Friday, January 1, 2010

Tahun Baru Azam Baru Tindakan Baru



Kita barangkali sentiasa mendengar orang berkata " Vision without action is a dream.Vision with action can change the world ".Kemenjadian sesuatu yang diingini hanya akan terjelma melalui kemahuan yang jelas,perancangan yang rapi dan tindakan pelaksanaan yang konsisten serta sistematik.Walau bagaimanapun perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem hidup dan nilai menyebabkan '' kita tidak boleh lagi melalui denai atau track yang biasa kita lalui "(The bussiness is not as usual nowadays) . Kami di Unit Penyeliaan Sekolah Rendah akan menjadikan itu sebagai asas dalam kerjabuat kami bagi mencapai sasaran perkhidmatan kami sebagaimana berikut :-
  • Memastikan semua sekolah rendah mempunyai perjawatan yang mencukupi sebagaimana waran perjawatan yang diluluskan
  • Mengisi semua perjawatan Guru Besar dan GPK di semua sekolah rendah
  • Memastikan Pengurusan Murid Pendidikan Wajib dilaksana mengikut peraturan yang telah ditetapkan
  • Melaksanakan Pengurusan Kewangan Berhemat di bawah Aktiviti Rendah
  • Pengurusan data guru,murid dan kelas yang cekap dan tepat
  • Program Peningkatan Profesionalisma untuk Pengurusan Sekolah Rendah dan guru baru
  •  Membantu pengurusan Sekolah Kluster,Asli ,SJK(C) dan Sekolah Berprestasi Tinggi 
" Alhamdulillah legasi ditinggalkan di tahun 2009,mari kita cipta sejarah kecemerlangan di tahun 2010"
(Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Terengganu)



No comments:

Post a Comment