Sunday, July 14, 2013

Tawaran Pelantikan DG41, PJJ Siri 12

Tahniah dan alhamdulillah Jabatan Pelajaran Negeri menerima 94 orang lagi guru-guru PJJ yang ditawarkan ke DG41 bagi  Siri 12.
Jika tuan/puan memerlukan pertanyaan, penjelasan dan rayuan dan sebagainya tuan/puan hendaklah berhubung terus dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran kerana kuasa melantik DG41 terletak di bawah bidang kuasa mereka .Seelok-eloknya urusan dibuat secara individu.
Dalam siri-siri terdahulu kita mengambil inisiatif memaklumkan senarai penerima supaya mereka yang selama ini ternanti-nanti surat pelantikan mengetahui kedudukan sebenar surat pelantikan mereka . Namun ada segelintir yang berlagak angkuh  dengan menggunakan kata-kata yang kurang beradab kepada pembantu-pembantu tadbir yang bertungkus lumus menyiapkan surat-surat mereka. Kita memberi opsyen kepada mana-mana yang ingin datang ambil sendiri di jabatan dan jika selepas tiga hari kita akan pos surat-surat ke sekolah masing-masing. Namun opsyen sebegitu mudah sengaja dikontroversi oleh segelintir yang merasa sangat hebat ini. 
Bagi Siri 12 berkebetulan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD  ada mesyuarat di jabatan oleh itu kami kirimkan kepada mereka surat pelantikan tuan/puan . Tuan/puan boleh mendapatkan surat tawaran pelantikan masing -masing melalui Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah masing-masing mula esok bersamaan 15 Julai 2013 KECUALI bagi daerah Kuala Terengganu boleh mendapatkannya di Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
Tahniah, semoga tuan/puan menjadi guru yang sentiasa memberi inspirasi kepada murid dan majujaya dalam kerjaya. Senarai yang bertanda kuning surat telah dihantar ke sekolah masing-masing.
Senarai penuh . KLIK

2 comments:

  1. Salam, bagi guru yang sudah menghadiri konvokesyen pada Disember tahun 2012 dan Jun 2013, apakah tindakan-tindakan yang seharusnya diambil oleh guru yang telah bergraduat tersebut selepas konvokesyen. Didapati kekeliruan dikalangan kami seperti permohonan untuk lantikan ke DG41 tidak lagi menerusi SPP.Diharap admin dapat memberikan penjelasan, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Permohonan lantikan DG41 masih diurus SPP cuma caranya berbeza. Sila ikuti langkah berikut:

    1. Masuk eb JobMalaysia di alamat http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces

    2. Daftar masuk untuk mendapatkan ID dan Kata Laluan (Password)

    3. Bila dapat masuk dalam JobMalaysia cetak panduan permohonan

    4. Jangan lupa isi maklumat diri pemohon

    5. Penting pilih Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

    6. Setelah isi semua maklumat yang dikehendaki di bahagian akhir klik "hantar" - selesai.

    7. Untuk semakan - masuk web SPP. Taip nombor KP. Jika pendaftaran anda berjaya "Tahniah" akan keluar.

    Jika tidak berjaya bermakna ada butiran yang tidak lengkap dan betul. Sila ulangi dalam JobMalaysia mengikut langkah seperti di atas.

    Terima kasih. Diharap dapat membantu.

    ReplyDelete