Friday, November 11, 2011

Mesyuarat Pengurusan Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Terengganu

CAMERON HIGHLAND - Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat berkenaan di Harritage Hotel, Cameron Highland bermula dari 10 - 12 November 2011. Semua pegawai dan kakitangan bagi kesemua unit di bawah Sektor Pengurusan Sekolah hadir kecuali mereka yang ada sebab-sebab yang dibenarkan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah.

Selain dari menyempurnakan rutin pengurusan sekolah seperti perancangan strategik , mesyuarat ini juga memasukkan input profesional mengenai pengurusan cuti. En. Mohd Zuki Ariffin, Pegawai Eksekutif Kanan dari Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan, JPN Terengganu telah menyampaikan ceramah berkaitan "Pengurusan Cuti" kepada semua peserta. Input ini telah mendapat respone yang sangat baik daripada peserta. Ramai peserta semakin faham tentang cuti-cuti yang ada dalam perkhidmatan awam amnya dan perkhidmatan pendidikan khasnya.

Semalam En. Mohd Nawawi bin Rani, Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran selaku ketua urusetia mesyuarat  ini telah menyampaikan taklimat kepada semua peserta tentang jadual mesyuarat, housekeeping dan aktiviti-aktiviti sepanjang mesyuarat ini. Sementara En. Salim Ghani, KPP Sektor Pengurusan Sekolah dalam ucapan ringkas aluan meminta semua anggota Sektor Pengurusan Sekolah agar dapat bekerjasama dan berlapang dada menjayakan mesyuarat pada kali ini dan berharap berlangsung dalam suasana mesra sebagai satu keluarga Sektor Pengurusan Sekolah.


0 ulasan:

Post a Comment