Saturday, November 30, 2013

Sembang Sabtu : Jangan sesekali sabotaj diri sendiri

Semasa Perhimpunan Jabatan Pendidikan Terengganu Kali 11 minggu lepas saya cukup tertarik dengan satu istilah yang disebut oleh YB Exco Pendidikan Negeri , En. Ghazali Taib dalam ucapan beliau berkaitan prinsip kejayaan iaitu "jangan sesekali sabotaj diri sendiri".

Kita mungkin telah terlalu biasa dengan istilah "sabotaj". Dalam bahasa mudah sabotaj ialah pengkhianatan atau kerosakan yang sengaja dilakukan kepada orang lain atau organisasi  melalui berbagai tindakan lisan atau perbuatan dengan niat untuk menggagal atau menyusahkan. Menifestasi perbuatan itu dapat kita perhatikan berlaku dalam semua bentuk rutin hidup sama ada dalam bidang politik, ekonomi, kehidupan sosial dan sebagainya. Mereka yang melakukan sabotaj sama ada dengan niat diri sendiri ataupun diupah atau disuruh oleh orang lain.

Bagaimanapun kita jarang mendengar rangkaikata "mensabotaj diri sendiri" walaupun bagi sesetengah motivator perkara ini sangat biasa dengan mereka. Secara mudah untuk kita memahaminya sebotaj diri ini dapatlah kita katakan semua pemikiran negatif yang ada dalam jiwa dan minda kita. Suara-suara hati yang negatif sering berguman di dalam jiwa dan pemikiran menjadi laskar yang seringkali meranapkan bukan sahaja impian dan harapan malah menjadi pembunuh kepada potensi diri yang ada.

Intermonolog seperti di bawah seringkali didengari oleh mereka yang lemah dan sediakan diri untuk disabotaj oleh diri mereka sendiri:

" buat apa kerja rajin gaji camtu juga"
" malu aku kalau gagal nanti"
" aku mana ada kebolehan"
"ah payah nak buat benda ni, malas aku"
" kan orang kata aku mengada-ngada pulak"
 "minta maaf tuan, saya tidak pandai"
"kalau salahkan nanti kena marah"
"minta buat apa tak dapatpun"
"ngajar bagus-baguspun bukan orang pandangpun........."

Malah lebih kronik lagi hingga mencapai asertif diri yang sangat rendah. Bakat, kebolehan dan potensi yang Allah anugerahkan disia-siakan. Mereka tidak mempunyai keyakinan kepada diri sendiri. Hidup dalam keraguan dan ketidakpastian dan sentiasa menjauhkan diri apalagi melakukan perubahan dan tranformasi.

Ini tanda-tanda orang gagal. Mereka awal-awal tewas disabotaj oleh diri mereka sendiri. Walhal kalau mereka yakin dan berusaha mereka mampu membuat lonjakan luar biasa. Potensi yang ada tidak dipugar secara maksima. Bahkan mereka tiada inisiatif untuk bebas dari ikatan dan rangkulan sabotaj itu. Manakala mereka yang bebas dari disabotaj oleh diri sendiri sentiasa yakin dan bergerak kehadapan.

Sebagai perbandingan dan seingat saya dahulu Penilaian Darjah Lima daerah Hulu Terengganu pernah mencatat sejarah hebat semasa Dato' Cg Rahim bin Tahir menjadi PPD Hulu Terengganu. Selepas itu pencapaian UPSR Hulu Terengganu agak malap. Namun setelah Tn Haji Safruddin Ali Hussain memegang PPD Hulu Terengganu kita lihat prestasi UPSR Hulu Terengganu sangat hebat biarpun dari sekolah SKM ataupun sekolah kecil. Kedua-dua pemimpin pendidikan Hulu Terengganu ini telah berjaya "membunuh" rasa rendah diri, rasa tidak mampu Guru Besar, guru-guru dan murid Hulu Terengganu untuk menjadi manusia hebat. Perkongsian semangat dan kecaknaan tinggi telah  berjaya melenyapkan pensabotaj diri ini. Hari ini bukan sahaja warga pendidik malah masyarakat Hulu Terengganu merasa bangga menjadi orang Hulu Terengganu.

Kita mengambil contoh daerah Hulu Terengganu bukan bermakna daerah lain tidak bagus tetapi kita selalu dimomokkan bila ada sesuatu yang tidak kena atau terkebelakang ditempelak dengan "dari hulu mana ?"  Serupalah pada tahun 70an kita sebagai rakyat Terengganu agak malu dan segan untuk mengakui kita orang Terengganu kerana kemunduran dan kemiskinan. Namun berkat dan dayausaha kita membunuh pensabotaj yang bermaharajalela dalam diri hari ini kita merasa bangga mengakui kita adalah rakyat Terengganu justru kita juga hebat dan tersohor dalam pelbagai bidang sperti pendidikan.

Begitulah juga kalau kita ingin melihat sekolah yang kita pimpin maju dan berjaya kita mestilah berupaya membunuh pensabotaj yang ada dalam diri kita. Kita mesti yakin dengan kemampuan dan kewibawaan kita. Kita mesti mempunyai visi dan misi yang jelas. Ada keberanian untuk membuat tindakan. Kita mesti mengamalkan sikap positif yang mampu menyakinkan diri dan ahli organisasi yang kita pimpin. Kita mesti mempunyai kemahiran dan kecekapan mengurus yang tinggi. Kita mesti cekap dan tepat membuat tindakan dan keputusan. Kita mesti "knowlageable" dalam bidang tugas kita dan yang bersangkutan dengan ruang lingkup dunia kerjaya kita. Keupayaan melatih diri dengan sifat dan sikap positif ini adalah satu strategi bagaimana kita membunuh pensabotaj yang datang dari diri kita sendiri.

Sebenarnya orang yang gemar mensabotaj atau sentiasa memperlekehkan orang lain juga adalah orang yang sangat sinonim dengan "penyakit" atau gerombolan laskar sabotaj yang berumah dan berhuma di dalam diri mereka. Orang yang bebas dan positif pada diri sendiri pastinya akan positif terhadap persekitarannya justru kerana mereka hidup dengan menserasikan alam diri dengan alam nyata secara yang amat hormonis. Mereka yang berjaya pasti merasa kenikmatan dari makna kehidupan yang sebenar.

Jadilah manusia yang merdeka, bahagia dan berjaya menikmati hidup dengan penuh makna. Bebaskan diri dari mensabotaj diri sendiri.


Friday, November 29, 2013

Renungan Jumaat : Mata kasarnya buta tapi Mata hatinya celik



Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. 

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

“Matamu jadi taruhan 
Gantian lara nilaian iman 
Ayuh bersama kita susuri 
Perjalanan derita ini 
Terlindung sudah indahnya maya 
Mata hatimu tetap menyala”

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.
Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.” Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Dengan taufiq dan  hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.



Wednesday, November 27, 2013

Kisah benar Cikgu Idayu dan kerenah birokrasi yang menebal?



Oleh Zaini Hassan

FARITA Idayu Bt. Jusoh bukanlah pegawai besar. Dia hanyalah seorang guru. Guru yang baru lapan tahun berkhidmat mendidik anak watan kita.

Menjadi guru adalah cita-citanya dari kecil. Dia bukan seperti sesetengah guru, yang menjadikan kerjaya itu sekadar makan gaji.

Cikgu Idayu atau Cikgu Ayu mahu menjadi pendidik sejati. Mendidik anak-anak kita, terutamanya dari kampung pedalaman. 

Selepas keluar dari kolej perguruan hatinya meronta-ronta mahu terus mengajar. Ke mana sahaja dihantar bukan halangan. Lagi pun itu telah menjadi 
perjanjiannya bahawa ke mana sahaja, waima ke pulau terpencil di Mabul, Sabah sekali pun dia sanggup tempuhi. 

Oleh itu, Idayu sanggup meninggalkan kampung halaman di Terengganu dan dihantar mengajar di Sarawak. Pengkhususan beliau ialah subjek Fizik, Matematik dan Sains. 

Guru muda itu gembira mengajar di situ. Semangatnya sentiasa berkobar-kobar mendidik anak bangsa.

Namun sebagai seorang insan, Cikgu Idayu pun mempunyai keinginan untuk berumah tangga. Jodohnya ditemukan dengan jejaka yang kebetulan berasal dari negerinya di Terengganu.

Setelah berkahwin Cikgu Idayu dipindahkan dari Sarawak ke Semenanjung, iaitu Johor.

Dia ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Esa, Batu Pahat, Johor.

Suaminya pula bertugas sebagai Warder Penjara di Dungun. Sehingga kini mereka telah berkahwin selama lapan tahun.

Bagi pasangan itu, seorang tinggal di Dungun dan seorang tinggal di Batu Pahat bukan halangan untuk berkhidmat sebaik-baik mungkin kepada negara tercinta ini.

Sepanjang lapan tahun mereka tidak pernah tinggal sebumbung. Sama ada suami akan ke Batu Pahat atau sebaliknya si isteri akan ke Dungun. Walaupun kejauhan, tanggungjawab zahir dan batin diteruskan sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

Namun, setelah beberapa tahun berulang-alik mereka merasakan ia bukanlah satu penyelesaian yang baik. Sebagai penjawat awam, Cikgu Idayu mempunyai hak memohon pertukaran untuk mengikuti suami.

Sudah tujuh tahun, sejak 2008 tanpa serik dia membuat permohonan melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan di peringkat kementerian, namun semuanya gagal.
Setiap tahun, kementerian membuka permohonan sebanyak dua kali. Dan, sepanjang tempoh itu dia telah membuat permohonan berbelas-belas kali.

Cikgu Idayu reda dengan ketentuan Ilahi. Mungkin tiada rezeki lagi, fikirnya.
Di sepanjang proses permohonan itu, dia ada juga mendapatkan surat sokongan pelbagai pihak, juga gagal.

Pertengahan tahun ini apabila rayuan pertukaran dibuka, dia antara cikgu yang paling awal berkobar-kobar dan ghairah mengisi borang. Kakitangan jabatan pun sudah kenal dengan beliau.

Sambil jari jemarinya mengisi borang itu, mulut Cikgu Idayu tidak putus-putus memohon doa agar mudah-mudahan permohonannya diperkenankan dan dapat disatukan dengan suami tercinta.

Beberapa hari lalu keputusan diumumkan. Buat kesekian kalinya, selama tujuh tahun, permohonannya ditolak sekali lagi.

Permohonannya untuk bersatu di bawah satu bumbung dengan suaminya buat pertama kalinya, juga gagal.

Cikgu Idayu terus pasrah. Fikirannya cukup tertekan. Cita-cita masa kecilnya untuk menjadi guru kini sudah menjadi satu mimpi ngeri. Cikgu Idayu kini difahamkan, sedang menerima rawatan akibat tekanan.

Lebih tertekan, setelah tujuh tahun berkahwin, dia masih belum mendapat cahaya mata. “Kerana itu saya mahu duduk berdekatan dengan suami saya..."

Sebagai penulis, saya tidak pasti di mana silapnya dalam kes Cikgu Idayu ini.
Terus terang saya katakan, saya tidak mengenali cikgu itu. Saya hanya menerima suratnya - mengadu kepada saya, setelah segala usahanya selama ini gagal. 
Mengadu kepada saya adalah jalan terakhir beliau. 

Tulis beliau kepada saya: “ Keluarga kami sejak zaman nenek moyang 100 peratus menyokong, berjuang untuk UMNO. Saya minta tolong dengan menteri-menteri UMNO, takda satu tandatangan mereka yang laku... jalan akhir, nampaknya saya perlu berhenti kerja walaupun itu cita-cita saya sejak kecil mahu menjadi cikgu untuk bantu anak bangsa."
Kisah Cikgu Idayu, saya anggap adalah satu daripada banyak lagi kes yang serupa. 

Bagi saya dalam puluhan ribuan guru di seluruh negara, dan mobilisasi guru-guru baru setiap tahun, apakah sebenarnya masalah Cikgu Idayu ini? Terus terang saya katakan saya tidak faham dengan sistem proses pertukaran itu.

“Mereka memberi alasan pengkhususan saya sudah penuh di Terengganu," katanya. 

Jika satu, dua tahun mungkin kita boleh terima dia gagal, tetapi apabila ia sudah masuk tahun ketujuh, maka di mana pula silapnya? Di mana pertimbangan kemanusiaan pula?

Apakah semua pihak mahu melihat Cikgu Idayu, seorang guru Fizik dan Matematik ini melepaskan jawatannya?

Wahai Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri-Negeri, Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian dan menteri-menteri serta timbalan-timbalannya, tolonglah teliti kes ini.

Saya berharap janganlah dihukum Cikgu Idayu gara-gara tulisan ini. Ambillah iktibar positif daripada tulisan ini untuk memperbaiki mana-mana sistem yang lemah.

Saya difahamkan Kementerian Pendidikan memang sedar mengenai sindrom suami-isteri berpisah ini. Harap-harap kes Cikgu Idayu ini boleh diselesaikan.
Jika ini pun susah hendak diselesaikan, apakah kita sudah bersedia untuk menjadi sebuah negara maju?

Saturday, November 23, 2013

Sembang Sabtu : Bila berubah pangkat maka kerja juga berubah..

Seorang pegawai JPA dalam satu taklimat berkata , " Bila seseorang itu dinaikkan pangkat walaupun secara TBBK maka Ketua Jabatan perlu menyediakan tugas tambahan agar kedudukan dan gaji naik pangkat itu sepadan dengan kerjanya". Kita kira ramai yang bersetuju dengan pandangan ini.

Bagi mereka yang dinaikkan pangkat Pengetua, Guru Besar dan GPK dan juga Ketua Bidang bidang tugas mereka telah dinyata dan digariskan dengan jelas. Mereka telah ada panduan kerja apa yang perlu dilaksanakan dengan kedudukan mereka selain dari tugas utama mengajar. Bagaimana dengan mereka yang dinaikkan pangkat secara TBBK ? Selain dari mengajar mana senarai tugas tambahan mereka?

Tentunya adalah tidak logik misal seorang guru DGA29 mengajar Tahun 5 dan seorang guru TBBK DGA34 juga mengajar tahun yang sama serta tugas rutin yang sama. Seorang bukan naik pangkat dan seorang lagi naik pangkat. Naik pangkat pula sama gred dengan Guru Besar. Bezanya hanya Elaun Tanggung Jawab. Elaun-elaun lain sama sahaja. Beban kerjapun Guru Besar jauh lebih berat dari TBBK yang sama grednya.

Dalam taklimat berkaitan ramai perwakilan menyatakan bahawa ramai kalangan guru tidak berminat mengisi jawatan hakiki di peringkat rendah dan menengah kerana menunggu TBBK walaupun pemangkuan ke hakiki lebih awal. Mereka beranggapan naik pangkat TBBK bukan sahaja tidak perlu bertukar tetapi tidak perlu apa-apa tugas tambahan lain cukup kekal dengan apa yang ada dan gaji bertambah.

Bagi mempertingkatkan produktiviti Ketua Jabatan perlu menyusun hiraki tugas pengurusan di peringkat sekolah bersesuaian dengan gred naik pangkat mereka. Tentunya janggal seorang DGA29 atau DGA32 TBBK diberi tugas Ketua Panitia sedangkan guru bagi subjek sama ada DGA34 TBBK.  Begitu juga berbagai tugas lain lagi bahawa mereka yang berada gred naik pangkat lebih tinggi diberi tanggungjawab memegang tugas yang lebih besar. Apalagi naik pangkat secara TBBK yakni berasaskan kecemerlangan maka tiada alasan untuk menolak sebarang tugas yang diamanahkan.

Kita berharap dengan adanya garis panduan tugas tambahan maka setiap orang yang dinaikkan pangkat telah bersedia memikul amanah sesuai dengan nilai gred dan gaji mereka. Kita yakin dengan yang demikian perasaan tidak puas hati di kalangan mereka tidak naik pangkat dapat diredakan dan organisasi akan bertambah baik dan mantap.


Friday, November 22, 2013

Renungan Jumaat : Kita ditipu Yahudi tentang daging kambing



Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat islam terutamanya.

Wallahu'Alam.