Saturday, January 9, 2010

Unit Penyeliaan Sekolah Rendah berpindah minggu depan....


Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Sektor Pengurusan Sekolah mula berpindah ke bangunan baru selewat-lewatnya Isnin depan. Perpindahan secara berperingkat-peringkat ini dijangka selesai sepenuhnya hujung minggu depan dan mula beroperasi sepenuhnya di premis tersebut.


Bangunan tambahan ini dibina kerana berlakunya pertambahan sektor dan perjawatan pegawai akibat dari penstrukturan semula Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh negara . Pejabat baru ini terletak di bahagian belakang berhampiran surau JPN dan Bangunan Sektor Pendidikan Islam.


Bersama-sama Unit Penyeliaan Sekolah Rendah yang akan turut berpindah ke bangunan tersebut ialah Unit Perhubungan dan Pendaftaran serta Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah.Semua unit ini di bawah Sektor Pengurusan Sekolah.Sementara itu kerja-kerja mengemas fail dan perkakasan pejabat lama sedang giat dilaksanakan oleh pegawai dan kakitangan unit masing-masing

No comments:

Post a Comment