa adanya sekolah maka jawatan guru tidak akan wujud.
Apabila soal perjawatan guru-guru di sekolah akan dipantau secara dekat oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, maka semua jabatan pelajaran negeri diminta memastikan tiada lebihan guru di sesebuah sekolah. Dalam masa yang sama juga tiada sekolah yang tidak cukup bilangan guru mengikut opsyen. Pihak pengurusan sekolah pula tidak dibenarkan sama sekali menyembunyikan bilangan guru-guru kerana tindakan surcaj boleh dikenakan ke atas mereka yang berbuat demikian. Sebenarnya waran perjawatan guru berkait secara terus dengan enrolmen para pelajar. Di sini jelas sekali lagi, wujudnya jawatan guru hanya apabila ada bilangan pelajar yang memerlukan khidmat mereka.
Senario terkini ialah lebihan dan kekurangan opsyen guru yang tertentu di sesebuah negeri. Paling ketara ialah opsyen Pendidikan Islam, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Di negeri Johor umpamanya, opsyen Pendidikan Islam masih tidak mencukupi. Sebaliknya opsyen ini berlebihan di Terengganu dan Kelantan. Opsyen Bahasa Innggeris belum mencukupi di negeri-negeri Pantai Timur. Sedangkan opsyen ini sudah berlebihan di Pantai Barat. Opsyen Bahasa Melayu berlebihan dalam jumlah yang besar di Kelantan dan Terengganu tetapi tidak mencukupi di Pulau Pinang. Itu sekadar gambaran kasar ketidaktepatan taburan guru-guru. Implikasi kepada kepincangan ini ialah ‘hak’ para pelajar terabai. Di sinilah barisan kepimpinan pendidikan negara melihat sesuatu tindakan perlu diambil bagi membetulkan keadaan. Tindakan yang dimaksudkan ialah melaksanakan redeployment guru-guru dalam daerah, antara daerah hatta antara negeri demi memberi ‘hak’ para pelajar.
En. Kamal bin Abdullah
Penolong Pengurusan Guru Unit Penyeliaan Sekolah Rendah
Amat bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh KPM bagi menjamin hak murid.. Cuma persoalannya bagaimana dengan guru opsyen (terutama BM) yang amat berpengalaman dalam opsyen lain spt Sains dan Matematik (kebykn di SR), perlukah dikorbankan kemahiran mrk hanya kerana opsyen mrk?
ReplyDeletekenapa guru lama yang jadi mangsa.. suruhla guru yang baru kuar dari maktab atau yang akan keluar
ReplyDeleteUntuk menepati slogan “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.
ReplyDeletebagaimana pula para guru yg menjadi "insan terpilih" terpaksa di"redeployment"..tidak kah mereka juga sebagai rakyat mempunyai hak untuk didahulukan.Hak untuk memilih utk menolak arahan redeployment ini..mereka adalah guru yg telah membina kehidupan berkeluarga di sesebuah tempat diarahkan berpindah ke daerah atau ke negeri lain...apabila dirayu semula arahan ini...di beri kata dua samada ikut arahan, atau berhenti bekerja...inikah namanya rakyat didahulukan?
terima kasih...terima kasih kerana telah meng'huru-hara' kehidupan para guru yg terpaksa diredeployment kan...
Well said... Guru yang sudah berkahwin minta pertukaran bertahun-tahun tidak dapat pertukaran Dan berpisah Dari keluarga. Guru yang tak mohon pertukaran pula diarahkan bertukar. Hmmm....
DeleteMemang setuju dgn katamu,
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete
DeleteKita sebagai guru macam hamba tiada hak dan perasaan sendiri, tak boleh menolak kuasa redeployment yang amat amat amat bermaharaja rela ni, kita tak patut cinta sesebuah sekolah sampai tak lepas tangan hendak tinggalkan sekolah tersebut pd masa yang sepatutnya, kita robot, tak berhak ada perasaan sendiri,tidak ada hak mempertahankan pilihan sendiri. ini lah dikatakan hanya kepentingan murid diutamakan , kepentingan guru harus diabaikan.
.
ADAKAN PULA REDEPLOYMENT UNTUK PPD, KETUA SEKTOR SEMUA PEMBUAT DASAR..BIAR DIORANG RASA PINDAH RANDAH RUMAH
ReplyDeleteJika dikatakn redeployment kerana mengikut option guru iaitu yg mempunyai option lebihan di sekolah, bgaimana pula dgn sy yg tidak mengalami lebihan option di sekolah juga kene redeployment. ke tempat yg amat sukar pulak tu...
ReplyDeleteWhy teaching profession always belongs to 'arahan'???
ReplyDeleteSekirAnya guru opsyen bi kurang d satu2 sekolah...adakah perlu guru itu dikeluarkan dr sekolah tersebut dan digantikan dengan guru bi yg lain kerana saya antara guru yang diperlakukan sebegitu hanya kerana guru besar saya tidak suka kehadiran saya di sekolah tersebut hanya kerana saya mnyuarakan pendapat
ReplyDeletesalam apa sudah jadi dgn sistem yg berbentuk birokrasi mereka gagal membuktikan kes pertukaran seolah2 mempunyai kuasa autonomi dpt shj aduan tidak di selidiki malah menggila kuasa dengan menukarkan kononnya atas dasa redeployment katanye sekali lagi saya memohon pihak yg membuat dasar ini turun padang agar sistem pertukaran guru ini tidak dizalimi sbg selogan rakyat didahulukan pencapaian di utamakan
ReplyDeleteSaya juga baru mendapat surat pertukaran sekolah pd 20 julai 2018 ke sekolah yg lbh jauh 14km dr sekolah asal.
ReplyDeleteLebihan guru tetapi kenapa pd bulan jun 2018, 3 orang guru baru dihantar.
Ini amat2 memberi tekanan emosi kerana amat menyukarkan saya dalam pengurusan anak2 sekolah (thn6, thn4 dan pra sekolah)
Inikan yg dinamakan KEPUASAN pihak atasan???
Amat2 terkilan...
ini adalah sistem yg paling menindas hak guru.menjadi mangsa dan tanpa kerelaan.kalao saya kaya tak ingin sudah jadi guru.bagus pencen
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sebagai seorang guru..sudah lama saya memandang pekerjaan ini dipandang hina oleh kementerian dan juga orang yang berkuasa
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya juga sentiasa menerapkan dalam fikiran bahawa saya adalah sebiji bola yg boleh dilempar jauh
ReplyDeleteAssalamualaikum..sebagai seorang guru juga saya sentiasa menetapkan dalam minda bahawa mati ketika bertugas..itu tak apa kerana tidak akan ada org yg ambil tahu
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sebagai seorg guru saya juga akan sentiasa setkan dalam minda..tak apa jika keluarga saya susah dan kucar kacir..janji pihak pendidikan tidak susah
ReplyDeleteAssalamualaikum..saya juga mahu sentiasa menetapkan objektif dalam fikiran bahawa didalam dunia pendidikan- Teacher always a loser. Hmmmmm... Itu hakikat sekarang. Kesian kan. Anak masyarakat dulu hidup je dan guru mereka tak perlu redeployment. Segala galanya ok je dan tenang
ReplyDeleteAssalamualaikum. Kesian pada guru guru yg menunggu bila nak posting. Asyik sibuk redeploy aje. Eh!ada lagi ke guru yg perlu posting?
ReplyDeleteInterview dulu guru tersebut sblm redeploykan..
ReplyDelete