KUALA
TERENGGANU
- Program pendidikan Ulul Albab akan dilaksanakan di sekolah rendah dan
menengah secara berperingkat mulai tahun depan bagi melahirkan generasi yang
seimbang dalam aspek duniawi dan ukhrawi.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, program berkenaan yang diterapkan dalam kurikulum akan diubah suai mengikut program terkini yang ada mengikut kesesuaian, tempat dan juga apa yang telah ada di kementerian.
"Untuk memantapkan kurikulum pengajian Islam, seluruh sekolah terutama di sekolah menengah (harian) dan sekolah menengah agama kita akan mengenal pasti kurikulum Ulul Albab dilaksanakan sekurang-kurangnya satu sekolah di setiap negeri.
"Insya-Allah ia akan bermula pada tahun hadapan ataupun tahun selepasnya mengikut kemampuan sekolah masing-masing," katanya selepas merasmikan penutupan majlis Khatam al-Quran Perdana dan pertandingan Kalam Jama'ie peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Idris berkata kementerian akan memanjangkan program Khatam al-Quran yang merupakan tradisi ulama secara berterusan ke sekolah-sekolah melalui pelaksanaan program J-Qaf yang dilancarkan sejak 2005.
"Sejak itu, kita lihat perkembangan demi perkembangan pengajian Islam yang lebih mantap di sekolah-sekolah. Kali ini ditambah pula dengan Bahasa Arabnya melalui Arabic Chorus Speaking (pertuturan) dalam pertandingan Kalam Jama'ie yang telah dibuat buat kali kedua ini," katanya.
Tradisi budaya khatam membaca al-Quran dan pembudayaan Bahasa Arab di sekolah-sekolah wajar diteruskan untuk memastikan pelajar mantap menguasai bidang berkenaan, katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment