Wednesday, July 24, 2013

Penetapan tarikh tawaran lantikan DG41 kepada graduan PJJ

Awal tahun ini kita dikejutkan dengan tarikh pelantikan PJJ yang berkuatkuasa 2.1.2013 walaupun ada yang memohon dan graduate tahun 2010 dan 2011. Ramai kalangan sahabat PJJ yang bertanya saya ataupun meluahkan rasa tidak puas hati kerana seakan SPP melanggar Pekeliling mereka sendiri mengenai penetapan tarikh pelantikan PJJ. Rujuk Pekeliling SPP: Bil 1 Tahun 2010 di sini.

Beberapa siri tawaran lantikan PJJ yang kami naikkan pada blog ini tahun ini semuanya dilantik pada tahun 2013. Saya teringat bila Penolong Pengarah Guru, En. Mat Lin menyatakan dalam B41 Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan (ABM Perjawatan ) Negeri Terengganu bagi tahun 2013 mengatakan bila DG41 agak  ramai. Kami seakan mendapat jawapan mengapa ramai sahabat PJJ dilantik 2.1.2013 iaitu mengisi perjawatan yang diluluskan. Ini bermakna kelulusan perjawatan DG41  yang diluluskan pada 2012 berjumlah 7,975 adalah mengisi ABM Perjawatan DG41 yang tidak dapat diisi sebelum ini. Ini bermakna apabila kuota perjawatan telah penuh proses pelantikan akan di bawa bagi mengisi ABM tahun akan datang.

Harus diingat ABM Perjawatan bagi DG41 sekolah rendah bukan sahaja untuk PJJ tetapi juga program siswazah lain pendidikan seperti PISMP, j-Qaf dan lain-lain. Oleh itu jika kita masih belum dilantik lagi setelah selesai urusan mungkin kuota kelulusan DG41 dalam B41 telah penuh  bagi ABM Perjawatan pada tahun semasa dan akan dilantik pada tahun berikutnya. Kelulusan perjawatan berkait rapat dengan kelulusan kewangan . Kerajaan tidak melantik kakitangan awam jika tidak ada peruntukan diluluskan untuk membayar gaji dan melebihi dari keperluan.

Sebenarnya kalau dibaca perkara 5 dalam Pekeliling SPP Bil 1, Tahun 2010 telah jelas ditulis " tertakluk kepada adanya kekosongan jawatan PPPS  Gred DG41". Kami berharap penerangan ringkas memberi sedikit kefahaman kepada yang terlibat. Dan untuk mendapat penjelasan SPP mengenai perkara ini sila KLIK



14 comments:

  1. kalau begitu, tak payah lah suruh guru2 untuk ambil degree sbb kuota dah penuh. Bukankah matlamat asal kerajaan adalah untuk mensiswazahkan semua guru-guru sekolah rendah? Tapi kenapa setelah guru-guru tersebut berhabis duit dan masa serta penat lelah mereka untuk belajar, janji tidak ditepati?

    ReplyDelete
  2. Bersyukurlah saudara...ada rakan2 kita yg lebih tidak bernasib drp saudara...bergraduat 2001 dilantik 2004...semuanya rezeki Allah jua..

    ReplyDelete
  3. Guru2 yang mohon masuk ke DG41 bukannya guru baru....tapi guru sedia ada. Apa pulak yang dikatakan "tertakluk kepada kekosongan".
    Kalau tak nak bagio, apa2pun boleh adakan alasannya !!

    ReplyDelete
  4. Teraniyakah kamu?

    ReplyDelete
  5. syukur ramai guru dah naik ke DG41.kuantiti dah meningkat, bagaimana pula dgn kualitinya?

    ReplyDelete
  6. https://www.facebook.com/pages/Guru-Pps-Dg41-Lantikan-2013-Yang-Dinafikan-Hak/591280470918035#October 7, 2013 at 1:33 AM

    perkara 5 dalam Pekeliling SPP Bil 1, Tahun 2010 MENCERITAKAN PERLANTIKAN DIBERI PADA TAHUN SEMASA SAHAJA SELEPAS TARIKH KONVO TAK ADA CERITA PUN PASAL TARIKH AKAN DIBERI IKUT SUKAHATI SPP ... SELAMA KINI KITA DAH DIAJAR UNTUK MENURUT SEGALA SURAT PUNCA KUASA DARI KPM ..MASALAHNYA KALAU TARIKH KONVO 2010 KENAPA TAHUN TARIKH PERLANTIKAN 2013 BUKANNYA 2010 KE 2011 KE... INI HAK PARA GURU ..BUKAN SENANG NAK BUAT PJJ ..
    https://www.facebook.com/pages/Guru-Pps-Dg41-Lantikan-2013-Yang-Dinafikan-Hak/591280470918035#

    ReplyDelete
  7. MEMANG RASA TERTIPU.....TETAPI APA BOLEH BUAT......SAYA YANG MENURUT PERINTAH..........BERKHIDMAT UNTUK NEGARA...........tetapi kita berhak untuk bersuara sebab saya konvo 2010 tapi dapat lantikan 2013......rugi dari seniority..........tak kisah lah tunggakan tu.............

    ReplyDelete
  8. saya pn konvo nov 2009,tp xmohon sbb tggu dg32(Dis 2010),mohon dg41 jan 2011 tp tarikh lantikan jan 2013..rugi dari segi seniority.. jd sama dengan kwn yang grad thn 2012,xde beza...

    ReplyDelete
  9. INI LAH UJIAN ALLAH.NAK TENGOK SIAPA YG BENAR2 BERSYUKUR DGN APA YG DI KURNIAKAN. YANG PASTINYA....TENTU ADA HIKMAHNYA DISEBALIK APA YG KITA LALUI INI.... KEPADA SEMUA YG TERLIBAT DGN PERLANTIKAN 2 .1.13 ..... BERSYUKUR DAN BERSABAR ...REDHO LAH SAHAJA.. BARU LA BOLE LELAP TIDO...... FIKIR2KAN

    ReplyDelete
  10. "Kearah negara berpendapatan tinggi" dan "guru sekolah menengah 100% lepasan ijazah". Semua kena kencing dgn Menteri….

    ReplyDelete
  11. Rasa macam nak tercabut nyawa bila dpt perlantikan 2.1.2013....konvo 2010. Gamaknya ....gamak sungguh...buat mcm tu.bukan senang nak habiskan 4thn ijazah sampai peringkat rumah tangga nak huru hara..dek teringatkan janji kenaikan gaji, tak apa lah berkorban apa saja..tapi apa sudah jadi sekarang 2 thn hilang senioriti berbanding dengan kawan sebelah tempat duduk..

    ReplyDelete
  12. Kawan seangkatan sekarang sedang enjoy ngan tunggakan lebih kurang 20 k....thn dpn naik pula ke dg 44...kita yg baru dilantik 2.1.2013 ...bayang kan lah perasaan kami.......

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah...doa guru2 yang teraniaya dah hampir termakbul.. Thank you Allah..

    ReplyDelete