Saturday, November 23, 2013

Sembang Sabtu : Bila berubah pangkat maka kerja juga berubah..

Seorang pegawai JPA dalam satu taklimat berkata , " Bila seseorang itu dinaikkan pangkat walaupun secara TBBK maka Ketua Jabatan perlu menyediakan tugas tambahan agar kedudukan dan gaji naik pangkat itu sepadan dengan kerjanya". Kita kira ramai yang bersetuju dengan pandangan ini.

Bagi mereka yang dinaikkan pangkat Pengetua, Guru Besar dan GPK dan juga Ketua Bidang bidang tugas mereka telah dinyata dan digariskan dengan jelas. Mereka telah ada panduan kerja apa yang perlu dilaksanakan dengan kedudukan mereka selain dari tugas utama mengajar. Bagaimana dengan mereka yang dinaikkan pangkat secara TBBK ? Selain dari mengajar mana senarai tugas tambahan mereka?

Tentunya adalah tidak logik misal seorang guru DGA29 mengajar Tahun 5 dan seorang guru TBBK DGA34 juga mengajar tahun yang sama serta tugas rutin yang sama. Seorang bukan naik pangkat dan seorang lagi naik pangkat. Naik pangkat pula sama gred dengan Guru Besar. Bezanya hanya Elaun Tanggung Jawab. Elaun-elaun lain sama sahaja. Beban kerjapun Guru Besar jauh lebih berat dari TBBK yang sama grednya.

Dalam taklimat berkaitan ramai perwakilan menyatakan bahawa ramai kalangan guru tidak berminat mengisi jawatan hakiki di peringkat rendah dan menengah kerana menunggu TBBK walaupun pemangkuan ke hakiki lebih awal. Mereka beranggapan naik pangkat TBBK bukan sahaja tidak perlu bertukar tetapi tidak perlu apa-apa tugas tambahan lain cukup kekal dengan apa yang ada dan gaji bertambah.

Bagi mempertingkatkan produktiviti Ketua Jabatan perlu menyusun hiraki tugas pengurusan di peringkat sekolah bersesuaian dengan gred naik pangkat mereka. Tentunya janggal seorang DGA29 atau DGA32 TBBK diberi tugas Ketua Panitia sedangkan guru bagi subjek sama ada DGA34 TBBK.  Begitu juga berbagai tugas lain lagi bahawa mereka yang berada gred naik pangkat lebih tinggi diberi tanggungjawab memegang tugas yang lebih besar. Apalagi naik pangkat secara TBBK yakni berasaskan kecemerlangan maka tiada alasan untuk menolak sebarang tugas yang diamanahkan.

Kita berharap dengan adanya garis panduan tugas tambahan maka setiap orang yang dinaikkan pangkat telah bersedia memikul amanah sesuai dengan nilai gred dan gaji mereka. Kita yakin dengan yang demikian perasaan tidak puas hati di kalangan mereka tidak naik pangkat dapat diredakan dan organisasi akan bertambah baik dan mantap.


13 comments:

  1. Bagaimana pula guru DG44 pengalaman 24 tahun mengajar gaji RM4100 dgn guru DG41 pengalaman mengajar 15 tahun tapi gaji RM4800.

    ReplyDelete
  2. Hehehe dah dia naik gred dga32 atau dga34 dulu ataupun starting gaji tinggi... itu rezeki masa tulah. Serupa juga tahun depan dalam sst siapa mula kerja dgn phd atau master dibayar dgn gred tertinggi...org dah kerja ada master dan phd sekarang tak bolehlah tapi ia dpt ilmu dan bonus mark untuk naik pangkat...apa nak buat sistem berubah. Satu lg saya nak tanya dg44 ke dg41 yg akan dpt np ke dg48 dulu ke dg34 terus ke dg48...malas nak komen jenis manusia tak tahu bersyukur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak buat sistem berubah. Ini lah statement org takde hujah. Mmg sstm berubah. Jgn salahkan sistem. yg buat sistem tu manusia. Sistem sepatutnya lebih adil. Tdk menganiaya org.

      Delete
  3. dinaikkan pangkat tp kerja2 di"subcontrac"kan kpd org bawahan...... yg di bawah makin bertambah kerja....... susah juga bila dinaikkan pangkat tp enggan belajar bende2 baru....... pangkat oh pangkat.....

    ReplyDelete
  4. Ada kalausa berbunyi "lain-lain tugas ialah melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan". So tidak timbul "subkontrak". Yang rasa disubkontrak ialah jenis liat dan tidak tahu kedudukan diri. Dalam perkhidmatan tiada subkontrak. Yang ada mengarah dan menerima arahan. Ada faham !

    ReplyDelete
  5. Dulu nak jadi cikgu darjah 6 sahaja, sekarang nak jadi cikgu Ijazah. Dulu gaji mati cg SPM sekitar 1,110.00 jer sekarang gaji mati nonsiswazah DGA38 dekat RM7,000. Apakah sistem itu zalim pada orang terdahulu? Hujah orang yang tiada pegangan tidak percaya bahawa rezeki itu di tangan Allah Taala. Hujah yang tiada tunjang akidah bahawa manusia mampu buat itu dan ini?"Tiada sesuatu yang bergerak walau sebesar zarah melainkan izinKU". Kalau dah rasa hebat pada Tuhan dan sistem menganiaya keluar saja dari sistem ini cari sistem lain yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaji mati RM1100 tu zaman dulu. Org2 yg terlibat takada dah dlm sistem. Pencen dah. Mungkin mati dah. Satu perbandingan yg tidak cerdik. Tentang suruh keluar dari sistem tu adalah jawapan org yg takde hujah. Sama mcm samy velu masa jd menteri kerjaraya. Sape yg komplen jln raya tak bagus jgn lalu atas jln. Lalu dlm hutan. Lu sama mcm samy velu.

      Delete
  6. Aku rasa yang DG44 tak puashati pasti kes sambung blajar dari gred 29/32 lepas tu dapat DG41 lalu PM Pak Lah umum kenaikan gaji dulu yang mana nonsiswazah naik tinggi. So dia orang terlepas. Yang tak sambung naik dulu DGA32/DG34 dan dapat spt PM Pak Lah umum kemudian baru sambung atau dapat DG41 mmg la gaji mencanak. Bila kuar mmg gaji tinggi sebab dia naik pangkat dan dpt kenaikan gaji berbanding ngan yang pertama. Kalau betulla kaedah itu salah dan tak adil kesatuan dah perjuang dan kerajaan pasti terima. Nampaknya jalan macam biasa jer bahkan kesatuan senyap jer kerana tiada aviden dan hujah. Apapapun bersyukurlah kerana kita belajo dulu maka kita lebih senior atas DG41 dan cepat naik DG44 dan DG48. Percaya pada rezeki Allah kerana Allah lebih tahu mana yang baik untuk kita. Cukup tidak cukup gaji bukan jumlah gaji tapi berkatnya rezeki/gaji itu. Buat apa gaji besar kalau sebahagian besar habis untuk beli ubat sakit kronik ahli keluarga..

    ReplyDelete
  7. Sibengong dok bolak-balik ditempat yang sama perhal. Jenis kura katup. Orang cakap tak nak dengar. Sesiapa yang lepas SPM dan dilantik jadi cikgu tahun 84 atau 85 gaji mati mereka dalam tawaran lebih kurang RM1100.00 dan ada STP RM1300.00. Manusia itu masih ada dlm sistem termasuk saya. Umur mereka belum capai 55 tahun lagi. Tetapi kalau mereka DGA38 skrg gaji mati mereka terkini RM7,000 ++.Semua itu kerana sistem berubah. Tapi sibengong ni tak faham-faham. Tak puashati dengan dasar dan perubahan walaupun orang beritahu. Akupun heran macam sibengong macam ni boleh jadi cikgu. Khakkk puiihhhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun heran mcmana engkau boleh jd cikgu. Org cite hal lain lu merapu hal lain. Mana ada org dlm dunia ni yg komplen pasal gaji mati dulu yg kecik dgn gaji sekarang yg besar. Yg org komplen terdapat ketidakadilan dlm kenaikan2 itu itu saja. Lu diam la mamat.

      Delete
    2. Aku harap mamat diatas tu bukan cikgu. Kalau dia cikgu pun cikgu kelas haprak. Sebab guna bengong.

      Delete
    3. Komen la betul2. Jaga sikit bahasa. Tak perlu guna perkataan spt bengong.

      Delete