Tuesday, January 19, 2010

Mesyuarat Sektor Pengurusan Sekolah


19 Jan - Mesyuarat Sektor Pengurusan Sekolah,Jabatan Pelajaran Terengganu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Orkid,JPN Terengganu. Semua Ketua Unit dari Unit Penyeliaan Sekolah Menengah,Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Unit Perhubungan & Pendaftaran serta Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Prasekolah serta para pegawai semua unit telah hadir.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,YM Tengku Anuar bin Tengku Dalam telah mempengerusikan mesyuarat dengan dibantu sama oleh En.Salim bin Abd. Ghani,KPP Sektor Pengurusan Sekolah.Fokus penting mesyuarat hari ini ialah mengenai pelaksanaan aktiviti di bawah Sektor Pengurusan Sekolah bagi tahun 2010 dan penyesuaian ABM Kewangan 2010.


No comments:

Post a Comment