Thursday, January 7, 2010

Guru Tahun Enam di Terengganu akan diberi e-Book



KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan mengagihkan 800 unit e-Book kepada semua guru yang mengajar murid Tahun Enam di negeri ini sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata sebelum itu, guru berkenaan akan terlebih dahulu menjalani tiga siri kursus yang dikendalikan syarikat komputer Intel dengan kerjasama kerajaan negeri.

"Kita tidak mahu murid menggunakan komputer manakala guru masih menggunakan buku biasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kecemerlangan pelajar UPSR Terengganu 2009 di sini, hari ini.

Pada peperiksaan UPSR lalu, 3,664 murid di Terengganu memperoleh 5A, sekali gus menjulang Terengganu sebagai negeri yang berjaya mengungguli peperiksaan itu selama sembilan tahun berturut-turut.

Ahmad berkata kerajaan negeri juga akan menampung kos bagi memasang peralatan komputer dengan kerjasama Intel untuk membolehkan guru mengawal komputer murid di dalam kelas.

Beliau berkata dengan kemudahan itu, semua murid Tahun Enam akan menjalani peperiksaan bulanan secara online bermula Jun ini, dan murid yang mendapat tempat pertama hingga ke 10 setiap bulan di setiap sekolah akan diberi hadiah wang tunai. - Bernama

2 comments:

  1. Itu Terengganu,negeri Anjung Ilmu
    Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan...merakyatkan pentadbiran..

    ReplyDelete