Wednesday, January 20, 2010

Pertukaran Pegawai Unit Penyeliaan Sekolah Rendah..


Mulai 16 Januari yang En.Abd.Rahman bin Jusoh,Penyelia Pengurusan Murid telah bertukar ke sekolah.Beliau sendiri telah memohon bertukar setelah memasuki Unit Penyeliaan Sekolah Rendah pada tahun lepas.Beliau telah ditempatkan ke SK Sultan Sulaiman 2 sebagai Guru Penolong Kanan Hem.

Warga Unit Penyeliaan Sekolah Rendah sesungguhnya telah kehilangan seorang pegawai yang dedikasi,tenang dan berhemah. Sepanjang bersama Unit Penyeliaan Sekolah Rendah beliau telah terlibat mengendalikan kursus dan bengkel berkaitan pengurusan murid serta menyelesaikan isu-isu berkaitan pengurusan murid dan pendidikan wajib.Di atas sumbangan beliau warga Unit Penyeliaan Sekolah Rendah merakamkan setinggi penghargaan terima kasih dan berdoa semoga En.Abd.Rahman merasa seronok menjalankan tugas di tempat baru.

Tempat beliau sebagai Penyelia Pengurusan Murid akan diambilalih oleh En. Mohamad bin Sulaiman,GPK Hem dari SK.Sultan Sulaiman 2. Selamat datang dan selamat menjadi warga Unit Penyeliaan Sekolah Rendah....


1 ulasan:

anisah roslina said...

Selamat Bertugas sebagai GPKHEM
Terimakasih atas urusan perrtukaran masuk dua murid baru ke SKPB 3 minggu lalu.


Tahniah !En.Mohamad.
Sering saya amati dan halusi kata-kata...

Post a Comment