Saturday, November 12, 2011

Majlis Penutup Mesyuarat Sektor Pengurusan Sekolah

CAMERON HIGHLAND – Majlis Penutupan Mesyuarat Pengurusan Sektor Pengurusan Sekolah telah selamat disempurnakan oleh En.Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah melahirkan rasa gembira kerana SPS dapat melaksanakan mesyuarat yang di rancang dengan jayanya. Bagi mesyuarat akan datang Unit Prasekolah yang diamanahkan sebagai urusetia. Beliau juga memaklumkan beberapa perkara penting bagi pengurusan tahun 2012 seperti pelaksanaan MBMMBI, Perihal Yuran Persekolahan, redeployment dan sebagainya.

Taklimat mengenai MBMMBI akan dilaksanakan di peringkat PPD dalam masa terdekat Sementara beliau mengingatkan sekolah tiada kutipan yuran sekolah masa pendaftaran .Manakala sumbangan PIBG perlu diputuskan dalam Mesyuarat Agong PIBG dan dikemuka kepada Pengarah untuk semakan dan kelulusan agar tidak berlaku kutipan yang boleh membebankan ibubapa.

Ketua Sektor Sekolah yang sangat kaya dengan filosofi dan motivasi telah mendorong ahli SPS dengan santai dan bersahaja hinggakan  nampak ceria dan bersemangat. Inilah antara kekuatan dan ikatan kukuh organisasi Sektor Pengurusan Sekolah. Nilai-nilai kasih sayang, hormat menghormati dan saling membantu dipupuk subur dengan harapan ianya mampu mempertingkatkan output dan outcome SPS.

Sebelum itu majlis penutup satu upacara penyampaian cenderamata kepada semua anggota SPS diadakan termasuk hadiah rekreasi Pertandingan Karaoke SPS juga telah diadakan. En. Mohd Zaki Teneha dari Unit Prasekolah telah menjuarai pertandingan dengan lagu “Cinta Kristal”. Naib Johan dimenangi oleh En. Zainuddin  Muda dari Unit Perhubungan dengan lagu “ Lamunan Terhenti” dan En.Mat Lazim dari Unit Rendah tempat ketiga dengan lagu “Mengapa Harus Jumpa”. Selain itu satu hadiah penghargaan hari lahir juga telah diberikan kepada Pn. Wan Rohaidawati Wan Mahadi dari Unit Rendah.

Tahniah dan terima kasih kepada semua. Hingga jumpa lagi di mesyuarat SPS akan datang
 

No comments:

Post a Comment