En. Shamsuri mengingatkan semua peserta agar apa yang ingin dibina dan dicapai mestilah selaras dengan hasrat pimpinan pendidikan terutama sekali berkaitan strategi mencapai kecemerlangan atau x-plus. Beliau berharap para Guru Besar khususnya melaksanakan transformasi bagi mempertingkatkan segala aspek pencapaian pendidikan di sekolah. Beliau berharap Guru Besar mampu memimpin sekolah ke arah yang lebih terbilang khususnya bagi mencapai sekolah bertaraf Sekolah Berprestasi Tinggi.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan lagi untuk itu band perlu dipertingkatkan. Peningkatan band sekolah tidak boleh lari dengan peningkatan SKPM dan GPS. Tegas beliau pihak sekolah band 2 perlu mengadakan perancangan strategik dan gerakan bersepadu agar seluruh ahli organisasi yang dipimpin memahami dan mampu mencapai hasrat yang sama. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Guru Besar atau wakil yang dapat hadir walaupun dalam keadaan kekangan masa dan aktiviti persekolahan di akhir tahun.
Bahan Bengkel Sek Band 2 KLIK
No comments:
Post a Comment