Thursday, November 21, 2013

Iklan Pemangkuan Guru Besar mengikut syarat baru untuk tahun 2014

Iklan Pemangkuan Guru Besar berasaskan syarat-syarat baru telahpun keluar dan dilaksanakan melalui Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) di bawah Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat). ePangkat juga digunakan untuk permohonan bagi naik pangkat secara  TBBK. Kemungkinan pada masa depan semua urusan permohonan akan menggunakan ePangkat. Oleh itu para guru hendaklah sentiasa update data dan selalulah menjengah ePangkat.

Antara syarat baru dalam pemilihan Guru Besar ialah:

1. Telah dinaikkan pangkat ke DGA32  atau sekurang-kurang 5 tahun Gred DGA29
2. Lulus NPQEL / NPQH
3. Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Bidang / Penolong Kanan / jawatan-jawatan pentadbiran di PPD / JPN / Bahagia / IAB / IPG / KM
4. Sekurang-kurangnya  (3) tiga tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara
5. Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan ( Perenggan 9, PP Bil 1/2013)

Lain-lain syarat dan tatacara permohonan sila  KLIK

Tarikh tutup permohonan : sebelum atau pada 15 Disember 2013 (Ahad)



32 comments:

  1. Saya mencadangkan kepada rakan-rakan yang berada dalam pentadbiran seperti GPK dan mempunyai NPQEL tetapi sudah mendapat DG41 agar cuba memohon jika sistem epangkat tidak TENDANG kerana kita bimbang dengan perkembangan terbaru tahun depan takut-takut mereka tercicir. Jika sistem tendang nak buat camna....heheheheh. Lagipun tahun lepas ramai calon TBBK DGA34 KUP tidak mohon ke pemangkuan hakiki kerana tiada dinyata dengan jelas dalam syarat tapi mana TBBK yang memohon molek-molek ada boleh kalu dok silap ambe..

    ReplyDelete
  2. Kpd guru2 41/44 maaf lah toksoh dok harap lah nak jd pentadbir. Kelulusan tinggi pengalaman berpuluh2 tahun terpaksa lah duduk dibawah boss yg rendah kelulusan kurang pengalaman dan jauh lebih muda. Nak wat guano. Kementerian nak lagu tu. Terima aje la.

    ReplyDelete
  3. Cuba tengok berapa ramai yang berada di JPN, PPD dan di sekolah berkelulusan SPM dan memegang jawatan pentadbir. Orang-orang inilah yang masih nak dipelihara oleh sistem kita. Merekalah yang akan mendahului kenaikan pangkat jika ada lagi pangkat baru yang dicipta untuk guru bukan siswazah...hehe sebab tu masih angan-angan nak DG 42 pula...Guru siswazah di sekolah rendah kena tunggu diaorang ni mati atau pencen...

    ReplyDelete
  4. Tahun 2014 dengar2 citer sumber kesatuan akan ada gaji sebaris dan sistem flexi untuk guru dan mungkin byk lagi perubahan spt elaun. Yg DG42 tu adalah gred siswazah so kena ada ijazah,..dan JPN pada masa depan hanya DG44 ke atas...skrg dengar citer profil untuk itu sedang dilaksanakan KPM. Mana mereka gred DG44 yg rasa hebat tu isi la wei.,..

    ReplyDelete
  5. betul tu..dg 41/44 yang nak mohon jadi pentadbir @ jpn bulehlah mohon lepasni. jangan hanya pandai menyalak je tp kerja cam najis..

    ReplyDelete
  6. Untuk makluman tuan-tuan pekeliling gaji sebaris dah dikeluarkan oleh JPA berkuatkuasa 1 Nov 2013. Tapi hingga sekarang rasanya PT kewangan belum dipanggil untuk taklimat ..bagaimana cara pemindahan dibuat / ada mirip SBPA dulu cuma 13% tu dah dapat dan dipindah ke mata gaji berdekatan dengan gaji pada 31 Oktober 2013.

    ReplyDelete
  7. kita bukan gilakan pangkat. tapi pemilihan gb cara ini hanya seperti tangkap muat. siapa-siapapun boleh jd pentadbir kalau diberi peluang. maka gelak besarlah mereka yang tak ikut seruan kerajaan supaya melanjutkan pelajaran satu masa dahulu. walau gaji tak besar tapi jawatan mereka lebih besar..kelakar!

    ReplyDelete
  8. Hulwan Mukhlis pemilihan Guru Besar untuk kegunaan Julai 2014 tidak seperti sekarang....isi borang kemudian calon tunggu nama ditempatkan. Pemilihan kali ini calon yang berkelayakan dengan kreteria asas dan syarat baru mohon. Pertama ada NPQEL. Gred 32 @ TBBK DGA34 dan saya bersetuju Gred DG41 kalau ada NPQEL dan sistem boleh terima mohon. Pada 2014 difahamkan akan dilaksanakan gred flexi bagi guru dan gaji sebaris. Semua pemohon akan ditaksir oleh pentaksir khas di bawah pimpinan IAB. Calon yang berjaya akan dinilai melalui temuduga dan berbagai lagi. Senarai mereka yang layak akan dihantar ke Lembaga Naik Pangkat. Mereka yang berjaya akan menduduki program Prime dan seterusnya baru ditawar pemangkuan Guru Besar. Tangkap muat ker tu....kadang malas aku nak kongsi maklumat ngan mereka yang rasa hebat tapi habuk pun tarak..

    ReplyDelete
  9. Bukan pasal siapa hebat. Bukan dg44 hebat ataupun dg32 tidak hebat. Dg29 pun ada yg hebat. Persoalannya mengapa dg44 tidak layak memohon utk jd pentadbir. Ada antara mrk yg hebat. Sepatutnya peluang diberi kpd semua dg32dg34dg44. Biar mrk bersaing. Yg mana layak ambiklah.

    ReplyDelete
  10. aku setuju dgn anonymous 2:50.... beri peluang kepada semua.... setakat pngalam aku dah ngajo 25 tahun, dah duk bwah 6 org gb hanya sorg je yg betul2 layak jadi gb yang 5 lagi tu hempeh... jadi betullah anggapan yg mengatakan pemilihan gb sebelum ni pakai tangkap muat je... pemilihan gpk pun sama je....

    ReplyDelete
  11. apa yang korang cakap tu memang aku setuju sangat. gb yang pilih bulu lagi teruk. ada cikgu yang tak boleh buat kerja tapi dijaga sebab lama kat sekolah tu tapi macam aku cikgu yang baru masuk sek tu sanggup tipu aku punya markah prestasi waktu aku hantarborang PK.bila aku call unit pangkat baru aku tau cerita. markah yg diberi utk skt lain. markah dlm borang tu lain. markah yg diberi tak layak utk pnggil temuduga. sedih betul..sblum aku masuk sek tu aku dah mengajar dekat kl 13 tahun.kat sana aku isi PK. tapi bila pnggil temuduga aku dah tukar ke negeri lain sebab ikut suami. kat sekolah yang baru aku dah 3 tahun tapi gb dan pentadbiran tak pernah nak hargai aku buat kerja. aku datang dari sek ygn paling top kat kl. tapi bila masuk sek kat kg lagi teruk pentadbiran pilih bulu dan kroni cukup kuat. menyesal aku pindah.......

    ReplyDelete
  12. semuanya rezeki...kadang-kadang kita merasa kita cukup hebat, tetapi sebenarnya masih banyak kekurangan...apa yang penting, kita jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab....tak semestinya dg44 tu hebat...namanya dg44, tapi satu kerja hapa pun sume tak buleh buat...itu tak buleh, ini tak buleh...pandai komputer???langsunglah...uppss terkutuk pulak...kebenaran tu, nak wat camner...aku dga32

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Saya cadangkan agar KPM menukarkan mana-mana guru dg41/44/48 sekolah rendah ke sekolah menengah (sekiranya mereka setuju). Jadi peluang untuk mereka naik pangkat menjadi ketua bidang atau pentadbir terbuka luas agar kebajikan semua guru tanpa mengira gred dilihat adil. Sekiranya mereka masih berada di sekolah rendah (pada masa ini) peluang untuk mereka menjadi pentadbir memang 100% tidak akan ada. Apa yang berlaku sekarang masa depan guru-guru siswazah sekolah rendah masih kabur. Malangnya pembuat dasar dalam sektor pendidikan di malaysia ialah mereka tidak mengkaji kesan dan akibat apablia siswazah di tempatkan di sekolah rendah (atau masih dalam kajian/ draf awal). Sekarang masalah ketidakpuasan hati guru-guru siswazah di sekolah rendah amat ketara. Bayangkan suatu hari nanti ramai guru gred 48 yang berketuakan guru besar gred 34/38. Ia sebenarnya tak jadi masalah pun.... apatah lagi ramai GB bukan siswazah dalam kalangan mereka yang cemerlang... tapi....Macam pelik lah sikit yaaaa... Saya guru BI gred 44 (KUP) di sekolah rendah. Pengalaman mengajar 16 tahun. Melihat akan fenomena kenaikan pangkat sekolah rendah pad hari ini amat pelik dan tidak menjanjikan masa depan yang cerah, jadi saya telah further study peringkat Master (English) dan sekarang sedang buat Phd-TESL secara part time. 2,3 tahun lagi setelah memegang titlte 'DR' saya harap masa depan saya akan cerah. Insyaallah saya berharap tempat saya bukannya lagi di sekolah rendah seperti sekarang (sekiranya dasar ini tidak berubah). Jadi....guru-guru siswazah sekolah rendah... keep on... don't give up... change your life by your own self... KPM tidak akan mengubah nasib dan masa depan kita kecuali kita sendiri yang perlu mengubahnya.... Mungkin tempat anda bukannya di sekolah rendah...Minta maaf kalau ada yang terasa...

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Assalam. Terpanggil untuk berbicara....Sajak Usmang Awang (1979) masih segar diingatan...."Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa. Dengan lembut, sabarnya mengajar tulis baca...."
    Apabila kita berbicara sebaiknya fikir dahulu dan disertai dengan ilmu agar perkara yang kita bincangkan tidak mendatangkan dosa dan fitnah. Guru PPPLD atau guru PPPLS adalah guru yang tugasnya mendidik anak bangsa dalam memenuhi keperluan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita saling memerlukan antara satu sama lain. Bagi saya guru Tahun 1 adalah guru yang paling hebat kerana jasa merekalah kita hari ini bijak dan pandai. Guru PPPLS sama ada di sekolah rendah atau menengah, gaji sama je..tak de beza. Jawatan guru tidak menjanjikan apa-apa kelebihan cuma pahala kebaikan atas keikhlasan kita mengajar. Kepada yang ingin kenaikan pangkat...perkemaskan diri, tingkatkan usaha dan keupayaan diri, buat sesuatu yang inovatif dan kreatif...tingkatkan pencapaian akademik sekolah. Saya rasa GB tentu tidak teragak2 utk calonkan diri kita jika kita cemerlang. Pasal kedudukan GB atau GPK bukan ijazah di sekolah rendah.....setahu saya mereka dilantik oleh Pengarah Pendidikan Malaysia....jadi janganlah kita jadi....rumah dah siap...pahat berbunyi lagi. So bersyukurlah dengan apa yang kita ada.....

    ReplyDelete
  17. Jangan fikir gred,yang penting kita bekerja kerana Allah.Insya Allah ada ganjaran yang menanti nanti di akhirat.Rapatkan barisan ,sama-sama kita mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  18. Bukan saja guru siswazah yang tertutup peluang jadi pentadbir.. guru TBBK 34 pun sama... tak ada peluang lagi jadi pentadbir... lebih malang ada yang sudah jadi PK terpaksa jadi guru biasa balik sebab tarikh TBBK 34 lebih awal daripada tarikh hakiki 32... inilah dasar KPM kita.... pasrah jelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dilantik semula oleh BPSM..rujuk sblm berkata2

      Delete
  19. Sekarang peluang jadi PK banyak dibuka kepada guru DG29 yang tak sampai 10 tahun mengajar... sedangkan guru-guru yang dah mengajar 26 hingga 28 tahun tak ada peluang lagi sebab dah dapat TBBK34.... jadilah guru biasa hingga pencen...

    ReplyDelete
  20. Kita dok komen kat sini ni ada ke orang JPN atau orang KPM yang baca? Umpama anjing menyalak bukit.... tak dapat ubah apa-apa pun...

    ReplyDelete
  21. Jadi guru biasa sahaja sampai ke pencen. Cukup masa dapat time based.

    ReplyDelete
  22. Berkhidmatlah untuk negara.....serta bersyukur ada kerja yg ada walaupun gaji tak besar...tapi agak lumayan juga lah...bole pakai kereta dua tiga biji, moto dua tiga bijik...rumah pun sampai setengah juta pun ya harga...alhamdulillah.... Mati nanti ...banyak kena soal jawab...pasal banyak harta...

    ReplyDelete
  23. Ramai orang kat sini yg teringin jadi pentadbir. dan berasa dia boleh buat lebih baik dari orang yg pernah berada diatas dia..... belum cuba belum tau saudara semua .... ada jawatan bukan nya senang.... berat tanggungjawabnya.... bila kita berada di jawatan tersebut...baru kita tahu... betapa mencabarnya hendak menguruskan organisasi....terutamanya....kerenah2 anak buah yg berbagai bagai ragam dan muslihat... kesimpulannya......Cakap boleh la....Bikin...belum tentu lagi boleh.....apa2 pun....kepimpinan melalui teladan.....Itu yg terbaik.

    ReplyDelete
  24. Apa puningat rezeki masing-masing dah ditentukan. Ye lah yang nak dapat DG42 tu berapa lama dah berkhidmat. Yang muda-muda ni skrg senang senang je (8 tahun)dpt. 32, 34 sedangkan org lama nak dapat 32 pun ada yang lebih 20 tahun mengajar baru ubah sistem, barulah merasa 32 , dah lebih 20 tahun ngajar tiba-tiba sama gaji dengan anak-anak yg baru 8 thn ngajar. So janganlah cemburu dengan anugerah DG42 tu.

    ReplyDelete
  25. Ramainya duk gilakan jawatan GB/PK, dah dpt jawatan nanti baru tau betapa sukarnya menjadi pentadbir, setakap pentadbir cap ayam boleh kut, rasanya dg41/44/48 di sekolah rendah cakap berdegar2, tujuannya satu je.. bila jadi pentadbir x payah mengajar.. ambik tempurung isi air tgk layak ke jadi pentadbir...akuilah ada guru2 yg pemalas ,gaji/pangkat nak lebih.

    kepada guru sek rendah yg baru dpt ijazah tu, janganlah bangga sgt, kalau setakat lululas OUM tu ,org x pandang pun,,,kalau pandai dari awal dah masuk U..

    Setuju dgn cadangan agar guru sek ren yg ada ijazah dihantar ke sek men, baru tau langit tu tinggi..hehehe

    sori , saya hanya berkata yg benar..jgn marah... hehehe.

    ReplyDelete
  26. Apa bila kepimpinan (tidak kira la peringkat mana) terdiri daripada mereka yg bukan ahlinya (tidak layak pada hakikat sebenar) tunggulah saat-saat kehancuran
    ..... inilah zamanya...

    ReplyDelete
  27. sarawak byk kekosongan gb,walaupun i dah 20+ tahun mengajar, markah LNPT tidak layak utk mohon, cikgu2 mohonlah.

    ReplyDelete
  28. assalammualaikum...kekadang kita ni tersasul juga. ppps memperjuangkan hak dia dan tak kacau pun mana-mana rakan guru yang lain. pppld jangan risau kita sama jer... kalau cubit peha kiri kanan sakit juga. banyak kes pentadbir kata sukar sebab mungkin ilmu tak cukup...kita bukan nak cerita kelebihan ppps atau pppld antara guru-guru tetapi antara guru dengan KPM dan pihak berwajib ambil tahu masalah ni.

    ReplyDelete
  29. Assalammualaikum....ada masanya kita pandang sesuatu keadaan dari sudut kita jer, nak mohon GB tidak semestinya orang yang perfect dalam pengurusan dan pentadbiran. Memang agak sukar untuk buat pemilihan hanya kerana syarat-syarat yang ditetapkan oleh kementerian. Kementerian terlalu rigid dengan syarat tetapi yang sedihnya akhirnya, yang kelentong pun dapat jadi GB. Syaratlah konon.

    ReplyDelete
  30. Harap pihak kesatuan perguruan membela nasib ahli-ahli dibawahnya...tidak adil bagi guru-guru DG44 sekolah rendah yang berpengalaman dikecualikan dari menjadi pentadbir..

    ReplyDelete
  31. saya cadangkan guru guru yang telah ada diploma bidang pengurusan drp ipt awam dikecualikan drp kursus NPQEL UNTUK MOHON JAWATAN gurubesar .

    ReplyDelete