Tuesday, July 16, 2013

PENTING : KEMASKINI MAKLUMBALAS PENEMPATAN GURU PERTUKARAN KUATKUASA PADA 01 JULAI 2013



Semua Guru Besar  diminta mengambil tindakan mengesahkan Maklumbalas Penempatan beserta Tarikh Lapor diri secara atas talian dalam Sistem Maklumat Guru Modul e-OPERASI  bagi guru-guru yang lulus permohonan bertukar Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah kuatkuasa 01 Julai 2013.

Tindakan ini perlu dilaksanakan sebaik sahaja guru-guru yang lulus bertukar dan ditempatkan di sekolah tuan telah melapor diri secara rasmi melalui http://apps.moe.gov.my/eoperasi .Hanya Guru Besar atau PK Pentadbiran sahaja yang boleh mengambil tindakan ini dengan menggunakan  ID dan Kata Laluan yang telah sedia ada.

Mohon perhatian Guru Besar bahawa guru-guru yang lulus pertukaran masuk Terengganu dari negeri lain untuk sesi 01 Julai 2013 ini menghadapi kesulitan lewat menerima surat pemakluman daripada JPN asal dan surat penempatan daripada JPN Terengganu. Hal ini terjadi kerana semua negeri terlewat menerima ‘Transfer Order’  daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu mohon pertimbangan semua Guru Besar di negeri Terengganu yang menerima penempatan pertukaran guru antara negeri mengambil maklum dan memahami kesulitan yang dialami oleh guru-guru ini khususnya mereka yang bertukar dari Sabah dan Sarawak.



No comments:

Post a Comment