Tuesday, November 8, 2011

600 sekolah daif diperbaiki dengan segera - Muhyiddin



KUALA LUMPUR 8 Nov. - Sebahagian daripada RM500 juta yang diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran untuk menambah baik sekolah kebangsaan tahun depan akan digunakan untuk memperbaiki segera infrastruktur di 600 sekolah kebangsaan seluruh negara yang telah usang dan memerlukan bantuan segera.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekolah-sekolah berkenaan dikenal pasti hasil daripada proses audit fizikal yang dilaksanakan pertama kali tahun ini untuk mengenal pasti kedudukan sebenar infrastruktur semua sekolah. 

"Saya telah putuskan bahawa daripada RM500 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2012 bulan lalu untuk penambahbaikkan sekolah kebangsaan, sebahagian besar peruntukan digunakan untuk membaiki sekolah yang telahpun kita senaraikan sebagai sekolah yang begitu daif.

"Ini penting untuk kita menentukan supaya mutu pembelajaran di sekolah itu tidak merosot hanya dengan keadaan sekolah itu yang uzur dan kurang selamat serta perlu dibaiki,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog terbuka bersama 50 graduan universiti yang terpilih untuk menyertai program“Teach For Malaysia” (Teach) di sini hari ini. - Bernama


0 ulasan:

Post a Comment