Selama tiga minggu para pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah telah mengadakan pemantauan bagi melihat persediaan dan perjalanan persekolahan tahun 2010. Alhamdulillah majoriti sekolah yang diselia dan dipantau terutama oleh pegawai-pegawai dari Unit Penyeliaan Sekolah Rendah berada dalam keadaan yang sangat baik. Pihak pengurusan sekolah telah mengambil langkah-langkah persediaan seperti yang disarankan dan juga melakukan tindakan proaktif bagi memastikan perjalanan persekolahan tahun 2010 berjalan lancar.
Penyeliaan terhadap kawasan,bangunan,bilik khas,kelas,peralatan,perancangan dan pengurusan sangat membanggakan.Semuanya itu bagi memastikan setiap murid mempunyai kecukupan,kesempurnaan dan keselesaan memulakan sesi persekolahan 2010.
Kita percaya jika amalan pengurusan yang kemas,tersusun dan sistematik menjadi budaya ianya akan menambah kecekapan dan kecepatan untuk guru besar mengakses maklumat di bawah bidang kuasa kawalannya apabila diperlukan. Maka bermula segala itu dengan "pengurusan bilik guru besar" yang "up to date".Unit Penyeliaan Sekolah Rendah menjadikan "pengurusan bilik guru besar' sebagai salah satu fokus dalam Pemantauan Pengurusan Sekolah Tahun 2010










1 ulasan:
Catatan admin berkait dengan kekemasan bilik Guru Besar amat wajar dijadikan 'cabaran' oleh semua Pengurus Sekolah. Gambaran kekemasan persekitran tempat kerja atau lebih tepat lagi Bilik GB mencerminkan gaya atau stail pengurusan seseorang GB. Bagi menampakkan GB sebagai pemimpin utama di sesebuah sekolah, elemen kekemasan di dalam bilik GB perlu dijadikan indikator awal. Seseorang guru sebagai pengikut GB pasti akan meletak nilai yang tinggi kepada boss yang bijak menguruskan aspek kekemasan ini.
Post a Comment