Thursday, November 14, 2013

Terengganu kekal terbaik UPSR

KUALA TERENGGANU - Terengganu terus unggul dalam pendidikan negara apabila merekodkan keputusan terbaik dan mengatasi pencapaian peringkat nasional dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan serentak, hari ini.

Pencapaian Gred Purata Negeri adalah 2.20 mengatasi pencapaian Gred Purata Nasional, 2.27.


Terengganu turut mengatasi pencapaian peringkat nasional bagi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang melibatkan lima subjek, iaitu bahasa Melayu (BM) Pemahaman Sekolah Kebangsaan (SK), bahasa Inggeris (BI) (SK), Sains, BM Pemahaman Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) dan BI SJKC.


Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Encik Zakaria Hussin, berkata dari segi GPN, pencapaian keseluruhan calon UPSR tahun ini meningkat 0.01 mata GPN kepada 2.20 berbanding tahun lalu.


“GPN ini juga mengatasi pencapaian peringkat nasional yang mencatat 2.27. Sementara pencapaian calon cemerlang yang mendapat semua A pula meningkat sebanyak 0.78 peratus, iaitu daripada 13.22 peratus pada tahun lalu kepada 14.00 peratus pada kali ini.


“Peratusan calon yang memperolehi pencapaian baik dengan minimum gred C bagi semua mata pelajaran juga meningkat 0.2 peratus kepada 69.1 peratus berbanding tahun lalu,” katanya di JPNT, Bukit Kecil, Kuala Terengganu, hari ini.


Encik Zakaria berkata, negeri ini juga menunjukkan peningkatan dalam peratusan calon yang memperolehi pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum sebanyak 0.07 peratus kepada 3.58 peratus pada tahun ini.


Katanya, sebanyak 21 sekolah menunjukkan pencapaian terbaik berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok Model Khas, Setiu (1.14) merekod keputusan terbaik di seluruh Terengganu.


Sekolah lain termasuk SK Kuala Berang (1.17), SK Teris (1.20), SK Dusun, Hulu Terengganu (1.26), SK Paya Bunga (1.36), SK Binjai Kertas (1.37), SK Seri Berang (1.37), SK Kemat (1.40), SK Lubok Teras, Setiu (1.43), SK Tapu (1.46) dan SK Kuala Kubang, Besut (1.47).


”Alhamdulillah prestasi UPSR kali ini terus meningkat. Walaupun peningkatannya kecil, kita tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pencapaian prestasi keseluruhan UPSR 2013 di seluruh Terengganu.


“Insya-Allah kecemerlangan ini akan diteruskan dan dipertingkatkan pada tahun-tahun hadapan. Saya mewakili warga pendifikan negeri mengucapkan setinggi-tinggi pengharagan dan terima kasih kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan seluruh kepimpinan kerejaan negeri atas bantuan kewangan dan sokongan moral menjayakan aktviti serta program pendidikan selama ini,” katanya.



sumber


4 ulasan:

Anonymous said...

Apa sumbangan kerajaan negeri kpd peningkatan UPSR?

Anonymous said...

TV3 tak sebut apa-apa pun perbandingan pencapaian antara negeri, barangkali kerana nak menghormati surat siaran yang melarang perbuatan tersebut. Badi perbandingan masih tak boleh hilang dari JPN Terengganu. Guru Besar mana yang kena ranking paling bawah kerana UPSR ye?

Anonymous said...

Hendaknya keputusan UPSR digunakan untuk membantu sekolah yang lemah pencapaiannya dari sudut moral dan material. Agak aneh jika keputusan UPSR digunakan untuk menimbun berbagai bantuan kepada sekolah yang serba serbi mencukupi sebaliknya sekolah yang lemah pencapaiannya hanya diberi air liur sahaja. Kalau nak jadi negara maju, berilah padang sama rata, kemudahan yang sama, barulah perbandingan lebih cerdik dan wajar, begitulah caranya.

Anonymous said...

jangan hanya ambil nama sahaja.buatlah sesuatu untuk membantu sekolah lemah meningkatkan pencapaian..

Post a Comment