Monday, January 25, 2010

Pengumuman Penting dan Segera !

Kepada Semua Guru Besar Sekolah Rendah Terengganu,
  • Hasil pemantauan yang dibuat oleh Pegawai-Pegawai  Kanan Dan Pegawai-Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri masih terdapat sekolah-sekolah tidak meletakkan dengan sempurna atau lengkap gambar-gambar pemimpin-pemimpin negara dan negeri (DYM YD Agong,DYM RP Agong,DYM Pemangku Raja,YAB Perdana Menteri,YAB Menteri Pendidikan,YAB Menteri Besar dan Pengarah Pelajaran) walaupun gambar-gambar berkenaan telah diedar melalui PPD masing-masing dan siaran perkara berkaitan telah dikeluarkan. Susunan kekanan gambar berkenaan boleh dirujuk melalui siaran atau nota kursus etiket dan protokol.Semua pengurusan sekolah diarah menyempurnakan perkara berkenaan serta-merta.Pihak PPD diminta membuat pemantauan dan melaporkan ke Unit Perhubungan & Pendaftaran status pelaksanaan perkara berkenaan untuk tindakan lanjut (Daripada Ketua Unit Perhubungan & Pendaftaran)   
  • Semua sekolah rendah diminta menghantar segera Jadual Waktu Guru Data sekolah masing-masing ke Unit Penyeliaan Sekolah pada atau sebelum 5 Februari 2010. Penghantaran juga boleh dibuat melalui email unitrendahspsjpnt@gmail.com. Maklumat yang perlu ada pada Jadual berkenaan ialah nama sekolah,nama guru data dan jadual waktu peribadi guru data beserta dengan jumlah minit mengajar seminggu (Ketua Unit Penyeliaan Sekolah Rendah)                                                                           
  • MOHON KERJASAMA PARA GURU BESAR ATAU GURU MEMAKLUMKAN KEPADA RAKAN PENGUMUMAN INI.TERIMA KASIH



No comments:

Post a Comment