Thursday, July 18, 2013

Mesyuarat Penyelarasan data e-operasi dan perjawatan


KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Unit Sekolah Rendah telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama-sama Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD, Penyelia Pengurusan Murid dan wakil-wakil sektor yang terlibat pengurusan guru dan anggota pelaksana dalam sistem e-operasi. Mesyuarat berkenaan telah diadakan di makmal komputer Jabatan Pelajaran Negeri agar "hand-on" data e-operasi dapat dicapai sepenuhnya. Turut hadir Ketua Unit Sekolah Rendah, En. Zakaria Muda.

Di samping memberi kefahaman dan latihan langsung kepada pegawai jpn dan ppd mengenai kandungan yang ada dalam e-operasi, En. Mat Lin Mohd Nor, Penolong Pengarah Data dan ABM dan  Unit Sekolah Rendah dan En. Kamal bin Abdullah, Penolong Pengarah Guru juga berharap  pegawai PPD dapat menyelesai berbagai isu berbangkit e-operasi di daerah masing-masing.

Kita difahamkan masih ramai lagi guru-guru dan juga pentadbir yang keliru untuk mengisi medan-mendan tertentu dalam e-operasi atau memadam data-data yang tidak diperlukan. Sebagai contoh ramai guru dan pentadbir meletakkan mereka yang naik pangkat secara TBBK DGA32 atau DGA34 sebagai status "hakiki" walhal yang sebenar berstatus KUP (Khas Untuk Penyandang). Keadaan inilah antara sebab mengapa guru kita tidak boleh mengisi pertukaran mereka secara online.

Justru berbagai kekeliruan masih kedapatan dan usaha-usaha memberi kefahaman berterusan khusus kepada pengurusan sekolah satu siri taklimat e-operasi kepada GPK Pentadbiran SR akan diadakan sebagaimana cadangan berikut :-

22 Julai 2013 - Daerah Besut
22 & 23 Julai 2013 - Daerah Dungun
22 Julai 2013 - Daerah Marang
24 Julai 2013 - Daerah Kuala Terengganu & Daerah Setiu
25 Julai 2013 - Daerah Kemaman



No comments:

Post a Comment