Mesyuarat Data DOSR dan Mesyuarat Kutipan Data Murid Kali Pertama Tahun 2010 telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu dari 24 hingga 28 Januari 2010.Penolong Pengarah Data Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,En.Mat Lin bin Mohd Noor bersama dengan Penyelia Kanan PPD seluruh negeri telah menyelaras dan mengemaskini kedudukan data 31 Januari. Selepas selesai mesyuarat data DOSR menyuarat Pengurusan Data Murid untuk 31 Januari pula diteruskan dengan diketuai oleh En.Wahab Mohamad,Penyelia Kanan,Pengurusan Murid Unit Penyeliaan Sekolah Rendah.
Kutipan data 31 Januari mengenai kedudukan kelas,guru dan murid sangat penting kerana ianya menjadi asas
perkiraan untuk unjuran dan permohonan ABM Perjawatan Tahun 2011. Jika berlaku kesilapan data yang diberikan oleh pihak sekolah maka pihak sekolah akan menanggung risikonya kelak.
Ketua Unit,Penyeliaan Sekolah Rendah,En.Jelani Sulong dalam ucapan alauan di mesyuarat-mesyuarat berkenaan menegaskan tentang peri mustahaknya data yang tepat dan terkini mengenai kedudukan guru,kelas dan murid justru inya menjadi rujukan banyak pihak.
Buat semua warga kerja Unit Sek Ren .. Tahniah !
ReplyDeleteberjaya melewati Januari dengan mantap & sabar .
Hampir 3 bulan saya menerima amanah sebagai
GPKHEM yang tidak pernah terfikir oleh saya tugas & tanggungjawab ini (16 Okt 2009 ).
Terimakasih kepada En.Jailani & En.Mat Lazim
memberikan saya peluang berkhidmat sebagai
GPKHEM.Syabas ! kepada semua GPKHEM yang lebih senior & berpengalaman atas kecemerlangan kerja buat.Masih banyak yang perlu saya pelajari.Ilmu
& pengetahuan semasa mengikuti Kursus GPKHEM Siri 4 sedikit sebanyak membantu saya dalam realiti & praktikal amanah ini.Terimakasih juga kepada Unit HEM PPDKT, Unit Penyeliaan Sek Ren &
Unit Kesihatan JPNT yang sudi membimbing & sabar.Minggu ke 1 ,pertukaran masuk murid dengan kes yang berbeza ,minggu ke 2 & ke 3 kwamp e kasih dan minggu ke 4 kes murid yang mengalami
sakit kronik.( sebelum di talian memohon panduan
terdetik juga perasaan malu bertanya bimbang salah tanggapan ... teringat pula kata pepatah:
"malu bertanya sesat jalan".Betapa pentingnya
KERJASAMA dalam menjalankan tugas ; Data Murid Di Sekolah ~ Alhamdulillah ~ kakitangan sokongan & guru-guru SKPB bekerjasama melancarkan tugasan
yang diperlukan oleh PPDKT & JPNT.Sekalung
penghargaan kepada Unit Sekolah Rendah dengan
kehadiran blog ini ~ pengkongsian pengetahuan
di dunia maya membantu saya dalam penambahbaikan & peringatan selagi diberi kepercayaan sebagai
GPKHEM.
Lahir ke dunia disambut bang,
Pulang ke kubur dihantar solat,
Antara azan dengan sembahyang,
Wahai hidup alangkah singkat.
p/s : didahului terimakasih andai Penyelia Kanan
,Pengurusan Murid Unit Penyelian Sekolah Rendah
sudi menjawab pantun tertera.Terimakasih.