Saturday, November 12, 2011

Perasmian PPD Kemaman yang baru...tahniah

KEMAMAN - Semalam 11.11.2011 Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman yang baru telah selamat sempurna dirasmikan oleh YAB Dato' Seri  Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu dan bermula dari saat itu operasi PPD Kemaman telah berpindah ke premis baru ini di Jalan Cukai - Air Puteh  bersebelahan Kompleks Perumahan Guru, SK Pusat,  Kemaman. Tahniah kita ucapkan kepada semua warga PPD Kemaman.

Majlis perasmian gilang gemilang turut dihadir oleh ahli-ahli Yang Berhormat, ketua jabatan, mantan PPD Kemaman serta pimpinan pendidikan di daerah Kemaman. Sementara YM Tengku Mohd Yusof Tengku Mansor, Ketua Sektor Jaminan Kualiti mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

Kita berharap dan berdoa semoga dengan siap dan beroperasinya PPD Kemaman yang baru maka segala urusan berkaitan pengurusan pendidikan di daerah Kemaman dapat dilaksanakan dengan lebih cekap lagi dan penuh keselesaan. Insyaalah . Tahniah Timbalan PPD Kemaman dan semua anggota PPD Kemaman kerana mampu merealisasikan perasmiaan PPD Kemaman pada tarikh keramat itu.

4 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan Guru dan admin blog yang budiman,

    Saya adalah salah seorang bekas pelajar SK Pusat tahun 1966 (UPSR). Apabila saya terpandang link projek Ustaz Tn.Hj. Mohd Ashraf ini, saya terus teringat SKP... Saya gagal untuk mendapatkan senarai penuh Nama Guru Besar setiap sekolah dan alamat penuhnya.

    Alhamdulillah syukur, Allah telah permudahkan dengan diketemukan saya dengan blog ini. Segala kos untuk mendapatkan DVD ini adalah percuma. Sila hubungi tuan punya projek ini di link FB yang tertera.

    Hanya setakat ini dahulu, yang termampu saya bantu sekolah lama saya. Tuan tolong sebarkan berita ini kepada semua sekolah di seluroh negeri Terengganu. Ini adalah peluang baik untuk mendapat 'ilmu Allah. FB saya adalah Aminah Norzifah Ismail.

    Wassalam. Ikhlas dari
    Aminah.
    Bekas murid Cik Gu Mohd.Yong bin Hitam


    https://www.facebook.com/JelajahQuran
    dan
    https://www.facebook.com/pages/Inspirasi-Qurani-dihati/431433113601186

    ReplyDelete
  2. Waktu bekerja ppd pukul berapa ya?

    ReplyDelete
  3. Waktu bekerja ppd pukul berapa ya?

    ReplyDelete
  4. Waktu bekerja ppd pukul berapa ya?

    ReplyDelete