Oleh Zaini Hassan
FARITA Idayu Bt. Jusoh bukanlah
pegawai besar. Dia hanyalah seorang guru. Guru yang baru lapan tahun berkhidmat
mendidik anak watan kita.
Menjadi guru adalah cita-citanya
dari kecil. Dia bukan seperti sesetengah guru, yang menjadikan kerjaya itu
sekadar makan gaji.
Cikgu Idayu atau Cikgu Ayu mahu
menjadi pendidik sejati. Mendidik anak-anak kita, terutamanya dari kampung
pedalaman.
Selepas keluar dari kolej perguruan
hatinya meronta-ronta mahu terus mengajar. Ke mana sahaja dihantar bukan
halangan. Lagi pun itu telah menjadi
perjanjiannya bahawa ke mana sahaja, waima
ke pulau terpencil di Mabul, Sabah sekali pun dia sanggup tempuhi.
Oleh itu, Idayu sanggup meninggalkan
kampung halaman di Terengganu dan dihantar mengajar di Sarawak. Pengkhususan
beliau ialah subjek Fizik, Matematik dan Sains.
Guru muda itu gembira mengajar di
situ. Semangatnya sentiasa berkobar-kobar mendidik anak bangsa.
Namun sebagai seorang insan, Cikgu
Idayu pun mempunyai keinginan untuk berumah tangga. Jodohnya ditemukan dengan
jejaka yang kebetulan berasal dari negerinya di Terengganu.
Setelah berkahwin Cikgu Idayu
dipindahkan dari Sarawak ke Semenanjung, iaitu Johor.
Dia ditempatkan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato Syed Esa, Batu Pahat, Johor.
Suaminya pula bertugas sebagai
Warder Penjara di Dungun. Sehingga kini mereka telah berkahwin selama lapan
tahun.
Bagi pasangan itu, seorang tinggal
di Dungun dan seorang tinggal di Batu Pahat bukan halangan untuk berkhidmat
sebaik-baik mungkin kepada negara tercinta ini.
Sepanjang lapan tahun mereka tidak
pernah tinggal sebumbung. Sama ada suami akan ke Batu Pahat atau sebaliknya si
isteri akan ke Dungun. Walaupun kejauhan, tanggungjawab zahir dan batin
diteruskan sama seperti pasangan suami isteri yang lain.
Namun, setelah beberapa tahun
berulang-alik mereka merasakan ia bukanlah satu penyelesaian yang baik. Sebagai
penjawat awam, Cikgu Idayu mempunyai hak memohon pertukaran untuk mengikuti
suami.
Sudah tujuh tahun, sejak 2008 tanpa
serik dia membuat permohonan melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan di peringkat
kementerian, namun semuanya gagal.
Setiap tahun, kementerian membuka
permohonan sebanyak dua kali. Dan, sepanjang tempoh itu dia telah membuat
permohonan berbelas-belas kali.
Cikgu Idayu reda dengan ketentuan
Ilahi. Mungkin tiada rezeki lagi, fikirnya.
Di sepanjang proses permohonan itu,
dia ada juga mendapatkan surat sokongan pelbagai pihak, juga gagal.
Pertengahan tahun ini apabila rayuan
pertukaran dibuka, dia antara cikgu yang paling awal berkobar-kobar dan ghairah
mengisi borang. Kakitangan jabatan pun sudah kenal dengan beliau.
Sambil jari jemarinya mengisi borang
itu, mulut Cikgu Idayu tidak putus-putus memohon doa agar mudah-mudahan
permohonannya diperkenankan dan dapat disatukan dengan suami tercinta.
Beberapa hari lalu keputusan
diumumkan. Buat kesekian kalinya, selama tujuh tahun, permohonannya ditolak
sekali lagi.
Permohonannya untuk bersatu di bawah
satu bumbung dengan suaminya buat pertama kalinya, juga gagal.
Cikgu Idayu terus pasrah. Fikirannya
cukup tertekan. Cita-cita masa kecilnya untuk menjadi guru kini sudah menjadi
satu mimpi ngeri. Cikgu Idayu kini difahamkan, sedang menerima rawatan akibat
tekanan.
Lebih tertekan, setelah tujuh tahun
berkahwin, dia masih belum mendapat cahaya mata. “Kerana itu saya mahu duduk
berdekatan dengan suami saya..."
Sebagai penulis, saya tidak pasti di
mana silapnya dalam kes Cikgu Idayu ini.
Terus terang saya katakan, saya tidak
mengenali cikgu itu. Saya hanya menerima suratnya - mengadu kepada saya,
setelah segala usahanya selama ini gagal.
Mengadu kepada saya adalah jalan
terakhir beliau.
Tulis beliau kepada saya: “ Keluarga
kami sejak zaman nenek moyang 100 peratus menyokong, berjuang untuk UMNO. Saya
minta tolong dengan menteri-menteri UMNO, takda satu tandatangan mereka yang
laku... jalan akhir, nampaknya saya perlu berhenti kerja walaupun itu cita-cita
saya sejak kecil mahu menjadi cikgu untuk bantu anak bangsa."
Kisah Cikgu Idayu, saya anggap
adalah satu daripada banyak lagi kes yang serupa.
Bagi saya dalam puluhan ribuan guru
di seluruh negara, dan mobilisasi guru-guru baru setiap tahun, apakah
sebenarnya masalah Cikgu Idayu ini? Terus terang saya katakan saya tidak faham
dengan sistem proses pertukaran itu.
“Mereka memberi alasan pengkhususan
saya sudah penuh di Terengganu," katanya.
Jika satu, dua tahun mungkin kita
boleh terima dia gagal, tetapi apabila ia sudah masuk tahun ketujuh, maka di
mana pula silapnya? Di mana pertimbangan kemanusiaan pula?
Apakah semua pihak mahu melihat
Cikgu Idayu, seorang guru Fizik dan Matematik ini melepaskan jawatannya?
Wahai Pengarah-pengarah Pendidikan
Negeri-Negeri, Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian dan
menteri-menteri serta timbalan-timbalannya, tolonglah teliti kes ini.
Saya berharap janganlah dihukum
Cikgu Idayu gara-gara tulisan ini. Ambillah iktibar positif daripada tulisan
ini untuk memperbaiki mana-mana sistem yang lemah.
Saya difahamkan Kementerian Pendidikan
memang sedar mengenai sindrom suami-isteri berpisah ini. Harap-harap kes Cikgu
Idayu ini boleh diselesaikan.
Jika ini pun susah hendak
diselesaikan, apakah kita sudah bersedia untuk menjadi sebuah negara maju?
Sumber Rencana : http://www.utusan.com.my/utusan
Kalau kerabat atau ahli keluarga jabatan gerenti cepat..atas alasan keperluan perkhidmatan.agaknya tugas cikgu idayu belum sampai tahap itu..
ReplyDeleteJanganlah terlalu double standard
DeleteAda tak isteri atau suami yang senasib cikgu idayu.....hehe.
ReplyDeleteAda tak suami atau isteri org jabatan yg senasin cikgu idayu..? Fikir2 dan renung2 kan...hehe
ReplyDelete....cikgu jg
Yg suami cikgu idayu ni terperok je di terengganu kenapa? X usaha mintak tkr ke johor ke? Sanggup dok diam2 di situ sampai isteri tertekan. Beribu2 cikgu t'ganu & k'tan nk balik negeri, lps tu x reti nak keluar sbb dh selesa, yg nk masuk nk longgok di mana lg? Negeri lain pun perlu guru sbb ada murid. Hanya subjek tertentu sj yg kosong di t'ganu, keutamaan pertkrn adalah ikut keperluan subjek, kalau nk jd guru bersedialah utk brkhidmat di mana2 sj, jgn korbankan murid-murid, ramai lg nk jd guru..
DeleteHarap bersabar cikgu idayu.lening menteri pendidikan2 tahap keperihatinan tinggi
ReplyDeleteMalu jgk weh..benda macam ni boleh terlepas pandang(ayat jabatan)
ReplyDeleteKes terpencil.. 1 dlm 100.. br 7 thn, ada yg dh 10 thn xdpt tukar.. permohonan akan diproses secepat mgkin..
ReplyDeleteAyat yg biasa didengar
DeleteBiasanya semasa disekolah kita berpeluang belajar sejarah, bila jadi guru kita galakkan murid belajar sejarah dan belajar dari sejarah. Kadang-kadang bila kita jadi guru di JPN (Kita panggil pegawai JPN, tapi sebenarnya bila grednya DG, maka kita adalah cikgu) kita lupa sejarah. Lihatlah kepada sejarah perkhidmatan pegawai, jangan jadi pegawai yang bebal yang hanya uruskan borang. Ingatlah kamu adalah guru walaupun kamu berkhidmat dimanapun...
ReplyDeleteAda guru tak minta tapi ditukar..walau baru 1 tahun lebih dan sekolah itu jadi kurang guru.
ReplyDeleteMinta jpnt....
ReplyDeleteSistem pertukaran bg guru br perlu diperbetulkan..yg br posting mintak satu2 daerah atau negeri tgok dulu guru2 lama yg nk mintak tkar ke daerah atau negeri yg dipohon guru baru..kalo guru br mintak daerah atau negeri yg ada dulu ckgu mintak..bg pd cikgu yg lama mintak..nie dok...yg br posting semacam..ada yg dok kawin lg bg pada guru tersebut sedangkan ada guru yg lama mintak tp dok dpt..lagi2 bg alasan ikut opsyen...sampai bila?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete