Bagaikan ada kesamaran
di dalam sinar pengharapan
Puas sudah mencari silapku
Puas sudah meneka hatimu
Tiadaku temui jawapanku yang pasti
yang memberi ketenangan diri
Begitulah sedikit sedutan seni kata lagu "Meneka Dalam Kesamaran" nyanyian Ibno Riza sebagaimana ramai antara kita meneka-neka tentang penambahbaikan kerajaan kepada kakitangan awam dalam Bajet 2014. Lebih-lebih lagi tekaan kaum guru tentang kaedah baru pelantikan Pengetua dan Guru Besar, gaji sebaris guru, gred DG42 dan juga beban tugas menjelang 2014.
Pada 6 November lalu JPA telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 36/2013 mengenai "Penambahbaikan Jadual Gaji Minina - Maksima Gred 1 hingga 54 di bawah Sistem Saraan Malaysia". Teka-teki bahawa kakitangan awam menerima dua kenaikan terjawab di mana dua tanggagaji maksima telah dipanjangkan kepada dua kenaikan lagi bukannya setiap kakitangan awam akan naik dua kenaikan gaji sebagaimana khabar angin. Ini bermakna kakitangan awam yang sudah mencapai tahap maksima berpeluang untuk menikmati kenaikan gaji lagi. Sekaligus mereka yang bersara dapat menikmati faedah persaraan yang lebih baik. Inilah pentingnya sesuatu sumber kuasa yang jelas ada hitam puteh supaya tiada sesiapa meneka dalam kesamaran yang membawa persepsi buruk kepada mana-mana pihak khususnya kerajaan.
Dalam Sembang Sabtu " Menunggu Perubahan" penulis ada menyebut bahawa pelantikan Pengetua dan Guru Besar yang ada NPQEL akan hanya berlaku pada 1 Julai 2014. Nampaknya apa yang penulis jangka adalah benar. Difahamkan Kementerian Pendidikan Malaysia telahpun menyampaikan taklimat kepada semua wakil negeri minggu lepas. Di samping syarat-syarat asas yang lama , NPQEL dan tahap kesihatan juga diambil kira dalam syarat baru. Proses kerja permohonan, pemilihan, temuduga dan latihan dijangka akan bermula dalam bulan November ini hingga Jun 2014. Senarai bersih pelantikan akan digunakan mulai 1 Julai 2014. Difahamkan juga iklan untuk urusan ini akan disiarkan melalui e-pangkat.
Apa yang masih belum jelas dan samar-samar adakah mereka yang menjadi Guru Biasa dan GPK yang telah mempunyai ijazah dan telah memiliki NPQEL/NPQH layak untuk memohon kerana setakat ini kita belum menemui sumber kuasa jelas bahawa perjawatan hakiki Guru Besar khususnya boleh diisi oleh siswazah. Jika ada kami akan kongsikan. Selain dari itu, kepada mereka yang bakal dilantik sebagai Guru Besar mulai sekarang hingga Jun 2014 jangan banyak kerenah dan menolak bila tawaran dibuat yang mungkin jauh sedikit kerana inilah generasi terakhir mungkin yang belum terikat dengan syarat-syarat baru pelantikan Guru Besar. Bahkan adalah tidak logik dan adil kepada kawan-kawan kita yang terdahulu sanggup menyeberang daerah untuk menerima pelantikan Guru Besar sedangkan kita hanya mahu sekolah berhampiran rumah kita.Inilah masa mereka untuk kembali berkhidmat ke daerah asal bila ada kekosongan.
Kita amat berharap bahawa pelan pengantian pemimpin sekolah dilaksanakan dengan teliti, telus dan adil agar tidak ada yang teraniaya dan terlepas pandang. Kita percaya jika urusan ini dilaksanakan secara telus dan bersama PPD dan JPN secara kolektif semua pihak merasa puashati dan momentum kecemerlangan pendidikan di sekolah terus bergerak tanpa sebarang masalah.
Kita juga berharap program Prime yang melatih bakal Guru Besar dapat menyediakan Guru Besar yang berpengetahuan dan berkemahiran. Cuma kurang seronoknya ramai yang meneka dalam kesamaran mengenai sekolah mana mereka bakal ditempatkan. Bahkan sesetengah guru di sekolah menghitung-hitung dan spekulasi yang penuh kesamaran menjangka sianu-sianu ke sekolah mereka.
Kita berharap calon Guru Besar lebih matang dan bijak untuk memahaminya. Secara mudahnya mereka yang terpilih mengikuti Prime adalah mereka yang telah termasuk dalam senarai pemangkuan dan diluluskan panel JPN sekolah mana yang bakal ditempatkan. Oleh kerana masih belum ada apa-apa penyelarasan mengenai penempatan atau program sandaran dengan IAB maka kita akan tawarkan penempatan mengikut prosidur biasa tawaran kenaikan pangkat. Kita harap tiada yang menolak kerana tuan/puan adalah generasi terakhir dalam sistem naik pangkat Guru Besar mengikut kaedah lama.
Mengenai gred DG42 dalam perkhidmatan pendidikan ianya masih belum jelas. Cuma ada yang mengatakan Skim Gaji Bersepadu Guru dijangka dilaksanakan pada 1 Jan 2014. Sejauh mana benar dan sahnya belum pasti. Kita masih meneka dalam kesamaran.
Walau apapun perubahan yang bakal berlaku kita sentiasa mendoakan yang terbaik khususnya untuk warga guru. Bukan sahaja soal gaji dan peluang naik pangkat tetapi juga soal perkhidmatan, kebajikan serta beban tugas juga perlu diambil kira. Dan atas nama guru kita berharap sikap dan tindakan kita mesti penuh kebijaksanaan dan profesional. Jangan meneka dalam kesamaran. Biar jelas ada hitam putih tahi cicak.
Ingin brtanya. Kenapa gaji maksimum yg baru ni nilainya melebihi 2KGT dari gaji maksimum yg lama sepertimana pada pekeliling 2/2013?bagaimana kiraan yang digunakan?dan adakah pegawai yg berada di tgga gaji maksimum skrg ni akan hanya mendapat 2 tahun lagi kenaikan dan adakah jumlahnya akan sampai kepada nilai gaji maksimum yg baru ini?mohon pencerahan...
ReplyDeletegaji maksimum tertentu dalam JGMM diperkemas bagi menampung prinsip penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat. Seterusnya, gaji maksimum ditambah sebanyak dua (2) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi membolehkan pegawai menikmati Pergerakan Gaji Tahunan (PGT). Ini bermaksud tidak semua gred yang terlibat....
ReplyDeleteBagi guru nampaknya semua terlibat
ReplyDeleteguru sekolah yg memegang jawatan ex. DG 44( Khas Untuk Penyandang ). Terlibat atau dapat juga ke gaji JGMM ini.
ReplyDeletenampaknya nasib guru-guru yang mempunyai ijazah master & ph.D masih belum ada jalan penyelesaiannya.... janji hanya tinggal janji.... Tiada pengiktirafan..... kebajkan diabai..... what to say!!!!!!!
ReplyDelete