Semalam di Bilik Mesyuarat Orkid,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu seramai sebelas orang Guru Penolong gred DGA29 telah ditawarkan Pemangkuan Gred DGA32 ,Guru Penolong Kanan untuk pengisian tahun 2010.Mereka adalah sebahagian daripada 44 orang yang diluluskan pemangkuan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) bagi tahun 2010.41orang ialah untuk sekolah kebangsaan dan 3 orang untuk sekolah jenis kebangsaan.
Iklan urusan pemangkuan ini telah dibuat oleh BPSM pada 31 Julai 2009 yang lalu. Adalah difahamkan oleh Unit Naik Pangkat Dan Tatatertib JPNT bahawa seramai 78 permohonan telah dipanjangkan ke BPSM. Hanya 44 orang sahaja diluluskan.Kelulusan ini berdasarkan keperluan dan juga prestasi pemohonan serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
En.Jelani Sulong,Ketua Unit Penyeliaan Sekolah Rendah dalam taklimatnya menyatakan jika jumlah calon yang diluluskan pemangkuan ini tidak mencukupi JPN telah bersedia untuk memperakukan guru-guru Gred DGA32 Time Base yang cemerlang dan memenuhi syarat ditetapkan bagi mengisi kekosongan jawatan GPK.
Bagaimanapun beliau sangat berharap semua guru yang termasuk dalam senarai pemangkuan menerima tawaran jawatan GPK kerana ada sesetengahnya lebih pantas dari zon kenaikan pangkat secara Time Base.
Selain dari itu kita sangat berharap agar guru-guru yang ditawarkan pemangkuan cekal,sabar,cepat belajar dan menguasai pelbagai kemahiran pengurusan dalam bidang masing-masing.
Senario baru dalam urusan naik pangkat ini pasti memberi cabaran kepada guru-guru senior Time Base dan penyesalan kepada mereka yang pernah menolak tawaran sebelum ini kerana ada sesetengahnya menolak walaupun ditawarkan di sekolah yang sama.Gunalah peluang yang datang itu sebaik mungkin kerana belum tentu peluang seterusnya menjadi milik kita.
Selamat Pagi + Salam 1Malaysia...
ReplyDelete(mm .. mengulas di blog ; ada ruang masa yang mengizinkan saya.. along di usm , boy di mrsm ,
tadi angah form5 dah ke smkss )
Tahniah!kepada guru penolong dga29 yang berjaya
sebagai gk/pemangkuan gred dga32.Mungkin ada diantara mereka kawan-kawan yang pernah saya kenali @ mengenali saya.Semestinya terimakasih
juga buat En.Jailani&Co yang sentiasa memberikan
peluang & dorongan kepada para guru untuk
meningkatkan aras jawatan & keupayaan tersendiri
.Mengimbas ketika terbuka hati saya untuk memohon jawatan gpk pada awal 2008.Terimakasih kepada cikgu roshaya( gpk1 skjb setiu ) yang
memaklumkan permohonan gpk sedang dibuka untuk
guru yang mula berkhidmat pada 1988 & berada di dga29.Seingat saya tarikh tamat permohonan cuma tinggal tiga hari lagi ketika itu.Nasib baik pula guru besar saya ( pengerusi majlis gb trg )
pada masa itu tidak menghadiri mesyuarat program
di luar.Selama 20 tahun berkhidmat dengan kewajaran2 yang tertentu ,masih di dga29.Masih saya ingat ketika itu juga ada tawaran untuk guru2 dga32 kup untuk jawatan gpk ( urusan 2009 ).Sambil membaca fotostat tawaran yang ditampal di bilik guru untuk rakan2 guru ( rata2 dah di dga32 kup ) yang berada di bilik guru supaya memohon ; response ( rujuk perenggan akhir catatan di atas ).Menerima tawaran di Bilik Mesyuarat Orkid JPNT tahun lalu : mohon bertemu dengan Tn.Pegawai berkenaan & kronologi seterusnya ..mungkin ini rezeki dariNYA .Melihatkan rakan2 yang seangkatan
& kawan2 yang masih muda telah di dga32 sedang saya masih di dga29 ketika itu .. ikrar pada diri & semat di hati ~ di mana ada kemahuan dan
di situ juga ada jalannya + kesabaran + redha ..
SK Saujana ~ dah beberapa kawan menolak apabila ditawarkan di situ.Jika bukan kerana langkah pertama di sana semestinya saya masih belum berada di sini.Terimakasih JPNT & KPM & BPSM ..
Segala syukur & pujian untukNYA.
JAWATAN GURU ADA 3 PERINGKAT :-
ReplyDelete1. JAWATAN HAKIKI
2. JAWATAN GURU CERMELANG
3. JAWATAN KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP)
1. Jawatan Hakiki adalah jawatan tetap. Pemegang Jawatan Hakiki adalah tetap dan tidak boleh turun melainkan naik pangkat atau gred seterusnya.
2. Jawatan Guru Cemerlang hendak sentiasa ada kecapaian baik tiga tahun berturut-turut, Jika tiada kecapaian maka lucut lah jawatan cemerlangnya.
3. Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) adalah kenaikan mengikut tempoh kita berkhidmat tetapi boleh di turunkan ke jawatan lebih rendah dari jawatan KUP yang disandang sekiranya di kenakan tindakan tata-tertib atau sebagainya.
saya tertarik dengan perbincangan di sini.saya ada pertanyaan sedikit dimana saya telah dilantik sebagai GPK DGA32(KUP) di sebuah sekolah pedalaman.sekiranya saya berpindah adakah jawatan ini masih kekal atau tidak.
ReplyDelete