Sunday, January 3, 2010

Sesi Persekolah 2010 bermula...


Hari ini para pelajar di Kedah,Kelantan dan Terengganu memulakan sesi persekolahan 2010. Manakala negeri-negeri lain akan memulakan sesi persekolahan 2010 mulai esok (4 Jan 2010 ).

Di Terengganu sebanyak 347 buah sekolah rendah memulakan sesi persekolahan hari ini. Satu daripadanya ialah SK Pandang Landak,Besut yang mula dibuka pada tahun ini.Manakala dua buah daripada jumlah tersebut ialah sekolah rendah pendidikan khas.

Setakat laporan ini ditulis semua jawatan Guru Besar telah diisi. Manakala jawatan GPK sedang dalam proses pengisian setelah menerima senarai pemangkuan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) pada minggu lepas. Manakala perjawatan guru di semua sekolah mencukupi.BPSM telah meluluskan ABM Perjawatan Guru Sekolah Rendah Negeri Terengganu pada tahun 2010 seramai 10,845 orang. Esok seramai 156 guru lepasan KPLI dan Pelbagai IPT akan mula melapor diri di sekolah masing-masing. Surat penempatan mereka telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu pada 31 Disember 2009 yang lalu.

Keseluruhan murid dan kelas sekolah rendah tahun 2010 bagi sekolah rendah negeri ini sebagaimana berikut:-

Kelas/Tahun          Jumlah Murid         Jumlah Kelas

PraSekolah             9,931                     405
Tahun 1                 21,155                    768
Tahun 2                 21,106                    767
Tahun 3                 21,870                    759
Tahun 4                 22,918                    788
Tahun 5                 22,907                    777
Tahun 6                 23,202                    788

Jumlah keseluruhan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 ialah seramai 144,449 orang.




No comments:

Post a Comment