Thursday, July 11, 2013

Mesyuarat/Taklimat Sekolah Kecemerlangan Negeri Terengganu Tahun 2013

MARANG -Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Urusetia Sekolah Kecemerlangan di bawah Sektor Pengurusan Sekolah telah mengadakan program berkenaan hari ini di BTPN Terengganu. Program berkenaan telah menemukan semua pimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi Terengganu, semua pemimpin Sekolah Kluster Kecemerlangan Terengganu dan juga pemimpin sekolah yang berpotensi untuk dilonjakkan ke arah Sekolah Kecemerlangan hingga 2017.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Md Yasin Salleh telah menyampaikan ucaputama. Turut dijemput hadir ialah Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah dan juga PPD Pengurusan Sekolah Menengah dan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dalam ucapannya menyentuh pelbagai perkara seperti sejarah dan konsep sekolah kecemerlangan (SKK dan SBT) serta Tranformasi Pendidikan Negara khususnya melalui PPPM serta aspirasi terkandung di dalamnya. Beliau kerapkali menegaskan tentang pentingnya peranan pengurus pendidikan di sekolah sama ada Pengetua atau Guru Besar. Di mana kerap kali diperkatakan bahawa maju mundur sesebuah sekolah sangat berkait rapat dengan kepimpinan Pengetua dan Guru Besar.
Justru itulah tegas beliau mulai tahun depan proses pemilihan Pengetua dan Guru Besar meletakkan NPQEL sebagai syarat khusus di samping berbagai program kepimpinan diberi kepada calon agar mereka mampu menjadi pengurus yang hebat.

Beliau juga berkata perlunya sekolah cemerlang membangun kualiti guru dan juga kualiti murid.  Hasil pendidikan dan kemenjadian murid perlu diutamakan kerana murid kita masih berada tahap sederhana pencapaian hasil penilaian oleh badan penilai antarabangsa. Justru kemahiran berfikir aras tinggi serta berbagai 'softskill" perlu diajar kepada mereka.

Program hari juga turut mengistiharkan sekolah takungan (calon)  untuk Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi tahun 2013 hingga 2017 bagi negeri Terengganu serta menyampaikan maklumat bahawa dasar baru untuk meraih anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi mesti terlebih dahulu mencapai anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan. Mereka juga didedahkan dengan program GROW sebagai satu pendekatan menentukan halatuju mereka yang menjadikan GPS dan SKPM sebagai asas penentuan kedudukan Band Sekolah.

Urusetia  Sekolah Kecemerlangan akan mengadakan bengkel GROW serta pelbagai persediaan ilmu dan kemahiran ke arah sekolah kecemerlangan kepada sekolah harapan atau takungan ini. Selain itu program hand holding untuk membantu SKK sedia ada ke arah SBT akan dilaksanakan. Kita berharap melalui pendekatan strategik dengan melibatkan PPD dan pelbagai Sektor di jabatan selain pengetahuan dan kemahuan sekolah sendiri untuk berubah ke arah sekolah kecemerlangan, kualiti dan kuantiti sekolah kecemerlangan di Terengganu dapat ditingkat dan dilonjakkan lagi.

Bahan Taklimat/ Mesyuarat boleh muat turun DI SINI


No comments:

Post a Comment