Thursday, January 28, 2010

KPLI masih relevan

KUALA KUBU BHARU – Kementerian Pelajaran masih menawarkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada semua calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan guru seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, permohonan akan dibuka pada Jun depan bagi memberi peluang kepada bakal guru mengisi jawatan di semua sekolah rendah.

Menurutnya, tidak timbul masalah lebihan guru di sekolah walaupun terdapat ramai gr:aduan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menganggur ketika ini.

“Kementerian masih perlu guru KPLI ini. Mereka boleh memohon seperti biasa mengikut proses yang betul. Kita belum menghentikan pengambilan bakal guru kursus ini.

“Namun, bilangan yang diperlukan adalah mengikut kesesuaian dan ditetapkan kemudian mengikut unjuran sebenar,” katanya pada sidang media selepas melawat ke projek pembinaan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu yang terbengkalai di sini, semalam.

Menurutnya, setiap tahun ada pertambahan jawatan perguruan kerana banyak sekolah baru dibuka di seluruh negara.

Menurutnya, guru lepasan itu diperlukan untuk mengajar di sekolah rendah mengikut bidang masing-masing.

“Mereka yang berminat perlu peka dengan siaran iklan yang akan dikeluarkan kementerian tidak lama lagi.

“Kita juga masih menawarkan kursus selama setahun kepada calon guru yang berkelayakan,” katanya.

No comments:

Post a Comment