Thursday, November 3, 2011

Ihtifal Kalam Jama'ie Peringkat Negeri Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Sekolah Kluster Kecemerlangan, SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu sekali lagi membuktikan keupayaan dan kehebatannya dengan menganjurkan Ihtifal Kalam Jama'ie Peringkat Negeri Terengganu pada hari ini. Seramai sembilan pasukan sekolah seluruh negeri sedang menyertai pertandingan ini bagi merebut hadiah lumayan yang ditawarkan. Johan akan menerima RM1,000.00, Naib Johan RM600.00 dan tempat ketiga RM300.00 serta semua sekolah yang menyertainya diberi saguhati sebanyak RM100.00. Sementara makan-minum dan segala keperluan  berkaitan pertandingan ditanggung oleh penganjur sepenuhnya melalui peruntukan khas sekolah kluster kecemerlangan.

Sebelum ini SK Sultan Sulaiman 1 telah berjaya menganjurkan beberapa siri kejohanan takwando peringkat negeri, kebangsaan dan separa antarabangsa. Kesemua penganjuran bidang berkaitan adalah bidang-bidang kebitaraan sekolah ini. En. Awi bin Salleh, Timbalan Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN Terengganu yang mewakili Ketua Sektor Pendidikan Islam merasmikan Ihtifal berkenaan menyifatkan usaha-usaha yang dilakukan oleh SK Sultan Sulaiman 1 sangat besar ertinya dalam kecemerlangan dan keterbilangan pendidikan  negeri Terengganu.

Sementara itu Tuan Haji Yusof Karim , Guru Besar SK Sultan Sulaiman 1 dalam ucapannya menyatakan inisiatif penganjuran ini adalah usaha memanafaatkan fungsi dan peranan SK Sultan Sulaiman 1 sebagai SKK.  SKK bukan hanya untuk kecemerlangan dan faedah dirinya semata-mata tetapi juga mesti mampu berupaya menjadi penggerakan, pemangkin dan menjadi mentor kepada sekolah-sekolah agar rahmat anugerahnya dapat dinikmati dan dirasai bersama.

Majlis berkenaan turut dihadiri sama oleh En. Wan Zikri, Pengerusi PIBG, SK Sultan Sulaiman serta En. Mat Lazim Noor, Penyelia Kanan Projek Khas / Asli / Kluster JPN Terengganu.

Tahniah kita ucapkan kepada pengurusan dan guru-guru SK Sultan Sulaiman 1 kerana dapat menterjemah fungsi dan peranan besar sekolah kluster yang secara benar dan realistik. Kita berharap melalui usaha-usaha ini ianya bukan sahaja dapat mengenengahkan bakat murid , mengerat silaratulrahim, mendorong sekolah lain merebut gelaran SKK tetapi juga memberi petunjuk kepada Guru Besar Sekolah Kluster yang lain bagaimana peruntukan besar kluster dapat dimanafaat dan dinikmati bersama oleh sekolah-sekolah lain. Inilah bezanya taraf sekolah kluster berbanding dengan sekolah lain yang sepatutnya menjadi buruan dan keinginan setiap pengurus dan warga sekolah.

Keputusan terkini Ihtifal Kalam Jama'ie:
Johan : SK Tengku Mahmud Besut, SK Kecemerlangan Fasa 4
N.Johan : SK Sultan Sulaiman 1, SK Kecemerlangan Fasa 3
Ketiga : SK Seri Nilam, Kuala Terengganu.



No comments:

Post a Comment